Skip to content
Home » Tips Keselamatan Memandu Ketika Hujan Lebat 

Tips Keselamatan Memandu Ketika Hujan Lebat 

    Tips memandu ketika hujan

    Kini di Malaysia, cuaca hujan lebat dilihat sering dialami di kebanyakan negeri sehingga kadang-kala mengakibatkan banjir besar. Ketika sedang hujan, mungkin ada yang sedang berada di rumah, bekerja di pejabat, malah ramai juga yang sedang memandu di atas jalan raya.

    Memandu ketika cuaca hujan lebat sememangnya agak mencabar. Jika tidak bernasib baik, kemalangan boleh berlaku kerana faktor penglihatan yang tidak jelas, jalan licin dan lain-lain.

    Justeru untuk artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda tips apabila memandu ketika cuaca hujan lebat supaya anda kekal selamat di atas jalan raya.

    Tips memandu ketika hujan

    Hidupkan lampu kereta

    Nyalakan lampu kereta untuk membantu pengguna lain sedar keberadaan anda

    Ketika cuaca hujan lebat, penglihatan anda serta pemandu lain mungkin akan agak terganggu. Jadi untuk langkah keselamatan awal, hidupkan lampu utama kereta anda bagi memastikan kenderaan lain dapat melihat keberadaan kereta anda. 

    Kegagalan anda berbuat demikian mungkin boleh menyebabkan berlakunya kemalangan seperti contoh kereta belakang terlanggar kereta anda kerana tidak sedar kewujudan kereta anda. 

    Kurangkan laju

    Jangan memandu dengan laju ketika hujan

    Ini benda basic yang paling anda kena tahu dan lakukan sebagai seorang pemandu. Cuaca hujan lebat akan menyebabkan permukaan jalan raya licin. Jadi, sila pastikan anda memperlahankan kenderaan anda dan memandu ikut had kelajuan yang sesuai.

    Elak bersikap mementingkan diri sendiri. Fikir juga keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Ingat, biar lambat asalkan selamat.

    Jaga jarak

    Pastikan jarak kereta anda dengan kereta di hadapan adalah selamat

    Elak daripada memandu terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan. Sila pastikan anda menjaga jarak di antara kenderaan apabila memandu ketika hujan. 

    Ini bagi mengelakkan anda daripada terlanggar kereta hadapan terutamanya jika berlaku situasi di mana pemandu kereta hadapan secara tiba-tiba brek mengejut. Daripada mengambil risiko terlibat dalam kemalangan yang boleh sepatutnya boleh dielakkan, lebih baik berjaga-jaga dari awal bukan?

    Wiper

    Pastikan getah wiper masih baik

    Pasang wiper bagi membolehkan penglihatan anda menjadi lebih jelas apabila memandu ketika hujan. Sebelum itu, sebagai seorang pemilik kereta, anda perlu sentiasa memastikan getah wiper kereta anda berada dalam keadaan baik ya.

    Jika anda rasa ia sudah lama tidak ditukar dan dilihat seolah-olah tidak mampu mengelap air pada cermin kereta dengan baik, maka seeloknya anda tukarkan ia segera. Ini kerana jika berlaku hujan lebat, ia akan membahayakan pemanduan anda.   

    Jaga lopak air

    Jangan melanggar lopak air kerana boleh membahayakan pemanduan anda

    Ternampak air bertakung di atas jalan? Maka, sila perlahankan kenderaan anda dan cuba elak daripada melalui jalan yang mungkin sedang berlopak itu. Jika anda melanggar lopak (terutama yang besar), ia mungkin boleh menyebabkan tayar hadapan anda hilang kawalan akibat tekanan yang diberikan oleh lopak tersebut. 

    Bukan itu sahaja, percikan air daripada lopak itu juga boleh mengganggu pemandu yang melalui bersebelahan dengan anda atau bertentangan, dan seterusnya berisiko menyebabkan kemalangan. 

    Brek dengan selamat

    Guna brek pada masa yang tepat apabila memandu ketika hujan

    Apabila memandu ketika cuaca hujan, elakkan daripada terlalu menekan atau bermain dengan brek. Ia bukan sahaja akan membahayakan anda, malah juga pengguna jalan raya lain. Jadi, sila bertimbang rasa ya!

    Lihat info trafik

    Pasang aplikasi seperti Waze untuk panduan perjalanan

    Cuaca hujan lebat akan menyebabkan berlakunya kesesakan luar biasa di atas jalan raya. Jadi sebagai alternatif, anda bolehlah menggunakan apa-apa aplikasi seperti Waze untuk melihat situasi semasa di atas jalan raya yang bakal anda lalui. 

    Dengan melihat info trafik, ia boleh membantu anda untuk merancang perjalanan dengan lebih awal dan mengelak daripada melalui  jalan raya yang lebih sesak. 

    Pandu dengan selamat

    Memandu ketika hujan sememangnya mungkin tidak digemari oleh kebanyakan pemandu. Namun, jika ia berlaku, sila pastikan anda lakukan tips-tips yang dikongsikan di atas untuk keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain.

    Elak memandu dengan tergopoh-gapah. Jangan bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan pengguna jalan raya lain. Ingat, nyawa anda amat bermakna.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: