Skip to content
Home » Ubah suai Kereta: Bagaimana Ia Mempengaruhi Premium Insurans Anda

Ubah suai Kereta: Bagaimana Ia Mempengaruhi Premium Insurans Anda

    ubah suai kereta

    Kebanyakan peminat kereta gemar untuk menaik taraf atau ubah suai kereta mereka mengikut cita rasa sendiri. Selepas beberapa bulan atau tahun memiliki kereta sendiri, timbul keinginan untuk membuat modifikasi pada kereta meskipun menyedari akan menelan belanja yang agak besar. 

    Ada yang menukar enjin kepada enjin turbo, ada yang menukar sport rim kereta sport rim baru dan lain-lain lagi.

    Jika anda cuba menambah baik satu atau dua komponen baharu, pada dasarnya ia bukanlah perkara yang buruk. Walau bagaimanapun, anda perlu sedar bahawa pengubahsuaian ini boleh menjejaskan premium insurans kereta anda.

    Bagaimana ia berlaku? Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui penjelasannya.

    Apakah itu ubah suai kereta?

    Pengubahsuaian kereta membantu menjadikan pemanduan anda sedikit berbeza daripada kenderaan lain.

    Sama seperti istilahnya, pengubahsuaian merupakan suatu perubahan yang dibuat pada kenderaan untuk mengubah penampilan atau prestasi atau bahkan kedua-duanya.

    Hasil pengubahsuaian boleh menjadi besar (ketara) atau kecil (sedikit sahaja) bagi tujuan estetik atau untuk meningkatkan prestasi kereta.

    Jenis-jenis pengubahsuaian kereta

    ​​

    Terdapat beberapa jenis pengubahsuaian kereta yang perlu anda tahu:

    1. Prestasi

    Pengubahsuaian prestasi merujuk kepada peningkatan prestasi kereta individu. Contohnya adalah menaik taraf brek, transmisi, suspensi, pengecas turbo, dan lain-lain.

    2. Fungsi

    Pengubahsuaian fungsi bermaksud pengubahan atau penambahan fungsi tertentu pada kenderaan. Contohnya ialah sistem penyaman udara, sistem navigasi, sensor memarkirkan kereta dan lampu tambahan kereta.

    3. Estetik

    Pengubahsuaian estetik merujuk kepada penambahbaikan penampilan kenderaan. Contohnya seperti di bawah:

    • Bampar depan dan belakang
    • Bumbung kereta
    • Cat pada badan kereta
    • Lampu pemantul bampar belakang
    • Tinted cermin kereta

    Bergantung pada jenis pengubahsuaian, sesetengahnya meningkatkan prestasi kenderaan anda. Namun diingatkan, ia perlu dibuat secara sah mengikut peraturan atau piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pengubahsuaian yang menyalahi undang-undang atau dilarang boleh menjejaskan prestasi kereta anda.

    Ubah suai kenderaan mengikut piawaian JPJ

    Pengubahsuaian kereta yang menyalahi undang-undang boleh menyebabkan anda didenda oleh pihak berkuasa. Pengubahsuaian kereta tertakluk kepada pematuhan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Mengikut Seksyen 12 Akta Pengangkutan Jalan 1987, pengubahsuaian yang dibuat pada mana-mana kenderaan sebelum atau selepas pendaftaran hendaklah dilakukan secara sah.

    Beberapa pengubahsuaian boleh dilakukan tanpa kelulusan JPJ. Walau bagaimanapun, mereka mesti mengikut garis panduan yang ditetapkan. Anda boleh merujuk artikel ini untuk mengetahui panduan terperinci mengenai pengubahsuaian kereta mengikut  piawaian JPJ: Nak Ubah Suai Kereta? Baca Dulu Garis Panduan JPJ

    Bagaimanakah pengubahsuaian kereta menjejaskan premium insurans?

    Syarikat insurans kereta menganggap kereta telah diubah suai apabila anda menggantikan, menambah atau ‘membuang’ mana-mana bahagian atau sistem kenderaan yang tiada dalam spesifikasi standard pengeluar.

    Tetapi bagaimana ia akan menjejaskan premium insurans jika anda ingin mengubah suai kereta anda?

    Sebagai contoh, jika hasil pengubahsuaian kereta berupaya untuk mendedahkan kepada risiko kecurian yang lebih tinggi, maka syarikat insurans akan mengenakan premium insurans yang lebih mahal berbanding yang telah dikenakan kepada anda sebelum pengubahsuaian.

    Sila pastikan anda mengemaskini polisi insurans anda apabila telah membuat sebarang ubah suai pada kereta supaya ia turut dilindungi.

    Apa berlaku jika anda tidak mendedahkan pengubahsuaian kereta kepada syarikat insurans?

    Insurans anda hanya melindungi aksesori kereta standard yang dipasang di kilang.

    Sekiranya berlaku kemalangan kereta atau kecurian, insurans anda akan menggantikan atau membayar pampasan untuk aksesori, dengan syarat aksesori itu adalah alat standard yang dipasang di kilang. Anda memerlukan insurans komprehensif untuk mendapatkan penggantian atau pampasan pada aksesori yang telah hilang.

    Dalam erti kata lain, jika aksesori kereta anda bukan aksesori standard yang dipasang pada kereta anda, insurans anda tidak akan melindungi atau memberi pampasan kepada anda jika ia rosak atau dicuri.

    Oleh itu, anda mesti mendedahkan mana-mana bentuk pengubahsuaian yang telah dilakukan pada kereta anda apabila memperbaharui insurans. Kegagalan anda untuk melakukannya akan menyebabkan tuntutan anda ditolak oleh syarikat insurans jika komponen baharu tersebut rosak akibat kemalangan atau dicuri. 

    Jika anda tidak pasti, sila dapatkan penjelasan daripada syarikat insurans anda untuk ketahui dengan lebih lanjut.

    Buat pertimbangan terlebih dahulu sebelum mengubah suai kereta

    Anda pastinya tidak mahu apa-apa yang tidak kena berlaku pada kereta anda selepas pengubahsuaian dibuat. Ia sememangnya akan menjadi mimpi ngeri bagi semua pemilik kereta. Ribuan ringgit telah dibelanjakan untuk mengubah suai kereta namun akhirnya ia menjejaskan pula prestasi kereta anda.

    Oleh itu, kami menasihati anda untuk buat rujukan terlebih dahulu dengan mereka yang lebih pakar supaya anda tidak merosakkan kereta anda. Dapatkan juga insurans tambahan yang diperlukan untuk memastikan kereta anda mendapat perlindungan yang mencukupi.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: