Skip to content
Home » Pengecualian Bayaran Ganti Roadtax, Lesen Memandu & Sijil Pemilikan Kenderaan untuk Mangsa Banjir

Pengecualian Bayaran Ganti Roadtax, Lesen Memandu & Sijil Pemilikan Kenderaan untuk Mangsa Banjir

    Pengecualian Bayaran Penggantian Roadtax, Lesen Memandu & Sijil Pemilikan Kenderaan Kepada Mangsa Banjir

    Susulan musibah banjir di lapan negeri di Semenanjung, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong telah mengumumkan pengecualian bayaran ganti Lesen Kenderaan Motor (roadtax), Lesen Memandu Malaysia serta Sijil Pemilikan Kenderaan kepada mangsa banjir

    Pengumuman tersebut dibuat semalam, 21 Disember, dalam satu sidang media selepas perasmian Anugerah Kecemerlangan Kuala Lumpur International Logistics dan Transport (KiLAT). 

    Kadar penggantian lesen memandu dan salinan cukai jalan

    Untuk makluman anda,sebelum ini terdapat bayaran tertentu yang dikenakan oleh JPJ bagi menggantikan lesen memandu atau cukai jalan seperti berikut:

    • Penggantian lesen memandu: RM20
    • Salinan cukai jalan motosikal: RM20
    • Salinan cukai jalan kereta: RM50

    Tiada penetapan tempoh bagi menggantikan dokumen berkenaan

    Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

    Namun menurut Wee, Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang bayaran untuk penggantian dokumen-dokumen berkenaan. Malah katanya, tiada sebarang penetapan tempoh pengecualian pembayaran bagi menggantikan dokumen berkenaan, menyedari bahawa mangsa-mangsa banjir mempunyai pelbagai urusan mustahak lain seperti menguruskan rumah dan keluarga.

    Laporan polis diperlukan untuk mendapatkan pengecualian

    Orang berurusan di kaunter JPJ

    Menurut Wee, mangsa banjir yang ingin mendapatkan pengecualian bayaran dokumen tersebut perlu membuat laporan polis, namun tidak perlu tergesa-gesa. Katanya, beliau juga telah meminta pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membantu mereka yang terjejas dalam urusan ini. 

    Setelah mendapatkan laporan polis, mangsa perlu berurusan di JPJ.

    Tambah Wee, pihaknya bercadang untuk turut meletakkan kaunter mobil JPJ untuk memudahkan urusan mangsa banjir

    Agensi di bawah Kementerian Pengangkutan digerakkan untuk membantu mangsa banjir

    Dalam pada itu, Wee memaklumkan bahawa agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan seperti JPJ, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Laut Malaysia telah digerakkan untuk turut sama-sama membantu mangsa-mangsa banjir.

    Renew roadtax secara online di Bjak 

    Renew insurans dan roadtax secara online di website Bjak

    Diharapkan pengecualian pembayaran yuran penggantian roadtax, Lesen Memandu Malaysia serta Sijil Pemilikan Kenderaan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada mangsa-mangsa banjir.

    Untuk anda yang ingin renew roadtax, kami cadangkan anda untuk renew roadtax secara online untuk memudahkan anda. Ikuti langkah mudah untuk renew roadtax secara online di Bjak seperti yang telah kami kongsikan dalam artikel yang lepas. 

    Sebagai peringatan, pelanjutan tempoh memperbaharui roadtax akan tamat tidak lama lagi. Renew roadtax hari ini atau selewat-lewatnya pada 31 Disember ini. 


    Bjak menawarkan kemudahan memperbaharui insurans kenderaan dan roadtax secara online. Renew insurans dan roadtax anda di Bjak.my di mana sahaja anda berada. Dapatkan sebut harga insurans kereta percuma dalam hanya 3 minit hari ini.