Roadblock di Depan? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Sekatan jalan raya atau roadblock ada pada bila-bila masa di mana sahaja. Jangan panik, ikut sahaja tips ini jika anda berdepan dengannya.

Info

Written by:

Sekatan jalan raya atau lebih sinonim dengan istilah roadblock sememangnya tidak digemari oleh mana-mana pengguna jalan raya. Tahu sahaja ada roadblock yang bakal menanti di hadapan, ramai yang akan berasa gelisah, risau dan gementar meskipun sebenarnya diri tidak melakukan sebarang kesalahan. 

Roadblock boleh ada pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja tanpa anda jangka. Jadi, jom atasi kegusaran anda ketika melalui roadblock menerusi tips yang kami akan kongsikan ini.

Apa yang perlu anda lakukan di roadblock?

sekatan jalan raya

Pertama sekali anda perlu ingat, bermain telefon sememangnya dilarang ketika memandu, dan apabila ada dikesan sedang menggunakan telefon ketika sedang menunggu giliran untuk diperiksa oleh pihak berkuasa, agak-agaknya apa yang akan terjadi? Untuk elak dikenakan saman, sila elak lakukannya.

Selain itu ini beberapa tips lain yang kami boleh kongsikan untuk panduan anda.

Siap sediakan dokumen anda

Salah satu perkara yang wajib ada bagi mengelakkan anda daripada disaman adalah roadtax serta lesen memandu yang sah. Kegagalan anda mengemukakannya akan menyebabkan anda diminta untuk ke tepi sebentar, dan seterusnya saman akan diterima. Hmm.. Jangan ya.

Haaa jangan lupa juga, pastikan roadtax anda itu telah dilekatkan dengan betul pada cermin hadapan kereta anda itu ya!

Perlahankan kenderaan dan berhenti apabila diminta

Walaupun anda sedang ingin cepat pada waktu itu, sila pastikan kenderaan anda diperlahankan apabila mendapati ada roadblock di hadapan. Elak memotong kenderaan lain dan tunggulah giliran anda dengan sabar bagi mengelak berlakunya rasa tidak puas hati dalam kalangan pemandu lain.

Ketika sudah tiba giliran anda untuk diperiksa, sila turunkan tingkap dan buka lampu kereta anda (jika cuaca gelap) untuk memudahkan pihak berkuasa memeriksa kenderaan anda. Sila berhenti ke tepi sekiranya diminta. Jangan melawan dan ikut sahaja arahan mereka bagi mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku.

Jangan terlalu risau, kekal tenang

Riak wajah anda sangat memainkan peranan yang penting. Jangan terlalu tunjuk bahawa anda sedang gementar untuk diperiksa. Ia boleh menimbulkan syak wasangka tanpa anda sedari. Tarik nafas dalam-dalam sebelum giliran anda tiba dan persiapkan mental anda dengan segala soalan yang bakal ditujukan. Setkan minda anda “tak ada buat salah, jadi tak payah takut”. Dengan itu, anda mungkin boleh lebih tenang dan mampu melepasi roadblock dengan mudah.

Jangan risau jika anda tidak melakukan sebarang kesalahan

Antara perkara yang boleh menyebabkan pemilik kenderaan disaman ketika berada dalam sekatan jalan raya adalah kegagalan memiliki roadtax serta insurans yang sah, tidak memiliki lesen memandu atau ia sudah tamat tempoh serta modifikasi yang dilarang pada kenderaan termasuklah menggunakan pattern nombor plat yang tidak betul, tinted cermin kereta melebihi had yang ditetapkan, dan pelbagai lagi. Anda boleh rujuk artikel yang pernah kami kongsikan sebelum ini untuk mengetahui mengenai garis panduan ubah suai kereta yang ditetapkan JPJ.

Jika anda tidak melakukan sebarang kesalahan-kesalahan ini, maka anda boleh dianggap kurang berisiko daripada dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Jadi, lalui sahaja sekatan jalan raya itu dengan tenang ya.


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: