Skip to content
Home » 7 Faktor Penentu Harga Insurans Kereta

7 Faktor Penentu Harga Insurans Kereta

    harga insurans kereta

    Bagi mendapatkan satu pelan perlindungan insurans kereta, anda perlu membayar sejumlah wang bagi harga yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans anda. Dalam industri insurans, ‘harga’ itu biasanya lebih dikenali sebagai ‘premium’ insurans kereta.

    Satu perkara penting yang anda sebagai pemilik kenderaan perlu tahu, harga insurans kereta atau premium ini ditentukan atas banyak faktor dan bukannya hanya dinilai daripada jenis perlindungan insurans dan kadar NCD semasa sahaja. 

    Ia susulan daripada Langkah Liberalisasi Tarif Insurans Motor yang telah dilaksanakan sejak 1 Julai 2017, yang mana kadar premium insurans kereta bagi perlindungan jenis Komprehensif dan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Motor ditentukan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful masing-masing.

    Disebabkan itulah, lebih banyak faktor yang akan diambil kira bagi menentukan harga insurans kereta seperti yang akan dikongsikan di bawah ini.

    Ketahui dahulu bagaimana premium berfungsi

    Secara ringkasnya, premium insurans kereta akan mempunyai pengiraan asas. Kos premium insurans kereta setiap individu akan berbeza-beza bergantung pada jenis perlindungan yang anda cari, termasuklah faktor-faktor lain.

    Disebabkan itulah, anda digalakkan untuk membuat dahulu perbandingan insurans dengan beberapa buah syarikat bagi mendapatkan harga dan perlindungan terbaik. 

    7 Faktor yang menentukan harga insurans kereta individu

    Berikut dikongsikan 7 faktor penting yang menentukan premium insurans kereta di Malaysia:

    No-claim discount (NCD) 

    Kadar NCD insurans kereta adalah antara faktor paling penting dalam menentukan premium insurans kereta individu. 

    Apakah itu NCD?

    NCD merupakan diskaun insurans kereta yang ditawarkan oleh pihak insurans kepada anda jika anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut.

    Kadar peratusan NCD adalah berbeza di antara 0 peratus sehingga 55 peratus (maksima). Semakin tinggi nilai NCD anda, semakin rendah harga insurans yang anda boleh peroleh. 

    NCD insurans turut memainkan peranan dalam menentukan harga insurans kereta

    Jenis insurans kereta

    Selain itu, harga insurans kereta anda akan turut dipengaruhi berdasarkan jenis polisi insurans yang anda pilih. Secara dasarnya, polisi insurans jenis komprehensif lebih mahal berbanding insurans paling asas, iaitu insurans pihak ketiga.

    Kereta baru dan kereta yang di bawah usia 10 tahun (jika kereta dibeli dengan pinjaman bank) diwajibkan untuk memiliki insurans komprehensif. Manakala bagi kereta lama yang sudah berusia lebih 15 tahun pula, polisi insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian bagi adalah digalakkan untuk diambil bagi memberi lebih perlindungan buat kenderaan.

    Tahun pembuatan kereta

    Tahun pembuatan kenderaan anda akan turut mempengaruhi harga insurans kereta. Contohnya, kereta yang dikeluarkan pada tahun 2016 pastinya akan mempunyai nilai insurans yang lebih murah berbanding kereta yang dikeluarkan pada tahun 2021. Mudah kata, insurans kereta akan lebih murah untuk kereta lama berbanding kereta baru. 

    Nilai harga pasaran kereta

    Syarikat insurans juga akan mengambil kira nilai harga pasaran kereta anda sebelum menetapkan premium akhir. Kebiasaannya, kenderaan dengan nilai pasaran yang lebih tinggi mempunyai nilai insurans (jumlah perlindungan) yang lebih tinggi. 

    Bagaimanapun, harga nilai pasaran semasa kereta anda akan mengalami penurunan dari tahun ke tahun, justeru ia secara tidak langsung akan menyebabkan nilai insurans kereta anda juga semakin rendah.

    Lokasi

    Tahukah anda? Lokasi tempat tinggal juga akan menentukan harga insurans kereta anda mahal atau tidak. Pada dasarnya, harga insurans kereta di kawasan bandar adalah lebih mahal berbanding harga insurans untuk mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

    Selain itu, harga insurans kereta di Semenanjung adalah lebih tinggi berbanding harga insurans kereta di Sabah dan Sarawak. Faktor ini disebabkan oleh nilai pasaran kereta dan penilaian risiko yang lebih tinggi di Semenanjung Malaysia berbanding di Sabah dan Sarawak.

    Rekod pemanduan

    Pemandu berbahaya dianggap berisiko lebih tinggi oleh syarikat insurans dan pengendali Takaful kerana mereka menganggap perlu menanggung risiko yang lebih besar jika mereka setuju untuk memberi perlindungan insurans terhadap kenderaan yang dimiliki atau dipandu oleh pemandu bahaya. Disebabkan itulah, harga yang dikenakan adalah lebih tinggi, di mana ianya setimpal dengan risiko yang ditanggung oleh syarikat insurans.

    Pekerjaan 

    Kereta anda kerap digunakan ke tapak projek (kerja)? Maka, insurans kereta anda berkemungkinan lebih mahal selepas mengambil kira faktor yang mungkin berlaku termasuk kerosakan mahupun kemalangan. 

    Caj tambahan yang dikenakan dalam premium insurans kereta

    Selepas menetapkan kadar premium asas berdasarkan penilaian daripada faktor-faktor yang dinyatakan di atas, premium insurans anda seterusnya akan dimuktamadkan dengan beberapa caj tambahan lain.

    Caj-caj tambahan tersebut adalah:

    Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)

    Kadar standard caj SST sebanyak 6% akan dikenakan di dalam premium asas insurans anda.

    Duti Setem

    Caj duti setem sebanyak RM10 dikenakan di dalam pembelian insurans kereta sebelum jumlah akhir harga insurans dijana.

    Perlindungan tambahan

    Anda akan dikenakan bayaran atau caj tambahan pada premium asas jika membeli sebarang perlindungan tambahan di dalam polisi insurans anda. Contohnya, anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan untuk cermin kereta ataupun perlindungan peril khas, dan lain-lain. 

    Kebiasaannya, caj atau harga bagi setiap perlindungan tambahan yang anda ingin miliki untuk kenderaan adalah berbeza-beza. Semakin banyak perlindungan tambahan yang anda dapatkan, semakin mahal premium insurans anda. 

    Komisyen (jika membeli dengan ejen)

    Anda perlu membayar komisyen dalam jumlah tertentu (contohnya RM20) jika membeli insurans melalui ejen. Caj ini bagi membayar perkhidmatan ejen anda menguruskan pembelian insurans serta roadtax bagi pihak anda. Bagaimanapun, caj ini tidak akan dikenakan jika anda membeli insurans secara online.

    Risau harga insurans kereta mahal? Buat je online di Bjak

    Jangan risau, anda tetap boleh mendapatkan insurans kereta terbaik tanpa perlu bimbang mengenai harganya. Dengan Bjak, anda boleh lakukan bayaran secara ansuran melalui 4 pilihan kaedah pembayaran Buy Now Pay Later yang ada.

    Dengan pilihan bayaran ansuran hingga 12 bulan, ia pastinya tidak akan membebankan anda sebagai pengguna. Pilih sahaja pelan terbaik, dan bayar sahaja insurans untuk kereta anda hanya dari RM30/ sebulan.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: