Skip to content
Home » Bilakah Waktu Paling Ideal Untuk Failkan Tuntutan Insurans Kereta?

Bilakah Waktu Paling Ideal Untuk Failkan Tuntutan Insurans Kereta?

    failkan tuntutan insurans kereta

    Selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, perkara seterusnya yang perlu anda lakukan adalah mengemukakan tuntutan kepada syarikat insurans anda bagi membantu menanggung segala kos pembaikan kereta. 

    Namun persoalannya di sini, bilakah waktu yang terbaik dan ideal untuk anda kemukakan tuntutan anda itu bagi memastikan ia tidak ditolak oleh syarikat insurans? Jom teruskan membaca perkongsian pada artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenainya.

    Bila perlu claim insurans?

    Kos pembaikan kereta akibat kemalangan boleh merunsingkan sesiapa sahaja. Disebabkan itulah setiap pemilik kenderaan diwajibkan untuk memiliki perlindungan insurans kereta supaya ia dapat membantu mengurangkan kerugian yang dialami.

    Walau bagaimanapun, untuk mengemukakan tuntutan insurans, ia sememangnya agak memakan masa. Selain ada beberapa proses tertentu yang perlu dilalui, anda juga perlu tahu sama ada terdapat had waktu yang telah ditetapkan bagi membuat claim insurans

    Sebenarnya dalam kebanyakan kes, anda sangat digalakkan untuk mengemukakan tuntutan kepada syarikat insurans dalam tempoh 48-72 jam selepas kemalangan berlaku. Ini bagi memastikan tuntutan anda lebih cepat diproses dan mengurangkan kemungkinan tuntutan anda ditolak oleh syarikat insurans. Sungguhpun begitu, mungkin ada juga keadaan tertentu yang menyebabkan sebilangan pemilik kenderaan tidak dapat terus mengemukakan tuntutan insurans. Contohnya, cedera teruk akibat kemalangan yang berlaku sehingga memerlukan rawatan di hospital. 

    Sebelum tuntutan anda itu dikemukakan, anda wajib untuk:

    1. Membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas terbabit kemalangan 
    2. Menyediakan dokumen lengkap termasuklah salinan asal laporan polis, polisi insurans yang masih aktif, salinan kad pengenalan serta lesen memandu anda. 

    Kenapa anda kena claim insurans dengan cepat?

    Sebenarnya, proses untuk claim insurans kereta selepas terbabit dalam kemalangan agak mudah, namun ia mungkin agak memakan masa jika anda tidak menepati perkara-perkara tertentu yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans.

    Sudah menjadi tanggungjawab anda untuk kemukakan claim insurans pada kadar yang segera. Pertama sekali, ia bagi meyakinkan pihak insurans bahawa tidak ada sebarang unsur penipuan dalam tuntutan anda itu, termasuklah daripada segi kerosakan yang dialami pada kenderaan.

    Anda kena ingat ya, syarikat insurans biasanya akan menghantar seorang adjuster bagi menilai kerosakan yang dialami pada kenderaan anda, dan kemudiannnya akan turut meminta anda untuk memberikan beberapa dokumen seperti gambar kemalangan dan hasil laporan polis bagi menyokong tuntutan anda itu.

    Tidak mustahil, syarikat insurans juga mungkin akan meminta anda untuk memberikan nombor beberapa orang saksi yang boleh dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kemalangan tersebut. 

    Selepas semuanya sudah disahkan, barulah syarikat insurans akan meluluskan claim insurans anda itu.

    Apa jadi jika anda lewat failkan claim insurans kereta?

    Sebenarnya kelewatan anda untuk memfailkan tuntutan insurans boleh menyebabkan tuntutan anda ditolak. Walau bagaimanapun, ia berbeza dan tetap bergantung kepada syarikat insurans. 

    Mungkin anda tertanya-tanya mengapa pula syarikat insurans nak tolak tuntutan anda bila terlewat claim insurans, kan? 

    Pertama sekali, apabila anda lewat untuk claim insurans, syarikat insurans mungkin tidak dapat mengenal pasti dengan tepat mengenai kerosakan yang telah berlaku akibat kemalangan tersebut. Ia secara tidak langsung mungkin menimbulkan beberapa keraguan pada pihak syarikat insurans tersebut. Bahkan dengan kelewatan anda memfailkan claim juga, syarikat insurans anda turut sukar untuk menghubungi pihak ketiga yang mungkin turut terbabit dalam kemalangan itu.

    Biasanya jika anda sudah terlepas deadline untuk claim insurans, tuntutan anda akan terus ditolak dan tidak akan dilayan. Jadi sebaiknya, anda segeralah hubungi syarikat insurans anda untuk mengetahui berapa harikah tempoh yang diberikan agar anda boleh failkan tuntutan anda itu. Ini bagi memastikan anda tidak kerugian dan mengelakkan anda daripada perlu menanggung kerugian yang dialami menggunakan wang sendiri.

    Sebaiknya, failkan sahaja claim anda secepat mungkin yang boleh. Nak lagi best? Terus hubungi syarikat insurans anda selepas kemalangan berlaku. Dengan cara itu, anda mungkin turut dibantu oleh mereka mengenai apa yang perlu dilakukan seterusnya. 

    Tips supaya tuntutan insurans anda tidak ditolak

    Berikut merupakan beberapa tips bagi memastikan tuntutan insurans anda tidak mudah ditolak nanti:

    1. Ambil gambar kemalangan (kerosakan kereta akibat kemalangan) untuk dijadikan sebagai bukti
    2. Simpan maklumat pihak yang terlibat. Catat nombor pendaftaran kenderaan serta dapatkan nombor telefonnya
    3. Failkan tuntutan insurans sebaik sahaja anda sudah selesai buat laporan polis
    4. Ada dashcam? Tunjukkan juga ia sebagai bukti 
    5. Jangan sesekali tipu mengenai kejadian kemalangan tersebut
    6. Pastikan insurans dan lesen memandu anda masih aktif

    Semoga perkongsian ini berguna dan bermanfaat untuk anda!


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: