Skip to content
Home » Tips Keselamatan untuk Pemandu Wanita

Tips Keselamatan untuk Pemandu Wanita

    Tips keselamatan pemandu wanita

    Kini, semakin ramai wanita yang memiliki kenderaan sendiri dan bergerak ke mana-mana sahaja secara bersendirian. Contohnya ke tempat kerja, membeli barang, menguruskan urusan peribadi dan lain-lain. 

    Bukan untuk menakutkan, tapi sebelum ini sudah banyak kejadian jenayah berlaku terhadap wanita seperti ragut, rompakan kereta dan lain-lain. 

    Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, Bjak akan kongsikan kepada anda beberapa tips keselamatan yang pemandu wanita boleh amalkan untuk rasa lebih selamat.

    Sentiasa bawa pepper spray

    Sentiasa bawa bersama pepper spray kemana-mana sahaja

    Sebagai wanita, sebaiknya anda sentiasa persiapkan diri dengan membawa alat perlindungan diri seperti pepper spray. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah bagi menyelamatkan anda daripada penjenayah. 

    Belajar cara gunakannya dengan betul. Dengan itu, anda tidak perlu terkial-kial jika keadaan tidak menyenangkan berlaku nanti.

    Peka dengan keadaan sekeliling

    Penting! Pastikan anda sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling kereta anda, lebih-lebih lagi jika anda parkirkan kereta di tempat yang jauh seperti kawasan tempat kereta di pusat membeli-belah.  

    Jika anda ternampak seseorang yang seakan-akan mencurigakan, jangan hampiri dulu kereta anda dan patah balik bagi meminta bantuan daripada sesiapa untuk menemani anda, contohnya pengawal keselamatan. 

    Jangan berlengah ketika berjalan

    Nak buat panggilan telefon? Ingin cek Twitter/Instagram/ Facebook? Buatlah di dalam kereta. Jangan lengahkan perjalanan anda ke kereta. Sambil melihat keadaan sekeliling, anda juga dinasihatkan untuk berjalan dengan pantas bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini daripada berlaku.

    Pegang kunci kereta 

    Letakkan kunci di tangan sebelum sampai ke kereta

    Jangan tunggu dah sampai kereta, baru anda keluarkan kunci kereta anda. Sila pastikan kunci kereta anda sudah berada di dalam tangan sebelum anda sampai ke kereta. Dengan itu, anda boleh terus bersedia untuk membuka pintu dan masuk ke dalam kereta.

    Periksa tempat duduk belakang dari luar kereta

    Sebelum masuk terus ke kereta, anda dinasihatkan untuk memeriksa dahulu bahagian tempat duduk belakang dari luar. Gunakan lampu pada telefon bimbit anda untuk periksa keadaan dalam kereta.

    Kunci pintu kereta

    Ini adalah sangat penting! Pastikan anda terus mengunci pintu kereta anda sebaik sahaja masuk ke dalam kenderaan anda itu. Buat secara manual kerana ia lebih cepat. Walaupun perjalanan anda mungkin hanya ambil masa 5 minit, kunci sahaja kereta anda.

    Ingat, jenayah boleh berlaku dalam sekelip mata. Kunci dulu pintu, kemudian barulah letak barangan anda ke tempat yang sesuai. Peringatan juga untuk anda. Sila pastikan anda tidak meletakkan beg tangan anda di tempat duduk hadapan yang mudah dilihat oleh pengguna jalan raya lain.

    Jangan turunkan tingkap

    Elakkan diri anda daripada jadi mangsa jenayah rompak atau ragut. Sila pastikan anda tidak membuka tingkap ketika sedang memandu. Jika ingin juga, bukalah tingkap anda sedikit sahaja.

    Ingat, lebih baik berjaga-jaga ya.

    Jangan berhenti sesuka hati

    Jika anda melihat ada mana-mana individu yang mengarahkan anda untuk berhenti, sila jangan berbuat demikian. Teruskan perjalanan anda sehingga ke tempat yang selamat. Anda juga boleh kunjungi balai polis berhampiran bagi memeriksa kereta anda.

    Ada juga banyak sindiket yang cuba menahan kereta yang melalui jalan raya supaya berhenti kononnya keretanya rosak. Jika anda berseorangan, atau hanya bersama kawan wanita anda, sila jangan berhenti. Mungkin bunyi seperti mementingkan diri sendiri, tapi ia adalah demi keselamatan anda. Jika anda ingin juga membantu, anda boleh telefon talian hotline lebuh raya atau apa-apa yang dirasakan berkaitan untuk membantu kereta tersebut.

    Maklumkan lokasi anda kepada ahli keluarga

    Tidak kiralah sama ada anda seorang isteri, wanita bujang yang tinggal bersama rakan atau anak perempuan yang masih tinggal dengan mak ayah anda, sila pastikan anda sentiasa maklumkan kepada ahli keluarga terdekat mengenai lokasi semasa anda.

    Ini penting demi keselamatan anda. Jika mahu, anda juga boleh kongsikan ‘live location’ yang tersedia di aplikasi Whatsapp. Ia lebih mudah bagi mereka untuk memantau keadaan serta keberadaan anda dari jauh.

    Moga bermanfaat

    Diharapkan agar tips ini berguna khususnya untuk golongan wanita di luar sana. Ingat, nyawa dan keselamatan anda bermakna. Sila jaga diri di mana-mana sahaja anda berada ya!


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: