Memiliki kereta sememangnya bakal memudahkan pergerakan anda ke mana sahaja. Namun, ia juga turut menambah tanggungjawab anda selepas itu. Selain perlu membayar ansuran bulanan, penting juga untuk anda sebagai pemilik kereta memikirkan mengenai beberapa perkara lain bagi memastikan kenderaan anda kekal berfungsi dengan baik dan sah digunakan di atas jalan raya.
Untuk penulisan kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda mengenai 5 perkara penting yang perlu anda lakukan sebagai seorang pemilik kereta.
Servis kereta pada tempoh yang ditetapkan
Sebagai pemilik kereta, anda pasti tahu bahawa perkara utama yang perlu dititiberatkan adalah penyelenggaraan atau servis kereta mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Penyelenggaraan kereta adalah penting bagi memastikan prestasi dan komponen kereta anda kekal berada dalam keadaan yang terbaik dan selamat. Untuk pengetahuan, kereta anda perlulah diservis setiap 5,000 km atau setiap tiga bulan, bergantung pada keadaan semasa kereta dan kekerapan anda memandunya. Ketika menghantar kereta untuk diservis, pastikan beberapa perkara asas ini diperiksa:
- paras minyak enjin dan minyak gear
- penapis udara anda (air filter)
- keadaan tayar
- gantikan minyak hitam dan penapis minyak
- periksa tekanan tayar
- periksa lampu depan, signal dan lampu brek
- menukar air filter
Selain itu, kereta anda juga perlu dilakukan major service bagi memastikan komponen-komponen penting ditukar dan mengekalkan kereta pada keadaan terbaik. Selain pemeriksaan untuk perkara-perkara asas di atas, antara perkara utama yang perlu dipertimbangkan ketika melakukan major service adalah:
- penggantian spark plug
- menukar cecair penyejuk atau coolant
- tukar minyak gearbox setiap 20,000km
- menukar pad brek
- menukar timing belt setiap 60,000km (bergantung pada jenama kereta)
- menukar air-cond belt/ altenator belt
Untuk kereta baru yang masih memiliki warranty terutamanya, anda sangat digalakkan untuk menghantar kereta anda ke pusat servis jenama kereta anda bagi mendapatkan khidmat penyelenggaraan yang lebih baik dan lengkap.
Cuci kereta anda
Jangan hanya beli kereta tapi malas untuk menjaganya. Untuk memastikan kereta anda kekal bersih dan cantik, sila pastikan kereta dicuci setidak-tidaknya seminggu sekali. Bahkan tahukah anda sebenarnya, cuci kereta tidak hanya bertujuan untuk memastikan ia bersih sahaja, malah ia turut penting bagi:
- mengekalkan cat kereta daripada pudar dan kusam
- mengelak daripada menjadi sarang serangga kecil seperti lipas, semut dan sebagainya
- pemanduan yang lebih selesa
- keselesaan penumpang kereta anda
Tidak susah pun untuk mencuci. Anda ada pilihan melakukannya sendiri di laman rumah, mahupun menghantarnya ke pusat car wash berdekatan rumah anda. Harganya juga tidaklah mahal sekadar RM10 hingga RM20 sahaja bergantung pada jenis kenderaan.
Selain mencuci bahagian body dan dalaman kereta anda, apa kata sekali sekala anda polish, wax dan nano coating kereta anda untuk mengekalkan kereta anda pada keadaan terbaik dan cantik.
Periksa tekanan tayar
Sebilangan pemilik kereta jarang mempertimbangkan untuk memeriksa tekanan tayar selagi ia tidak kelihatan kempis atau pancit. Namun tahukah anda, walaupun anda mempunyai tayar baru dan berkualiti tinggi, udara akan keluar dari masa ke semasa melalui sentuhan dengan lebam atau curb atau disebabkan perubahan suhu secara tiba-tiba.
Ingat, tayar kereta yang berada dalam keadaan baik mampu mengurangkan risiko kemalangan serta menjamin keselamatan anda sepanjang perjalanan, terutamanya perjalanan panjang.
Jika tekanan tayar kereta anda berada di bawah tekanan yang disarankan, ia akan berubah bentuk dan boleh menjadi terlalu panas. Bagaimanapun ketika cuaca panas, tekanan tayar baik untuk diturunkan sedikit kerana udara mengembang ketika dipanaskan.
Tabung kecemasan untuk pembaikan tidak dijangka
Kereta anda boleh berlaku kerosakan pada bila-bila masa seperti tayar pecah, bateri habis, terlibat dalam kemalangan jalan raya dan sebagainya.
Justeru sebagai pemilik kereta, anda sangat digalakkan untuk menyediakan tabung kecemasan bagi membayar kos pembaikan kereta anda sekiranya keadaan mendesak kelak.
Sebaiknya, simpan sekurang-kurangnya 5% daripada gaji anda untuk tabung kecemasan khusus bagi pembaikan kereta. Dengan berbuat demikian, anda tidak akan begitu terkesan dengan beban kewangan sekiranya kereta perlu dibaiki secara tiba-tiba suatu hari nanti.
Renew roadtax dan insurans anda
Sebagai pemilik kereta, antara perkara paling utama dan wajib untuk anda lakukan adalah memperbaharui cukai jalan dan insurans anda setiap tahun selagi anda adalah pemiliknya.
Ingat, anda perlu renew insurans kereta terlebih dahulu sebelum dapat menghidupkan semula roadtax anda. Sebaiknya, renewlah insurans anda dua bulan sebelum ia tamat tempoh dan segera renew roadtax anda selepas berjaya memperoleh insurans kereta anda.
Untuk hidupkan roadtax dan insurans tak susah pun. Kini pelbagai platform online disediakan kepada anda supaya anda boleh hidupkan insurans dan roadtax anda dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Antaranya adalah platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia, Bjak. Selain dapat banding dengan 15 syarikat insurans dan beli satu insurans yang terbaik untuk kereta anda, anda juga boleh terus memperbaharui roadtax kereta anda di platform ini. Yang penting, polisi insurans anda akan diaktifkan dengan serta-merta, roadtax anda pula akan terus dihantar ke depan pintu rumah. Minta dulu sebut harga percuma sekarang.
Berikan penjagaan rapi untuk kereta anda
Ingat, anda membayar sehingga puluhan atau ratusan ribu untuk hanya sebuah kereta. Justeru, pastikan anda memberikan penjagaan yang terbaik supaya kereta anda kekal cantik dan selamat untuk digunakan bagi mengelakkan kerugian pada diri anda kelak.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: