Skip to content
Home » Takaful Insurans Kereta: 5 Ciri Takaful Terbaik untuk Kenderaan

Takaful Insurans Kereta: 5 Ciri Takaful Terbaik untuk Kenderaan

    pelan takaful terbaik

    Perlindungan takaful insurans kereta kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pemilik kenderaan kerana cirinya yang lebih patuh syariah dan menawarkan konsep perkongsian risiko.

    Di Malaysia, pemilik kenderaan boleh memilih dan membuat perbandingan daripada beberapa pelan takaful yang ada di pasaran. Anda boleh menilai sendiri yang manakah takaful yang terbaik untuk diberikan kepada kenderaan anda supaya ianya berbaloi dan kenderaan anda dilindungi dengan baik sepanjang masa.

    Untuk anda yang pertama kali ingin cuba memberikan perlindungan insuran kereta takaful untuk kenderaan anda pada pembaharuan kali ini, di sini kami akan kongsikan beberapa ciri yang patut ada pada pelan takaful terbaik. Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut. 

    Menyediakan manfaat perlindungan semua pemandu secara percuma

    takaful insurans kereta yang baik menyediakan perlindungan untuk semua pemandu

    Kebiasaannya, kereta anda bukan dipandu oleh anda seorang sahaja kan? Kadang kala mungkin ahli keluarga lain seperti isteri, adik, ayah atau sesiapa sahaja yang rapat dengan anda akan menggunakan kenderaan anda pada bila-bila masa. Jika berlaku kemalangan ketika mereka sedang memandu, bagaimana ya? Adakah kereta anda akan tetap dilindungi?

    Ya, kereta anda mungkin akan masih dilindungi jika ia berlaku, namun anda perlu membayar ekses menggunakan wang anda sendiri apabila ingin membuat tuntutan.

    Justeru itu bagi mengelakkan anda kerugian, sebaiknya anda meletakkan beberapa nama pemandu tambahan di dalam polisi anda. Ada syarikat takaful yang memerlukan peserta untuk memberikan sumbangan tambahan bagi setiap pemandu yang ingin dinamakan. Namun, ada juga syarikat takaful yang memberikan manfaat perlindungan tambahan untuk semua pemandu secara percuma. Anda hanya perlu meletakkan sahaja nama pemandu tambahan tersebut asalkan individu berkenaan mempunyai lesen memandu yang sah. Jadi, anda banding dan nilaikan sendiri manakah yang lebih berbaloi!

    Menawarkan khidmat bantuan pelanggan 24/7

    Ini juga antara ciri penting sebelum anda memilih pelan takaful ya! Ingat, kemalangan berlaku tanpa diduga pada bila-bila masa sahaja. Jadi, pastikan syarikat takaful yang anda ingin pilih itu ada menawarkan bantuan khidmat pelanggan sepanjang masa supaya mudah untuk anda mendapatkan pertolongan andai kata berlaku sesuatu pada kenderaan, kelak. 

    Ia juga sangat penting agar proses tuntutan anda mudah dilakukan dan bantuan lebih cepat diterima.

    Khidmat tunda percuma 

    takaful insurans kereta terbaik dapat menyediakan khidmat towing percuma

    Kebanyakan pengendali takaful menyediakan khidmat tunda percuma kepada peserta (pemegang polisi). Namun apa yang membezakannya adalah sejauh mana khidmat tunda percuma itu diberikan. Contohnya sehingga 50km sahaja dari tempat kemalangan, atau sehingga RM150 sahaja kosnya? 

    Jadi, penting untuk anda banding dan nilaikan juga manfaat ini ya. Perlu anda tahu, ada syarikat takaful yang menyediakan khidmat tunda sehingga 200km atau RM300 (contohnya). Lebih tinggi kilometer atau jumlah yang diberikan, lebih beruntung anda sebagai peserta takaful.

    Proses renew takaful insurans kereta mudah

    Jangan rumitkan diri anda. Pilihlah takaful yang akan memudahkan anda dari awal, termasuklah daripada saat anda ingin memperbaharuinya. Jika ada secara atas talian lebih baik. Anda tidak perlu keluar beratur di kaunter dan membuang masa dan tenaga anda!

    Selain itu, majoriti pengendali takaful kenderaan juga tidak memerlukan penggunanya untuk menyediakan pelbagai dokumen ketika ingin memperbaharui takaful. Anda hanya perlu ingat nombor pendaftaran kenderaan dan kad pengenalan anda sahaja.

    Menggalakkan anda untuk renew mengikut Nilai yang Dipersetujui (Agreed Value)

    Pengendali takaful insurans kereta terbaik biasanya akan menyarankan anda untuk mengambil perlindungan mengikut Nilai yang Dipersetujui berbanding Nilai Pasaran kerana ia akan lebih menguntungkan pesertanya.

    Dengan menginsuranskan kenderaan mengikut Nilai yang Dipersetujui, anda berpeluang untuk mendapatkan pampasan pada nilai maksimum jika berlaku kemalangan teruk pada kenderaan anda. 

    Dapatkan takaful terbaik

    Dah tahu 5 ciri penting yang perlu ada untuk memilih takaful terbaik? Jangan lupa bandingkan dahulu sebelum beli ya! Moga membantu anda!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: