Skip to content
Home » Insurans Kereta: Layak Ke Claim Jika Kereta Rosak Akibat Kemalangan Punca Diri Sendiri

Insurans Kereta: Layak Ke Claim Jika Kereta Rosak Akibat Kemalangan Punca Diri Sendiri

    claim insurans kereta

    Kemalangan jalan raya boleh berlaku tanpa diduga. Kadang kala, kita mungkin akan menjadi mangsa kemalangan, namun jika lebih tidak bernasib baik, kita juga mungkin akan menjadi ‘penyebab’ kepada kemalangan yang terjadi. Persoalannya di sini, jika kenderaan itu rosak teruk akibat kemalangan yang berpunca daripada kecuaian diri sendiri, bolehkah anda tetap mengemukakan claim insurans kereta atas kerugian yang dialami?

    Teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenainya.

    Boleh ke claim insurans kereta jika kemalangan berpunca dari diri sendiri?

    Ya, anda boleh dan berhak untuk membuat tuntutan daripada pihak insurans bagi membaiki kereta anda yang telah rosak meskipun kemalangan tersebut berpunca daripada diri anda asalkan:

    1. Anda pemegang polisi komprehensif
    2. Polisi insuran kereta anda masih aktif
    3. Tuntutan anda itu termasuk dalam perkara yang dilindungi oleh pihak insurans 

    Jika anda hanya memiliki polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian (TPFT) atau insurans kereta third party sahaja, pihak insurans tidak akan menerima permohonan tuntutan anda itu kerana dua polisi tersebut tidak melindungi sebarang kerosakan kenderaan akibat daripada kemalangan yang berpunca dari diri sendiri. 

    Perlu juga anda tahu, tuntutan itu hanyalah untuk pembaikan kenderaan anda yang telah rosak sahaja, dan tidak termasuk kecederaan pada anggota badan anda akibat daripada kemalangan terbabit.

    Hanya pemegang polisi komprehensif sahaja boleh claim insurans kereta jika kenderaan itu rosak akibat kemalangan yang berpunca daripada diri sendiri.

    Bagaimana pula dengan pihak yang dilanggar?

    Jika kemalangan tersebut ada membabitkan pihak ketiga (pihak yang dilanggar oleh anda), maka individu berkenaan sepatutnya akan membuat tuntutan di bawah polisi insurans komprehensif anda – mangsa kemalangan boleh tahu cara claim insurans kereta orang lain menerusi artikel ini.

    Apakah kesannya terhadap polisi anda bila claim insurans kereta?

    Setelah tuntutan dibuat di bawah polisi insurans komprehensif anda, anda perlu tahu bahawa kadar NCD semasa yang telah terkumpul secara tidak langsung akan terjejas, dan menyebabkan premium insurans kembali menjadi tinggi di tahun berikutnya.

    Apa yang boleh anda buat bagi mengelakkan kemalangan?

    Walaupun tidak ada sesiapa boleh mengagak bila kemalangan akan berlaku, namun sebagai pemandu, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya:

    Awasi titik buta

    mengawasi titik buta boleh mengurangkan risiko anda terbabit dalam kemalangan

    Sila peka dengan keadaan sekeliling anda ketika sedang memandu. Pastikan tiada kelibat kenderaan lain terutamanya motosikal di sebelah kereta anda ketika ingin membelok. Anda boleh awasi titik buta menerusi cermin pandang belakang dan juga cermin sisi. 

    Berada di lorong yang betul

    Jangan biarkan tayar kereta anda keluar daripada garisan putih kerana ia boleh mengelirukan dan membahayakan kenderaan lain. Jika anda ingin membelok, pastikan juga anda sudah berada di lorong yang sepatutnya beberapa meter/ saat lebih awal. Jangan membelok secara mengejut dan pastikan juga lampu signal turut diberikan sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya lain.

    Tunggu beberapa saat selepas lampu isyarat bertukar hijau

    Jangan terus memecut atau bergerak apabila lampu merah sudah bertukar hijau. Tunggu sekejap dan lihat semua arah untuk memastikan tiada kenderaan lain yang melanggar lampu isyarat. 

    Selenggara enjin kereta mengikut jadual

    Enjin yang gagal berfungsi dengan baik secara tiba-tiba boleh mengundang bahaya terutama jika berlaku di tengah-tengah jalan raya. Selain enjin, pastikan juga tayar, lampu, wiper dan lain-lain turut diselenggara terutama jika ingin melakukan perjalanan jauh.

    Jaga had laju

    Jangan memandu dengan laju di terutama di kawasan perumahan bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini. Contohnya, mungkin ada kanak-kanak yang melintas secara tiba-tiba, kereta keluar masuk dan lain-lain.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: