Skip to content
Home » Ini Apa Nak Buat Kalau Tak Boleh Tunjuk Lesen & Cukai Jalan Digital Jika Telefon ‘Mati’

Ini Apa Nak Buat Kalau Tak Boleh Tunjuk Lesen & Cukai Jalan Digital Jika Telefon ‘Mati’

    telefon mati cukai jalan - cover

    Dalam usaha untuk menyokong transformasi digital, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memperkenalkan sistem e-LKM (Lesen Kenderaan Motor) sebagai langkah proaktif menuju efisiensi dan kemudahan penggunaan. E-LKM merupakan aplikasi dalam talian yang membolehkan pemohon mendapatkan perkhidmatan berkaitan lesen kenderaan bermotor serta cukai jalan secara pantas dan mudah melalui platform digital.

    e-LKM ini secara amnya amat berkait rapat dengan penggunaan telefon bimbit. Ini kerana, segala dokumen e-LKM iaitu cukai jalan kenderaan, lesen memandu dan lain-lain lagi boleh didapati di dalam aplikasi MyJPJ. Walaupun begitu, timbul persoalan berkenaan bagaimanakah sekiranya dalam situasi sekatan jalan raya, telefon bimbit milik pemandu itu kehabisan bateri. Apa yang boleh dilakukan untuk pegawai JPJ tersebut menyemak dokumen yang diperlukan? Untuk mengetahui berkenaan perkara tersebut, teruskan membaca artikel ini.

    Kelebihan e-LKM JPJ

    Sebelum kita berceritakan berkenaan perkara utama yang ingin diketahui, ambil tahu dahulu berkenaan kelebihan e-LKM ini.

    Kemudahan Pendaftaran Online

    Dengan adanya e-LKM JPJ, pemohon boleh mendaftar dan memproses permohonan mereka secara dalam talian tanpa perlu pergi ke pejabat fizikal JPJ. Ia dapat membantu menjimatkan masa dan kos perjalanan yang diperlukan untuk urusan berkaitan lesen kenderaan motor.

    Proses yang lebih Cepat dan Efisien

    Sistem e-LKM ini membolehkan proses permohonan menjadi lebih cepat dan efisien. Dokumen-dokumen yang diperlukan boleh dihantar secara dalam talian, dan proses kelulusan dapat diuruskan dengan lebih pantas, sekaligus memberikan kepuasan kepada pemohon.

    Kemudahan pembayaran secara dalam talian

    Dengan adanya kemudahan pembayaran dalam talian, pemohon tidak perlu lagi menguruskan pembayaran secara fizikal di kaunter. Ia dapat memberikan keselesaan kepada pengguna untuk membuat pembayaran tanpa perlu berhadapan dengan kerumitan pembayaran secara konvensional.

    Pemantauan Status Permohonan

    Pemohon boleh memantau status permohonan mereka secara dalam talian melalui portal e-LKM. Ia dapat memudahkan pemohon untuk mengetahui mengenai pergerakan permohonan mereka dan memastikan mereka sentiasa peka dengan status lesen kenderaan motor mereka.

    Mengurangkan kegagalan sistem

    e-LKM JPJ direka dengan teknologi yang canggih dan mekanisme keselamatan yang tinggi, mengurangkan risiko kegagalan sistem. Ini membantu memastikan kestabilan dan ketersediaan sistem sepanjang masa, meminimumkan gangguan kepada pengguna.

    Kebolehgunaan e-LKM JPJ

    e-LKM ini mempunyai banyak manfaat yang begitu memudahkan para pengguna. Untuk memenuhi dan memudahkan penggunanya, kebolehgunaannya amatlah ditagih bagi membantu melancarkan segala proses. Mari kita lihat antara kebolehgunaan yang ada dalam e-LKM JPJ ini.

    Aksesibiliti yang luas

    Sistem e-LKM ini boleh diakses dari mana-mana sahaja dengan capaian internet. Ini membolehkan pengguna dari pelbagai lokasi mengakses perkhidmatan tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat JPJ.

    Paparan yang mudah dan teratur

    paparan dalam aplikasi ini direka dengan teliti untuk memastikan kebolehgunaan yang tinggi. Pemohon dapat dengan mudah mengendalikan permohonan mereka tanpa memerlukan kemahiran IT yang kompleks.

    Bantuan pelanggan dalam talian

    Sistem e-LKM menyediakan perkhidmatan bantuan pelanggan dalam talian, yang membolehkan pengguna mendapatkan jawapan kepada pertanyaan mereka tanpa perlu menghubungi pejabat secara fizikal.

    Pemakluman dan Pemberitahuan Secara Berterusan

    Pengguna akan menerima pemakluman dan pemberitahuan berkala mengenai status permohonan mereka melalui e-mel atau mesej teks. Ini membantu dalam menjaga kejelasan dan memberikan kepastian kepada pemohon.

    Integrasi dengan Sistem Pengangkutan Lain

    E-LKM JPJ dirancang untuk dapat diintegrasikan dengan sistem-sistem pengangkutan lain, seperti insurans kenderaan dan pemeriksaan teknikal. Ini menyokong keberlanjutan ekosistem digital di sektor pengangkutan.

    Telefon bimbit ‘mati’, apa kena buat?

    Umum mengetahui, dalam sekatan jalan raya kebiasaannya pihak berkuasa akan memeriksa lesen memandu dan cukai jalan kenderaan. Dengan pelancaran aplikasi MyJPJ ini, kedua-dua dokumen penting itu sudah tidak wajib lagi untuk dipamerkan secara fizikal.

    Namun timbul persoalan berkenaan, apa yang perlu dibuat jika anda tidak dapat menunjukkan cukai jalan dan lesen memandu kepada pegawai bertugas kerana telefon bimbit anda kehabisan bateri? Perkara itu ada dijelaskan dalam satu sesi temu buat Nasional fm bersama dengan Pengarah Bahagian Pelesenan Kenderaan, YBrs. Tuan Abdul Rahman Emang Anyie.

    Menurutnya, pemandu atau sesiapa sahaja yang memandu kenderaan sebenarnya ada beberapa kaedah yang boleh diguna. Salah satunya adalah nombor kad pengenalan anda. Dalam sistem JPJ itu, semua maklumat yang diperlukan boleh disemak dengan hanya menyebut nombor kad pengenalan sahaja. Ini kerana semua maklumat yang berkaitan dengan JPJ sudah ada dalam sistem mereka. Jadi, jika anda berdepan dengan situasi seperti yang dinyatakan, jangan panik dan tunjukkan sahaja kad pengenalan anda kepada pegawai bertugas.

    Apa perlu dibuat jika cukai jalan tamat tempoh?

    Jika anda berhadapan dengan sekatan jalanraya dan anda baru sahaja menyedari bahawa cukai jalan kenderaan anda telah tamat tempoh, cepat-cepat memperbaharuinya untuk mengelakkan dari disaman atau kenderaan anda disita.

    Anda boleh terus melayari bjak.my, platform perbandingan insurans nombor 1 di Malaysia. Tidak perlu tunggu lama, hanya 5 minit sahaja diperlukan untuk cukai jalan anda dihidupkan. Bukan takat itu sahaja, anda juga turut boleh membuat pembayaran secara ansuran jika anda mengalami masalah kekangan bajet. Untuk ketahui lebih lanjut, klik butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: