Skip to content
Home » Mengapa Harga Cukai Jalan Kenderaan Berbeza-beza?

Mengapa Harga Cukai Jalan Kenderaan Berbeza-beza?

    Factors that affect roadtax prices in Malaysia

    Setiap pemilik kenderaan bertanggungjawab untuk memperbaharui roadtax atau juga dikenali sebagai cukai jalan pada setiap tahun dengan harga yang tertentu. Bagi kadar harga cukai jalan, ianya tidak sama untuk semua kenderaan dan adalah berbeza mengikut beberapa faktor yang tertentu.

    Apakah faktor-faktor tersebut? Jom baca maklumat dibawah untuk maklumat lebih lanjut.

    Saiz Kapasiti Enjin

    Kapasiti enjin kereta anda mempengaruhi jumlah yang perlu anda bayar untuk roadtax anda.

    Sebagai contoh, nombor yang terdapat pada setiap model kereta tersebut (1.0 / 2.0 / 3.0). Setiap nombor ini sebenarnya merujuk kepada kapasiti enjin sesebuah kereta itu.

    Pihak berkuasa telahpun menetapkan senarai harga roadtax mengikut kapasiti enjin. Secara amnya, lebih tinggi kapasiti enjin anda, maka lebih tinggi bayaran roadtax yang akan dikenakan.

    saiz kapasiti enjin mempengaruhi kadar harga cukai jalan kenderaan
    Kapasiti enjin kereta

    Lokasi Geografi (Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur, atau Labuan / Langkawi / Pangkor)

    Harga roadtax berbeza bagi lokasi yang berbeza.

    Secara ringkasnya, harga roadtax di Semenanjung Malaysia paling mahal berbanding dengan lokasi-lokasi yang disenaraikan di atas.

    Bagi penduduk yang mempunyai kereta berdaftar di Labuan, Langkawi, dan Pangkor, mereka dikenakan roadtax tetap sebanyak RM20 untuk kapasiti enjin dibawah 1000cc. Tetapi sekiranya kenderaan mereka melebihi kapasiti enjin iaitu 1000cc dan keatas, kos roadtax yang akan dikenakan adalah 50% daripada pemilik kenderaan di Semenanjung Malaysia.

    Jenis Kenderaan (Saloon vs Non-Saloon)

    Faktor seterusnya yang akan menentukan perbezaan kadar kos roadtax kenderaan di Malaysia adalah jenis kenderaan tersebut. Jenis kenderaan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu saloon dan non-saloon.

    Kereta jenis yang tergolong dalam kategori non-saloon kebiasaannya akan dikenakan lebih mahal berbanding kereta yang berada dalam golongan saloon.

    Rujuk gambar di bawah untuk membezakan kereta saloon dan non-saloon.

    Jenis-jenis kenderaan
    Jenis-jenis kenderaan

    Pemilikan dan Kegunaan Kereta

    Sekiranya kereta anda berdaftar di bawah nama syarikat, kereta anda dikelaskan sebagai kereta komersil. Maka, roadtax yang perlu dibayar oleh anda adalah lebih mahal berbanding roadtax kereta persendirian.

    Kiraan kadar harga roadtax di Malaysia

    Seperti yang sudah dijelaskan di atas, perbezaan harga roadtax ditentukan oleh beberapa faktor, dan ia termasuk mengikut kapasiti enjin kenderaan, jenis kenderaan dan juga lokasi. Bagi kapasiti enjin, semakin tinggi kapasiti enjin sesebuah kenderaan itu, semakin tinggi harga roadtax yang akan dikenakan.

    Berikut adalah kadar pengiraan harga roadtax di Semenanjung Malaysia:

    Kadar harga cukai jalan kenderaan untuk model saloon di Semenanjung
    Kadar harga untuk model saloon di Semenanjung
    Kadar harga roadtax untuk model SUV/MVP/Pickup di Semenanjung
    Kadar harga untuk model SUV/MVP/Pickup di Semenanjung
    Kadar harga cukai jalan kenderaan untuk model saloon (daftar atas nama syarikat) di Semenanjung
    Kadar harga roadtax untuk model saloon (daftar atas nama syarikat) di Semenanjung
    Kadar harga cukai jalan kenderaan untuk model saloon (persendirian) di Sabah & Sarawak
    Kadar harga untuk model saloon (persendirian) di Sabah & Sarawak
    Kadar harga roadtax untuk model SUV/MVP/Pickup di Sabah & Sarawak
    Kadar harga untuk model SUV/MVP/Pickup di Sabah & Sarawak

    Semoga bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: