Skip to content
Home » Sediakan Dokumen Ini Sebelum Tuntut Insurans Kenderaan Anda

Sediakan Dokumen Ini Sebelum Tuntut Insurans Kenderaan Anda

    tuntut insurans - cover

    Insurans kenderaan adalah salah satu produk kewangan yang mesti dimiliki oleh setiap pemilik kereta, kerana ia akan berguna apabila perkara yang tidak dijangka berlaku. Cara nak kemukakan tuntutan adalah salah satu perkara penting yang perlu dititik beratkan sebelum anda membeli polisi insuran kereta anda. Bagi memastikan tuntutan insurans anda itu berjaya pula, anda perlu memastikan bahawa beberapa dokumen penting yang diperlukan itu tersedia untuk diserahkan kepada syarikat insurans anda.

    Pun begitu, masih ramai pemilik kenderaan yang tahu berkenaan dokumen apa yang diperlukan untuk menyokong permohonan tuntut mereka ini. Perkara itu secara tidak langsung boleh menyebabkan tuntutan mereka ditolak oleh syarikat insurans setelah sekian lama menunggu untuk diluluskan. Jangan risau kerana, kami sudah pun mengumpulkan senarai lengkap semua dokumen yang perlu anda ada ketika nak mengemukakan pelbagai jenis klaim insurans kereta. Teruskan membaca untuk mengetahuinya.

    Tuntutan Kerosakan Kemalangan Sendiri

    • Borang tuntutan yang lengkap;
    • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemegang polisi dan pemandu;
    • Butiran anggaran kos pembaikan kenderaan oleh bengkel panel yang dilantik;
    • Salinan Perjanjian Sewa Beli (jika berkenaan);
    • Permit kenderaan – untuk kenderaan komersial;
    • Lesen Memandu Barangan (GDL) atau Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) – untuk kenderaan komersial;
    • Salinan asal laporan polis yang telah disahkan;
    • Sijil Pemilikan Kenderaan/Sijil Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ (salinan);
    • Salinan sijil pendaftaran perniagaan – untuk kenderaan berdaftar atas syarikat;
    • Gambar kemalangan dan kerosakan pada kenderaan;
    • Laporan polis menyatakan pihak yang dikompaun atas kesalahan lalu lintas;
    • Dokumen sokongan lain (jika berkaitan).

    Tuntutan Kerosakan Jika Orang Lain Langgar Kenderaan Anda

    • Borang tuntutan yang lengkap;
    • Salinan asal laporan polis yang telah disahkan;
    • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemegang polisi dan pemandu;
    • Butiran anggaran kos pembaikan kenderaan oleh bengkel panel yang dilantik;
    • Salinan Perjanjian Sewa Beli (jika berkaitan);
    • Permit kenderaan – untuk kenderaan komersial;
    • Lesen Memandu Barangan (GDL) atau Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) – untuk kenderaan komersial;
    • Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan/Sijil Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ;
    • Laporan siasatan polis yang terdiri daripada gambar rajah dan plot;
    • Butiran pemegang polisi dan salinan laporan polis pihak yang satu lagi;
    • Pengisytiharan bersetuju untuk kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan jika tuntutan tidak memenuhi syarat Tuntutan OD-KFK.

    Tuntutan Cermin Depan

    • Borang tuntutan yang lengkap;
    • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemegang polisi dan pemandu;
    • Bil pembaikan kerosakan/invois cukai;
    • Salinan asal laporan polis yang disahkan (jika tidak diganti atau dibaiki di bengkel panel);
    • Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan/Sijil Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ.

    Tuntutan Kecurian

    • Borang tuntutan yang lengkap;
    • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemegang polisi dan pemandu;
    • Butiran anggaran kos pembaikan kenderaan oleh bengkel panel yang dilantik;
    • Salinan Perjanjian Sewa Beli (jika berkenaan);
    • Permit kenderaan – untuk kenderaan komersial;
    • Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan/Sijil Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ;
    • Salinan asal laporan polis yang telah disahkan;
    • Lesen Memandu Barangan (GDL) atau Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) – untuk kenderaan komersial;
    • Salinan sijil pendaftaran perniagaan – untuk kenderaan berdaftar syarikat;
    • Salinan permit AP – untuk kenderaan import atau kenderaan yang dipulihkan;
    • Dokumen sokongan lain (jika berkenaan).

    Kerosakan Harta Pihak Ketiga

    • Surat tuntutan dengan butiran jumlah tuntutan;
    • Salinan asal laporan polis yang disahkan untuk pemegang polisi dan pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan itu;
    • Laporan siasatan polis;
    • Gambar kemalangan dan gambar (daripada) polis;
    • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemegang polisi dan pemandu;
    • Laporan dari penyelaras kerugian;
    • Bil pembaikan kerosakan/invois cukai;
    • Butiran anggaran kos pembaikan kenderaan oleh panel yang dilantik;
    • Salinan polisi insurans pihak ketiga;
    • Perjanjian sewa kereta daripada syarikat berdaftar untuk tuntutan LOU;
    • Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan/Sijil Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ;
    • Dokumen tambahan lain (jika berkaitan).

    Nak kemukakan tuntutan ini kadangkala boleh mendatangkan tekanan kerana prosesnya memakan masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi apa pun, kami berharap agar senarai ini boleh menjadi berguna dan dapat membantu anda mengemukakan tuntutan dengan dokumen yang betul bagi mengelakkan daripada permohonan anda ini ditolak. Simpan pautan ini untuk kegunaan di masa hadapan.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: