Melalui proses tuntutan insurans boleh jadi agak leceh dan memenatkan buat ramai pemilik kenderaan. Mana tidaknya, ada yang hanya berjaya mendapatkan kelulusan tuntutan insurans kereta setelah sekian lama menunggu.
Namun, ada juga yang mungkin bernasib baik apabila permohonan tuntutan insurans mereka berjaya diluluskan dalam hanya beberapa hari sahaja. Perkara itu tidak mustahil berlaku andai kata dia memenuhi segala keperluan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak insurans.
Bagi mereka yang tidak pernah membuat tuntutan insurans sebelum ini, anda perlu tahu bahawa syarat utama untuk memastikan claim anda tidak ditolak adalah dengan mengemukakannya dalam tempoh yang ditetapkan. Apakah tempoh waktu yang dimaksudkan itu?
Jom ketahuinya menerusi perkongsian ini.
Nak claim insurans? Sila mohon dalam tempoh …
Selepas terbabit dalam kemalangan, antara perkara yang menjadi keresahan adalah apabila memikirkan kos yang perlu ditanggung untuk pembaikan kenderaan, terutama jika kemalangan itu berpunca daripada diri sendiri.
Jangan bimbang, jika anda miliki pelan insurans kereta 1st party yang masih aktif, tuntutan insurans boleh dilakukan bagi membaiki kenderaan anda yang telah rosak, meskipun kemalangan itu berpunca daripada diri anda sendiri.
Namun, perlu anda tahu bahawa tuntutan itu perlu dilakukan dalam tempoh waktu yang ditetapkan, iaitu dalam masa 7 hari selepas kemalangan berlaku.
Kegagalan anda berbuat demikian boleh menyebabkan permohonan tuntutan kereta anda ditolak oleh pihak insurans melainkan atas beberapa sebab tertentu seperti anda ditahan dan dirawat di hospital akibat kecederaan yang teruk.
Pastikan juga anda tidak melakukan perkara-perkara ini agar claim insurans kereta tidak ditolak
Selain memastikan permohonan tuntutan insurans dikemukakan dalam tempoh waktu 7 hari, anda juga perlu elak daripada melakukan perkara-perkara di bawah ini bagi memberi lebih jaminan claim anda diluluskan dengan mudah dan lancar.
Memberikan maklumat yang tidak tepat
Tuntutan insurans anda akan ditolak jika anda didapati memberikan maklumat yang tidak tepat ketika memperbaharui insurans, meskipun anda dibuktikan tidak bersalah dalam kemalangan itu.
Perlu anda tahu, susulan langkah liberalisasi tarif insurans motor yang telah dilaksanakan sejak Julai 2017 lalu, syarikat insurans memerlukan lebih banyak maklumat anda sebelum menentukan harga insurans yang perlu dibayar. Ia termasuklah:
- Status anda
- Pekerjaan anda
- Ciri-ciri keselamatan kereta
- Tempat tinggal anda
Selain kerosakan akibat kemalangan, jika kereta anda dicuri atau rosak akibat kebakaran juga, syarikat insurans berhak untuk menolak tuntutan anda jika didapati maklumat yang anda berikan sebelum ini tidak 100% tepat.
Anda tidak membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam
Untuk meyakinkan pihak insurans bahawa kemalangan tersebut benar-benar berlaku, anda perlu memberikan satu salinan hasil laporan polis yang telah dibuat di balai polis dalam tempoh 24 jam selepas tragedi malang itu terjadi, melainkan anda perlu dirawat dan ditahan di hospital.
Bagaimanapun, jika keadaan itu berlaku, anda dikehendaki untuk menyertakan juga surat pengesahan rawatan daripada pihak hospital ya untuk dijadikan bukti apabila terpaksa membuat laporan polis lebih dari tempoh 24 jam.
Kemalangan akibat pengaruh alkohol
Di Malaysia, memandu di bawah pengaruh alkohol adalah pengecualian umum untuk insurans kereta.
Ini bermakna, syarikat insurans tidak akan melindungi kerosakan kenderaan atau harta benda anda akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol. Namun, syarikat insurans akan membayar kos kecederaan dan juga kerosakan yang dialami oleh pihak ketiga.
Bagaimanapun, syarikat insurans juga masih berhak untuk membuat tuntutan balik ke atas apa yang diinsuranskan. Selepas kemalangan itu, polisi insurans anda mungkin akan terbatal atau anda perlu membayar dua kali ganda untuk insurans kenderaan setelah mengakibatkan kemalangan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: