Skip to content
Home » Tak Perlu Lagi Pamer Sticker Roadtax Pada Kenderaan

Tak Perlu Lagi Pamer Sticker Roadtax Pada Kenderaan

    Sticker roadtax

    Sebelum ini, antara perkara yang sering menjadi isu untuk pemilik kenderaan adalah mengenai pelekat cukai jalan atau lebih dikenali sebagai roadtax. Ramai yang merungut bahawa sticker roadtax tidak berkualiti kerana ia mudah koyak dan bahkan mampu menjejaskan kondisi cermin kereta.

    Namun, anda tidak perlu lagi bimbang mengenai perkara ini!

    keadaan sticker roadtax yang sering terkoyak

    Tak perlu tampal sticker roadtax pada kenderaan

    Berita baik untuk anda!

    Menurut laporan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa pemilik kenderaan persendirian warganegara Malaysia tidak perlu lagi mempamerkan sticker roadtax berkuat kuasa hari ini.

    Dalam sidang medianya pagi tadi, beliau berkata ini adalah sebahagian daripada usaha kementeriannya untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) khususnya bagi roadtax dan lesen memandu.

    Pemilik kenderaan persendirian boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ bawah satu projek perintis.

    Jelasnya, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang menyatakan lesen kenderaan bermotor (roadtax) mesti dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.

    “Perkara ini akan dilakukan secara berperingkat dengan fasa pertama membabitkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia,” katanya. 

    aplikasi roadtax digital

    Tidak perlu bawa lesen memandu

    Sementara itu, pemilik kenderaan persendirian juga tidak lagi perlu membawa lesen memandu fizikal kerana dokumen berkenaan boleh diperoleh secara dalam talian menerusi sebuah aplikasi khas.

    Aplikasi berkenaan sudah siap dibangunkan oleh JPJ dan boleh dimuat turun menerusi telefon pintar dan ia akan memaparkan lesen pemandu secara digital.

    aplikasi lesen memandu

    Susulan daripada langkah pendigitalan itu, pihak penguatkuasa seperti polis dan JPJ akan dibekalkan dengan peranti khas untuk melakukan pemeriksaan ke atas lesen memandu digital.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: