Salah satu komitmen wajib yang perlu dilakukan oleh individu yang memiliki kereta adalah memperbaharui insurans untuk kenderaannya itu pada setiap tahun. Jadi, penting untuk anda semak harga insurans kereta, tahu bagaimakah harga insurans kereta dikira dan apakah caj tambahan yang dikenakan.
Untuk yang sudah lama memiliki kereta, anda mungkin sudah tahu bahawa terdapat caj tambahan yang dikenakan ketika renew insurans kereta. Namun, untuk yang baru pertama kali mempunyai kenderaan sendiri, pembaharuan insurans mungkin akan jadi pengalaman baru untuk anda.
Perlu anda tahu, selain premium asas untuk pelan insurans yang ditetapkan oleh syarikat insurans, terdapat beberapa caj tambahan lain yang perlu anda bayar sebelum membelinya. Jadi sangat penting untuk anda semak harga insurans kereta anda supaya anda tidak keliru. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.
Tahu dulu bagaimana harga insurans dikira
Untuk makluman anda, mulai 1 Julai 2017, kadar premium insurans kereta bagi perlindungan jenis Komprehensif dan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Motor telah diliberalisasikan di mana harga premium ditentukan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful masing-masing.
Langkah ini dilakukan seiring dengan pelaksanaan langkah Liberalisasi Tarif Insurans Motor oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Susulan daripada langkah liberalisasi ini, lebih banyak faktor yang akan diambil kira bagi menentukan harga premium kenderaan oleh syarikat insurans dan pengendali Takaful.
Antara faktor-faktor yang diambil kira termasuklah:
- Nilai harga pasaran kereta
- Tahun pembuatan kereta
- No-claim discount (NCD)
- Jenis insurans kereta
- Lokasi tempat tinggal
- Rekod pemanduan
- Pekerjaan pemilik kenderaan
Semak harga insurans kereta – Caj tambahan dalam premium asas insurans kereta
Berikut merupakan jenis caj tambahan yang akan dikenakan di dalam premium asas insurans kereta anda:
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
Kadar standard caj SST sebanyak 6% akan dikenakan di dalam premium asas insurans anda.
Duti Setem
Caj duti setem sebanyak RM10 dikenakan di dalam pembelian insurans kereta sebelum jumlah akhir harga insurans dijana.
Perlindungan tambahan
Anda akan dikenakan bayaran atau caj tambahan pada premium asas jika membeli sebarang perlindungan tambahan di dalam polisi insurans anda. Contohnya, anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan untuk cermin kereta ataupun perlindungan peril khas, dan lain-lain.
Kebiasaannya, caj atau harga bagi setiap perlindungan tambahan yang anda ingin miliki untuk kenderaan adalah berbeza-beza. Semakin banyak perlindungan tambahan yang anda dapatkan, semakin mahal premium insurans anda.
Komisyen (jika membeli dengan ejen)
Anda perlu membayar komisyen dalam jumlah tertentu (contohnya RM20) jika membeli insurans melalui ejen. Caj ini bagi membayar perkhidmatan ejen anda menguruskan pembelian insurans serta roadtax bagi pihak anda. Bagaimanapun, caj ini tidak akan dikenakan jika anda membeli insurans secara online.
Cara harga insurans kereta dikira
Bagi memudahkan pemahaman anda, di bawah ini merupakan formula asas untuk mengira harga insurans kereta:
Contoh pengiraan harga insurans untuk Perodua Myvi dengan jumlah perlindungan sebanyak RM31,000
Keliru nak renew insurans? Buat online di Bjak
Sekiranya anda masih belum begitu arif cara untuk memperbaharui insurans, jangan risau. Lakukan sahaja secara online di Bjak. Anda juga boleh tanyakan segala persoalan anda kepada pasukan khidmat pelanggan kami bagi mendapatkan kepastian, termasuklah bagaimana untuk check harga insuran kereta.
Di Bjak, anda juga boleh membandingkan dengan lebih 10 pilihan jenama insurans yang ada bagi mendapatkan insurans pada harga terendah dengan pelan terbaik. Ingat, meskipun anda memilih pelan yang sama, setiap syarikat insurans akan menawarkan harga dan manfaat yang berbeza. Jadi, buat dahulu perbandingan sebelum membeli insurans anda ya!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: