Apa Itu Adjuster & Peranannya Dalam Tuntutan Insurans Kenderaan?

Adjuster insurans bertanggungjawab untuk menilai tahap kerosakan kenderaan anda selepas terbabit kemalangan mewakili syarikat insurans.

Insurans Kereta

Written by:

“Kami akan menghantar seorang adjuster untuk nilai kerosakan pada kenderaan Encik”.

Antara  individu yang akan bertanggungjawab dalam proses tuntutan insurans kenderaan adalah adjuster atau penyelaras insurans. Untuk yang pernah membuat tuntutan insurans, anda mungkin sudah tahu dan fahami peranan penyelaras insurans ini. Namun, tidak mustahil ramai juga yang masih belum tahu mengenainya.

Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui apakah itu adjuster dan apakah peranannya di dalam tuntutan insurans kenderaan.

Apakah itu adjuster?

adjuster insurans akan menilai kerosakan kereta anda

Untuk makluman anda, adjuster insurans merupakan individu yang menyiasat dan menyelaras nilai kerugian dan pampasan kemalangan. Adjuster adalah satu firma bebas yang telah dilantik oleh syarikat insurans mahupun takaful untuk menyiasat dan akan memberi laporan mengenai kes tersebut dari semasa ke semasa.

Sebaik sahaja anda mengemukakan tuntutan insurans selepas terbabit dalam kemalangan, adjuster ini akan terus memainkan peranannya dengan menghantar segala dokumen tuntutan insurans kepada pihak syarikat insurans anda. 

Fungsi adjuster insurans 

Motor Department

Jabatan ini terdiri daripada dua pecahan unit iaitu:

  1. Own Damage Department

Jabatan ini menguruskan tuntutan bagi membaiki kenderaan yang disebabkan oleh kemalangan. Pada kebiasaannya, adjuster dari jabatan atau unit ini akan pergi ke bengkel bagi melihat dan menganggarkan jumlah kerosakan dan nilai kos pembaikan bagi kenderaan terbabit.

  1. Third Party Body Injury Department

Adjuster dari unit ini akan menguruskan tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga kepada pihak insurans disebabkan oleh kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecederaan atau kematian.

Contoh: Ali yang sedang menunggang motosikal secara tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk. Susulan itu, Ali (dirujuk sebagai pihak ketiga) membuat tuntutan insurans ke atas pemilik kereta yang melanggarnya itu bagi memohon pampasan. 

Adjuster dari unit ini akan menguruskan tuntutan Ali dan menilai jumlah pampasan yang bakal diterimanya. 

Nota: Jika anda adalah mangsa kemalangan, sangat penting untuk anda dapatkan info khususnya nombor plat kenderaan yang melanggar anda serta terus membuat laporan polis dalam tempoh 24  jam selepas kemalangan (jika cedera parah, anda dibenarkan untuk membuat laporan lewat sedikit (pastikan ada surat pengesahan doktor)) bagi memudahkan proses tuntutan anda.  

Non-motor department

Adjuster daripada unit atau jabatan ini akan menguruskan tuntutan kerugian membabitkan kebakaran bangunan, harta benda, kecurian, kerosakan akibat bencana alam, liabiliti awam dan lain-lain. 

Contohnya kedai anda mengalami kerosakan akibat bencana alam. Maka, selepas tuntutan dibuat terhadap syarikat insurans bagi menuntut pampasan, adjuster dari unit ini akan terbabit bagi menyiasat segala kerugian yang dialami oleh anda.  

Adakah anda boleh berurusan terus dengan adjuster insurans?

Tidak. Adjuster bertugas mewakili pihak syarikat insurans. Hanya perkara/ bahagian yang perlu dibaiki sahaja akan diluluskan oleh adjuster dan bukannya mengikut permintaan anda. 


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: