Salah satu istilah yang paling kerap dijumpai di dalam polisi insurans kereta adalah ‘premium’. Ia digunakan berulang kali dan istilah ini digunakan apabila merujuk kepada pembelian insurans.
Untuk pemilik kereta baru yang masih belum pernah renew insurans kereta khususnya, istilah premium ini mungkin masih asing kepada anda. Jadi, apa kata anda teruskan membaca perkongsian di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai premium atau harga insurans.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘premium’?
Secara mudahnya, premium merujuk kepada sejumlah wang yang dicaj oleh syarikat insurans kepada anda untuk polisi insurans yang anda pilih untuk dibeli. Sebagai balasannya, mereka akan memberi anda perlindungan sekiranya berlaku kemalangan atau kecurian kereta seperti yang dinyatakan dalam polisi.
Bilakah anda perlu membayar premium insurans?
Anda tertakluk untuk membayar premium insurans kereta mengikut tempoh yang ditetapkan oleh syarikat insurans. Kebanyakan syarikat insurans membenarkan anda memilih untuk membayarnya bagi tempoh satu tahun perlindungan. Walau bagaimanapun, anda boleh menyemak dengan syarikat insurans anda bagi kepastian lanjut kerana ada juga yang membolehkan anda untuk membayar bagi perlindungan selama 6 bulan sahaja.
Apakah formula atau cara mengira harga insurans kereta?
Formula asas untuk mengira harga insurans kereta adalah seperti di bawah:
Apakah maksud kadar asas dalam polisi insurans saya?
Kadar asas merujuk kepada sebahagian daripada premium standard untuk komisen ejen dan kos pentadbiran.
Apakah maksud kadar kasar dalam polisi insurans saya?
Berbeza dengan kadar asas, kadar kasar pula bermaksud jumlah premium insurans sebelum menambah caj cuti setem, caj perkhidmatan dan perlindungan tambahan yang dipilih.
Siapakah yang akan menentukan harga insurans saya?
Sebenarnya, setiap syarikat insurans mempunyai pekerja yang bekerja dalam pelbagai bidang penilaian risiko.
Sebagai contoh, mereka akan membuat penilaian berdasarkan:
i) kemungkinan risiko dan bahaya serta;
ii) kos yang berkaitan dengan kejadian bencana atau tuntutan
Dari situlah, harga insurans anda akan ditentukan dan kemudiannya diberikan kepada anda.
Apakah faktor-faktor yang akan menentukan premium insurans kereta saya mahal atau murah?
Berikut merupakan beberapa faktor yang mungkin dipertimbangkan oleh syarikat insurans anda semasa menetapkan kos insurans anda:
- Jenis insurans/ polisi yang anda pilih
- Lokasi anda
- Pekerjaan anda
- Nilai harga pasaran kereta anda
- Tahun pembuatan kereta anda
- Rekod pemanduan anda
- No-claim discount (NCD) anda
Apa jadi jika saya tidak membayar premium insurans kereta saya?
Akibatnya mudah sahaja:
- Anda tidak boleh memperbaharui cukai jalan
- Akan dikenakan saman jika dikesan memandu tanpa insurans dan roadtax yang sah
- Anda akan terbeban dengan masalah kewangan jika kemalangan berlaku ketika anda sedang memandu kerana tidak dilindungi oleh insurans
Apakah tips untuk saya mendapatkan premium insurans kereta yang lebih rendah?
- Elak auto-renew insurans anda
- Perbaharui insurans kereta awal
- Semak perlindungan insurans kereta
- Bandingkan polisi insurans kereta
Semoga perkongsian ini membantu anda!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: