Perbaharui insurans kereta dalam beberapa minit
Perbaharui sekarang, bayar kemudian.
Jenis-jenis Perlindungan Insurans Kereta
Insurans Kereta Komprehensif
Lindung kereta anda dengan pihak lain: kemalangan, kebakaran, kecurian. Syarikat insurans bayar pembaikan anda & kerosakan pihak ketiga. Sesuai untuk kereta di bawah 10 tahun.
Insurans Kereta Pihak ketiga, kecurian dan kebakaran
Lindung kereta anda untuk kebakaran/kecurian sahaja; jika kemalangan salah anda, pembaikan kereta sendiri tanggung. Kerosakan pihak ketiga ditanggung syarikat insurans.
Insurans Kereta Pihak ketiga
Hanya lindung pihak lain (kecederaan/kerosakan). Tiada perlindungan untuk kereta anda bagi kemalangan, kebakaran atau kecurian. Tertakluk kelulusan syarikat insurans.
Perlindungan Tambahan Insurans Kereta
Add-on biasa yang ditawarkan kebanyakan syarikat insurans/Takaful — perlindungan dan terma & syarat berbeza mengikut penyedia.


Kereta Gantian Tanpa Hassle
Tiada kebimbangan semasa kereta di bengkel—teruskan perjalanan dengan tenang!

Proses tuntutan pantas
Tuntutan diproses dalam masa 5 hari waktu bekerja

Talian hotline khas
Akan menjawab panggilan anda dalam 10 saat, 24/7

Kadar tuntutan berjaya tinggi
Pasukan profesional akan berjuang untuk kes anda

Bengkel terbaik
Bengkel yang bagus dan berkualiti tinggi

Pertukaran Bateri PERCUMA
Dapatkan pertukaran bateri percuma apabila diperlukan.

Pertukaran Tayar PERCUMA
Servis pertukaran tayar percuma untuk tayar bocor tak dijangka.

Petrol Kecemasan PERCUMA
Penghantaran petrol kecemasan percuma untuk teruskan perjalanan.

Bantuan Kerosakan PERCUMA
Bantuan kerosakan percuma bila-bila masa, di mana sahaja.
Soalan yang sering ditanya ketika membeli Insurans Kereta
Bagaimanakah syarikat insurans kereta mengira kadar premium insurans kereta di Malaysia?
Sebelum 1 Julai 2017, harga premium untuk insurans kereta di Malaysia hampir sama (berdasarkan nilai kenderaan anda dan kapasiti enjin) di semua penyedia insurans kereta. Ini kerana harga premium ditarif oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Syarikat insurans kereta membuat pengiraan premium khusus pada butiran teknikal dan usia, justeru, itu adalah nilai pasaran kereta anda.
Bagaimanapun, sejak pelaksaan kadar atau tarif baru pada 1 Julai 2017, syarikat insurans kereta kini mengambil kira beberapa faktor untuk menentukan premium insurans. Antara faktor-faktor yang akan diambil kira dalam menentukan harga premium adalah seperti berikut:
Bagaimanapun, sejak pelaksaan kadar atau tarif baru pada 1 Julai 2017, syarikat insurans kereta kini mengambil kira beberapa faktor untuk menentukan premium insurans. Antara faktor-faktor yang akan diambil kira dalam menentukan harga premium adalah seperti berikut:
- Rekod pemanduan
- Tahap penggunaan kereta
- Lokasi
- Pekerjaan
- Umur
- Ciri-ciri keselamatan pada kereta
Bagaimanakah cara untuk menghantar tuntutan insurans kereta?
- 1. Telefon talian hotline syarikat insurans anda jika mengalami kemalangan yang teruk
- 2. Kumpul bukti dan catat maklumat penting seperti masa dan tempat kemalangan, gambar kejadian kemalangan, gambar kerosakan pada kenderaan anda dan kenderaan terlibat dan bertukar maklumat dengan kenderaan terlibat
- 3. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam
- 4. Laporkan kepada syarikat insurans kereta dalam masa 7 hari dari kemalangan berlaku
- 5. Pastikan kereta dihantar ke bengkel panel syarikat insurans kereta anda
- 6. Isi borang tuntutan syarikat insurans kereta anda
- 7. Kemukakan semua borang yang diperlukan oleh syarikat insurans kereta
- 8. Lakukan semakan dengan syarikat insurans kereta anda mengenai alat ganti dan baik pulih yang dibuat oleh bengkel panel anda
- 9. Tandatangan borang pelepasan syarikat insurans kereta apabila berpuas hati dengan kereta anda selepas dibaik pulih
Jika pemandu lain memandu kenderaan saya dan tiba-tiba terlibat kemalangan, bolehkah saya membuat tuntutan insurans?
Secara dasarnya, syarikat insurans kereta akan mengenakan lebihan jumlah tuntutan jika kereta anda terlibat dalam kemalangan yang disebabkan oleh pemandu lain. Namun, anda boleh membuat tuntutan insurans sekiranya ada menambah nama pemandu tersebut dalam polisi atau telah membeli polisi insurans kereta dengan perlindungan insurans semua pemandu ketika memperbaharui insurans anda.
Bolehkah saya membatalkan polisi insurans pada bila-bila masa?
Ya, anda boleh membatalkan polisi insurans anda pada bila-bila masa. Bagaimanapun penalti mungkin akan dikenakan sekiranya anda membatalkan polisi sebelum tarikh tamat.
Bolehkah saya memperbaharui insurans kereta saya jika kereta telah berusia lebih daripada 15 tahun?
Pakej yang ditawarkan oleh syarikat insurans kereta boleh menjadi lebih sedikit kerana usia kereta anda. Walau bagaimanapun, pakej insurans kereta yang ditawarkan di BJAK.my merangkumi pelbagai jenis kereta dan oleh itu anda masih boleh memperbaharui insurans kereta anda di BJAK.my.
Bagaimanakah insurans kereta komprehensif berbeza dengan insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian?
Perbezaan utama ialah insurans kereta komprehensif melindungi kerosakan kereta anda semasa perlanggaran (kemalangan jalan raya), kebakaran dan kecurian tetapi insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian hanya melindungi kerosakan semasa kebakaran dan kecurian sahaja. Servis khidmat tunda turut tidak disediakan jika anda membeli insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.












