Skip to content
Home » Renew Insurans: Apa Yang Pemilik Kereta Kali Pertama Perlu Tahu

Renew Insurans: Apa Yang Pemilik Kereta Kali Pertama Perlu Tahu

    renew insurans kereta kali pertama

    Memiliki kenderaan seperti kereta bermakna anda terikat dengan beberapa komitmen penting, termasuklah perbaharui atau renew insurans kereta serta roadtax pada setiap tahun. Kegagalan anda sebagai pemilik kenderaan untuk memastikan kereta dipandu dengan roadtax dan insurans yang sah sudah pasti akan mengundang akibat di kemudian hari.

    Selain daripada kemungkinan disaman oleh pihak berkuasa, anda juga mungkin terpaksa berdepan dengan masalah kewangan yang tidak dijangka khususnya jika terbabit dalam kemalangan tatkala insurans sudah tamat tempoh.

    Justeru untuk pemilik kereta baru atau yang pertama kali memiliki kenderaan, di sini kami kongsikan beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum dan ketika ingin renew insurans.

    Roadtax dan insurans berbeza

    “Ala… kena renew dua-dua ke? Kalau renew roadtax je tak renew insurans, tak boleh ke? Insurans dah la mahal!”

    Sebagai pemilik kenderaan, anda terpaksa menerima hakikat bahawa kedua-dua insurans dan roadtax adalah diperlukan dan anda tidak boleh mendapatkan hanya salah satu daripadanya sahaja. 

    Apa yang wajib untuk anda miliki sebenarnya adalah roadtax, seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Roadtax yang dibayar oleh anda itu akan digunakan sebagai keperluan utama pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bagi membaiki, membina, dan menaik taraf jalan raya di Malaysia. Biasanya, harga roadtax jauh lebih murah berbanding harga insurans. 

    Namun, bagi mendapatkan roadtax, anda perlu terlebih dahulu memiliki perlindungan insurans yang sah. Itu syarat yang ditetapkan! Perlu anda ingat, biasanya tarikh luput bagi kedua-dua insurans dan cukai jalan adalah sama ya. Jadi, bagi membolehkah roadtax anda diperbaharui, anda wajib untuk renew dahulu insurans anda itu, paling tidak pun dengan insurans kereta third party.

    “Kenapa pula kena ada insurans ni? Insurans nyawa dan medical card pun saya dah ada”.

    Untuk pengetahuan anda, insurans kenderaan berperanan untuk memberikan perlindungan khususnya daripada tuntutan pihak ketiga terhadap pemilik kenderaan sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri mereka atau kenderaan akibat daripada kemalangan yang berpunca daripada anda. Selain itu, insurans juga berfungsi untuk melindungi kenderaan anda daripada kejadian seperti kecurian dan kebakaran serta ganti rugi pada kerosakan kenderaan anda (bagi polisi komprehensif sahaja). 

    Renew insurans online lebih jimat

    Anda mungkin sudah dengar bahawa pembaharuan insurans dan roadtax boleh dilakukan baik secara online mahupun offline. Namun, tahukah anda bahawa mendapatkan insurans secara online sebenarnya akan membantu anda untuk lebih jimat berbanding offline.

    Ini kerana, kebanyakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan renew insurans secara online akan memberikan diskaun sebanyak 10% kepada penggunanya tidak kiralah sama ada anda pelanggan kali pertama ataupun bukan.

    Bahkan, jika anda renew insurans secara online di Bjak sekalipun, anda mungkin boleh jimat lebih daripada 10% kerana hasil perbandingan dengan hampir 10 syarikat insurans yang ada, anda pada akhirnya akan dapat menikmati insurans pada harga yang lebih rendah daripada yang sepatutnya.

    Renew insurans dan roadtax AWAL tidak mengubah tarikh luput polisi dan roadtax di tahun berikutnya

    Ada yang mungkin salah faham bahawa jika roadtax dan insurans diperbaharui dengan lebih awal, maka ia juga bermakna bahawa tarikh luput pada tahun berikutnya akan berubah dan bakal tamat pada tarikh kita renew kedua-dua perkara tersebut.

    Tidak ya. Sebenarnya, tidak rugi pun jika anda ingin renew insurans dan roadtax awal sebelum ia tamat tempoh. Ini kerana, tarikh yang tercetak pada polisi dan sticker roadtax anda itu nanti merupakan sambungan daripada tarikh luput roadtax dan insurans anda.

    Fahaminya menerusi contoh ini:

    Roadtax Suzy akan tamat tempoh pada 7/9/2023 dan Suzy menghidupkannya dua bulan lebih awal iaitu pada 7/7/2023. Meskipun Suzy perbaharui roadtaxnya dua bulan sebelum ia expired, namun tarikh tamat tempoh bagi roadtax barunya itu tetap akan jatuh pada 7/9/2024. Maknanya di sini, tarikhnya bermula selepas roadtax lama mati walaupun kita hidupkannya lebih awal.

    Anda boleh renew roadtax untuk tempoh 6 bulan je

    Tahukah anda? Sebenarnya pembaharuan roadtax bukan hanya boleh dilakukan untuk tempoh 1 tahun sahaja, bahkan juga untuk 6 bulan ya!  

    Kedua-dua tempoh tersebut boleh diperbaharui dengan cara yang sama dan tidak mempunyai sebarang perbezaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes yang mungkin menyebabkan anda hanya boleh memperbaharui roadtax dalam salah satu tempoh yang diberikan itu.

    Contohnya: 

    Pembaharuan roadtax kereta bagi pemilik kereta yang sudah meninggal dunia. Dalam kes ini, anda hanya boleh memperbaharui roadtax bagi tempoh 6 bulan sahaja. Jadi bermakna dalam masa setahun, ada perlu memperbaharui roadtax kereta sebanyak dua kali. 

    Pembaharuan roadtax kereta bagi tempoh 6 bulan merupakan syarat wajib yang ditentukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri mengikut perkara tertentu. Selain daripada kes/ individu yang diwajibkan perbaharui roadtax untuk renew roadtax bagi tempoh 6 bulan sahaja, maka pemilik kereta boleh memilih sama ada untuk renew roadtax kereta mereka bagi tempoh 6 bulan atau 1 tahun secara sukarela.

    Anda perlu beli perlindungan tambahan peril khas jika ingin kereta dilindungi akibat banjir

    Add on perlindungan peril khas apabila renew insurans kereta

    Ramai pemilik kenderaan yang mungkin masih menganggap bahawa mereka boleh claim insurans jika kereta rosak akibat bencana alam, contohnya banjir. 

    Sebenarnya tidak ya. Untuk makluman anda khususnya yang baru pertama kali memiliki kereta, pihak insurans tidak menyediakan perlindungan ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan kereta akibat bencana alam termasuklah banjir, tanah runtuh, taufan dan sebagainya. 

    Justeru, bagi memastikan kereta anda terus dilindungi dan membolehkan anda claim insurans bagi situasi berkenaan, anda perlulah mendapatkan perlindungan peril khas di bawah polisi komprehensif anda ketika perbaharui insurans. Dengan mendapatkannya, anda bolehlah mengemukakan tuntutan insurans nanti jika kereta rosak akibat bencana alam, meskipun pada akhirnya kadar NCD anda akan terjejas. Namun, ia lebih baik berbanding daripada anda terpaksa menanggung kos pembaikan yang pastinya mahal menggunakan wang sendiri, kelak.

    Semoga bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: