Skip to content
Home » Nak Renew Insurans untuk Kereta Lama? Ini yang Anda Kena Tahu

Nak Renew Insurans untuk Kereta Lama? Ini yang Anda Kena Tahu

    Renew Insurans untuk kereta lama

    Siapa di sini yang mempunyai kereta lama atau antik yang sudah berusia 20 tahun ke atas? Nak jual, sayang, sebab boleh pakai lagi. 

    Jadi, selagi anda adalah pemilik kereta itu, selagi itulah anda perlu menjaganya, termasuklah memastikan ia mempunyai perlindungan insurans. 

    Namun, ada dalam kalangan pemilik kereta lama yang enggan memperbaharui insurans kerana menganggap ia jarang digunakan. Adakah tindakan itu betul? Apakah akibatnya jika kereta lama anda tidak memperbaharui insurans? 

    Ayuh ketahui dengan lebih lanjut mengenainya menerusi artikel ini.

    Kereta jarang guna, perlu ke saya renew insurans?

    Insurans untuk kereta lama

    Kereta yang sudah berusia atau kereta baru, anda tetap perlu memastikan kenderaan anda dilindungi oleh insurans. Walaupun kereta anda itu jarang digunakan, ia bukanlah satu alasan untuk anda tidak memberikannya perlindungan insurans. 

    Selain bagi membolehkan anda menggunakan kereta secara sah di jalan raya, insurans untuk kereta lama juga penting supaya:

    • Anda dilindungi daripada tuntutan pihak ketiga (sekiranya anda melanggar pihak lain)
    • Boleh membuat tuntutan insurans jika dilanggar kenderaan lain
    • Anda tidak dikenakan saman oleh pihak berkuasa (tanpa insurans, anda tidak boleh renew roadtax)

    Insurans untuk kereta lama

    Kereta lama boleh dikategorikan sebagai kenderaan yang berisiko untuk digunakan di atas jalan raya. 

    Disebabkan itu, majoriti daripada syarikat insurans tidak menawarkan perlindungan insurans komprehensif untuk kenderaan yang sudah berusia 20 tahun ke atas. 

    Kenapa kereta berusia tidak boleh renew dengan pelan komprehensif?

    Terdapat syarikat insurans yang meletakkan syarat hanya maksimum 10 atau 15 tahun sahaja boleh renew dengan pelan komprehensif, namun ada juga syarikat insurans (tidak banyak) meletakkan syarat sehingga maksimum 20 tahun. Ia berbeza-beza mengikut syarikat insurans.

    Ini kerana, semakin lama kereta anda, semakin tinggi risiko yang boleh berlaku. Jadi, andai kata kereta anda itu sudah lama dan tidak lagi layak untuk mendapatkan insurans kereta 1st party, maka anda perlu mendapatkan pelan insurans lain untuk kereta anda sekiranya tiada syarikat insurans yang menawarkannya. Yang penting, dapatkan juga insurans untuk kereta anda, meskipun hanya insurans kereta third party sahaja. 

    Renew dengan polisi pihak ketiga

    Untuk pemilik kereta yang sudah berusia 20 tahun ke atas dan jarang menggunakan kenderaan tersebut, anda boleh sahaja memperbaharui insurans dengan polisi paling asas, iaitu polisi pihak ketiga. Dengan polisi ini, anda masih akan dilindungi oleh pihak insurans sekiranya pihak ketiga membuat tuntutan terhadap anda, disebabkan kecuaian anda menyebabkan kemalangan.

    Di mana anda boleh renew insurans untuk kereta berusia lebih 20 tahun?

    Sama seperti renew insurans untuk kereta baru, anda juga boleh memperbaharui insurans untuk kereta lama anda secara online. Tiada masalah!

    Kini, banyak platform insurans yang menawarkan khidmat untuk pembaharuan insurans bagi kereta yang sudah berusia, termasuklah di Bjak. Sila pastikan anda membuat perbandingan harga terlebih dahulu bagi memastikan anda boleh mendapatkan harga terendah untuk kereta anda itu.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: