Skip to content
Home » Ini Cara Nak Elak Kena Saman Roadtax Motor Mati

Ini Cara Nak Elak Kena Saman Roadtax Motor Mati

    cara elak kena saman - cover

    Cukai jalan dan insurans motosikal adalah suatu dokumen penting yang perlu ada pada setiap motosikal di Malaysia. Ini kerana, ia telah termaktub di bawah undang-undang jalan raya. Gagal untuk memiliki atau memastikan ia masih sah dan belum tamat tempoh adalah merupakan suatu kesalahan undang-undang.

    Mana-mana pemilik motosikal yang didapati menunggang motosikal mereka tanpa memiliki cukai jalan dan insurans yang sah boleh dikenakan tindakan undang-undang. Justeru, setiap pemilik motosikal haruslah perlu ada rasa tanggungjawab untuk memastikan roadtax mereka kekal aktif bagi mengelakkan daripada disaman.

    Jika anda tidak mahu perkara tersebut terjadi kepada anda, teruskan membaca artikel ini kerana kami akan berkongsikan berkenaan cara nak elak kena saman roadtax motor mati.

    Buat peringatan awal melalui notifikasi telefon bimbit

    Salah satu cara terbaik untuk mengelak daripada kena saman sebab roadtax mati adalah dengan memastikan anda sentiasa peka terhadap tarikh luput roadtax anda. Manfaatkan notifikasi pada telefon bimbit atau aplikasi untuk mendapatkan peringatan awal mengenai tarikh luput roadtax anda. Ini membolehkan anda untuk mengambil tindakan segera dan mengelakkan dari kena saman apabila anda menunggang motosikal anda nanti.

    Langgan perkhidmatan peringatan SMS dari JPJ

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menyediakan perkhidmatan notifikasi SMS untuk memberitahu pemilik motosikal tentang tarikh luput roadtax. Anda boleh mendaftar untuk perkhidmatan ini melalui portal JPJ atau kiosk yang disediakan. Dengan menerima notifikasi melalui SMS, anda dapat memastikan bahawa anda sentiasa peka tentang status roadtax anda.

    Daftar untuk perkhidmatan eRenewal JPJ

    eRenewal adalah perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh JPJ untuk memperbaharui roadtax tanpa perlu ke kaunter JPJ. Anda boleh mendaftar untuk perkhidmatan eRenewal dan mendapatkan notifikasi melalui e-mel atau SMS. Dengan kemudahan ini, anda boleh memperbaharui roadtax dengan mudah tanpa risiko terlepas tarikh luput.

    Gunakan perkhidmatan Auto-Renew dari bank atau syarikat insurans

    Beberapa bank dan syarikat insurans menawarkan perkhidmatan auto-renew untuk road tax. Dengan mendaftar untuk perkhidmatan ini, road tax anda akan diperbaharui secara automatik pada setiap tarikh tamat tempoh tanpa anda perlu memperbaharuinya secara manual. Ini adalah cara yang efektif untuk memastikan bahawa road tax sentiasa aktif tanpa risiko terlepas tarikh luput.

    Semak status roadtax secara berkala

    Selain dari notifikasi yang diterima, adalah bijak untuk secara berkala memeriksa status road tax anda sendiri. Melalui portal rasmi JPJ atau aplikasi mudah alih, anda boleh memeriksa tarikh luput dan membuat pembaharuan jika perlu. Langkah ini boleh membantu anda daripada didenda dengan memastikan road tax sentiasa diperbaharui.

    Lakukan pembaharuan awal sebelum tarikh luput

    Adalah sangat penting untuk tidak menunggu sehingga tarikh luput hampir tamat sebelum memperbaharui road tax anda. Lakukan pembaharuan awal, sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu sebelum tarikh luput. Ia akan dapat mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah semasa proses pembaharuan dan sekaligus dapat mengelakkan daripada terlepas tarikh pembaharuan.

    Sentiasa kemas kini maklumat pemilik motosikal

    Pastikan maklumat pemilik motosikal anda sentiasa dikemaskini di dalam sistem JPJ. Ia termasuk alamat terkini, nombor telefon, dan e-mel. Dengan maklumat yang tepat, notifikasi dan pembaharuan dari JPJ akan sampai kepada anda dengan berkesan.

    Renew di BJAK

    Jika anda mahukan juga sistem notifikasi itu, anda boleh memperbaharui cukai jalan dan insurans motosikal anda itu di BJAK. Ini kerana, kami akan menghubungi anda jika roadtax anda menghampiri tarikh tamat tempoh untuk memberi peringatan supaya memperbaharui roadtax anda.

    BJAK adalah platform insurans nombor 1 di Malaysia. Terdapat 23 jenama insurans yang terdiri daripada pelbagai pilihan harga untuk anda pilih mengikut keperluan anda. Lebih menarik, polisi anda akan siap dalam masa 5 minit sahaja. Jika anda nak tahu lebih lanjut, klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: