Skip to content
Home » Tips Renew Insurans Motor – Confirm Tak Rugi!

Tips Renew Insurans Motor – Confirm Tak Rugi!

    renew insurans motor

    Mendapatkan satu pelan insurans motor juga ada caranya. Jika anda membeli secara sembrono (asal ada), maka anda mungkin akan mengalami kerugian pada masa akan datang terutama jika berlaku sesuatu. 

    Justeru pada artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara untuk mendapatkan pelan insurans motor yang terbaik agar ia bukan sahaja mengikut bajet anda, bahkan juga memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh.

    Beli insurans motor pelan komprehensif

    Sama seperti insurans kereta, terdapat tiga jenis polisi insurans motosikal yang ada di pasaran iaitu jenis komprehensif, pihak ketiga, kecurian dan kebakaran (TPFT), dan juga polisi motor paling asas iaitu polisi pihak ketiga.

    Bagi memastikan motor anda mendapat perlindungan yang lebih baik dan hampir sempurna, maka anda sangat digalakkan untuk renew insurans motor dengan pelan komprehensif. Pelan ini bukan sahaja akan lindungi anda sekiranya dilanggar pihak lain, bahkan anda juga akan layak untuk claim insurans sekiranya motor anda dicuri, terbakar atau bahkan anda mengalami kemalangan sendirian sehingga menyebabkan motor anda rosak. 

    Apa yang lebih menguntungkan, insurans motor komprehensif juga akan membolehkan anda untuk menambah perlindungan tambahan yang dirasakan perlu. Contohnya perlindungan bencana alam, penunggang tambahan, kemalangan peribadi dan lain-lain.

    Renew awal

    Sila elakkan untuk perbaharui insurans motor anda selepas ia sudah tamat tempoh. Ini kerana, sesetengah syarikat insurans mungkin akan mengenakan premium insurans yang lebih mahal terhadap anda.

    Sebaiknya, anda renew sahaja insurans motor anda seawal dua bulan sebelum ia mencapai tarikh luput. Dengan cara itu, anda juga mungkin ditawarkan manfaat dengan harga yang lebih baik oleh syarikat insurans.

    Bahkan, anda juga berkesempatan untuk membuat perbandingan bukan sahaja daripada segi harga, bahkan juga manfaat-manfaat yang ditawarkan oleh syarikat lain. 

    Bandingkan harga sebelum renew

    Ini tips paling penting ya! Elakkan daripada auto-renew insurans motor anda pada setiap tahun. Jika boleh, cuba dapatkan perlindungan insurans daripada syarikat yang berbeza dari tahun sebelum ini. Ini bagi membolehkan anda mendapatkan harga yang lebih baik berserta dengan tawaran manfaat yang lebih menguntungkan.

    Untuk perbandingan yang lebih mudah, cepat dan berbaloi, anda boleh gunakan sahaja platform Bjak yang menyediakan sehingga 18 jenama insurans terkemuka untuk pengguna. Dengan perbandingan yang dibuat menerusi platform ini, anda bukan sahaja boleh nikmati harga terendah, bahkan anda juga mungkin boleh menerima manfaat yang lebih baik berbanding tahun sebelum ini.

    Pilih jumlah diinsuranskan ikut nilai yang dipersetujui

    Juga sama seperti ketika ingin renew insurans kereta, anda juga boleh menginsurankan motor anda mengikut nilai pasaran ataupun nilai yang dipersetujui.

    Namun begitu, jika anda inginkan lebih keuntungan khususnya ketika tuntutan dibuat, maka anda sangat digalakkan untuk renew insurans motor anda mengikut nilai yang dipersetujui, lebih-lebih lagi jika ia adalah motor baru. Ini kerana andai kata berlaku sesuatu pada motor anda seperti seperti dicuri, terbakar atau total loss, maka anda bolehlah mendapat pampasan ikut nilai yang dipersetujui itu.

    Jika anda memilih harga pasaran, maka jumlah pampasan yang anda akan peroleh adalah mengikut harga pasaran motor anda pada tahun itu sahaja. 

    Bayar secara ansuran

    Berita baik untuk anda! Kini, anda juga sudah boleh menggunakan kaedah bayaran secara ansuran untuk memperbaharui insurans motor anda. Menerusi platform online Bjak, anda boleh memilih sama ada untuk bayar secara sekaligus, 3 kali ansuran atau bahkan sehingga 12 bulan mengikut keinginan anda.

    Apa yang menariknya, Bjak tidak menetapkan sebarang had minima untuk pembelian insurans anda bagi membolehkan kaedah ansuran digunakan. Jadi, inilah peluangnya!

    Jika sebelum ini anda mungkin terpaksa renew insurans motor yang paling murah kerana kekurangan bajet, kini tidak perlu lagi. Renew sahaja dengan pelan terbaik dan bayar sahaja secara ansuran sama ada menerusi SpayLater, Atome, Grab PayLater ataupun ShopBack PayLater.

    Pastinya motor anda lebih selamat, anda juga lebih jimat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: