Sehingga ke hari ini, masih ada lagi individu yang berani untuk memandu kenderaan tanpa cukai jalan atau road tax Malaysia yang sah. Perbuatan ini bukan sahaja boleh dianggap sebagai tidak bertanggungjawab, bahkan boleh membahayakan diri sendiri terutama jika berlaku sesuatu ketika sedang memandu.
Mengapa kami kata begitu? Ini sebabnya:
- Tanpa cukai jalan yang sah, anda berisiko besar untuk disaman terutama ketika melalui roadblock
- Jika berlaku kemalangan, anda mungkin tidak layak untuk claim insurans
Kenapa ada yang enggan renew roadtax kereta atau motosikal?
Selain lesen memandu, roadtax merupakan salah satu dokumen yang wajib untuk semua pemilik kenderaan miliki. Tanpa roadtax yang sah, individu itu boleh dikenakan saman sehingga RM300 oleh pihak berkuasa.
Meskipun perkara itu mungkin sudah diketahui orang ramai, namun ada yang mengambil sikap sambil lewa dan menganggap bahawa ia hanyalah satu kesalahan ringan dan tidak akan memberi impak besar yang lain.
Jika difikirkan semula, kenapa ada yang ramai enggan renew cukai jalan ya? Sedangkan:
- Ia kini mudah untuk diperbaharui
- Boleh dibayar secara ansuran bersama-sama insurans terutama jika lakukan secara online di sesetengah platform, contohnya Bjak
- Tidak mengambil masa yang lama untuk diaktifkan
Tanpa mengambil kira faktor-faktor di atas, bolehlah dikatakan bahawa sesetengah individu tidak ingin renew cukai jalan kereta atau motor mereka kerana:
- Menganggap kenderaan tersebut sangat jarang digunakan
- Mempunyai banyak tunggakan saman
- Tidak menggunakan kenderaan tersebut, contohnya kereta atau motosikal sudah lama
- Roadtax kereta tamat tempoh lebih 3 tahun dan kenderaan perlu melalui pemeriksaan Puspakom
Baru ‘sedar’ nak renew cukai jalan lepas expired lebih 3 tahun?
Memandu kenderaan tanpa cukai jalan yang sah tidak patut dijadikan sebagai tabiat buat mana-mana pemilik sekalipun, tidak kiralah sama ada kenderaan tersebut kerap digunakan ataupun tidak.
Bagaimana jika roadtax tersebut sudah terlalu lama expired, contohnya lebih 3 tahun, atau 5 tahun? Bolehkah anda perbaharui lagi roadtax anda itu?
Ini jawapannya!
Boleh ke renew cukai jalan kereta atau motor yang dah lama expired?
Ya, roadtax tersebut tetap boleh diperbaharui meskipun ia sudah lama tamat tempoh. Namun, ada proses atau prosedur tertentu yang perlu pemilik kenderaan lalui iaitu:
- Kenderaan anda perlu menjalani pemeriksaan Puspakom
Mulai September 2021, kereta dan motosikal persendirian yang cukai jalan telah tamat tempoh untuk tempoh tidak lebih tiga tahun boleh memperbaharui cukai jalan mereka tanpa perlu menjalani pemeriksaan Puspakom. Jika cukai jalan kenderaan anda telah tamat melebihi 3 tahun/36 bulan, kenderaan anda perlu menjalani dan lulus pemeriksaan yang dikehendaki Puspakom.
Sebelum ingin bawa kereta anda ke Puspakom, pastikan kenderaan anda itu berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan sebarang masalah dan mudah diluluskan oleh pihak berkenaan.
Jadi, silalah periksa dahulu lampu depan, tayar, brek dan lain-lain komponen pada kenderaan itu sebelum dibawa ke Puspakom.
- Dapatkan permit perjalanan sementara
Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan JPJ berdekatan untuk meminta permit perjalanan sementara. Anda hanya perlu mengisi borang (JPJ K12). Untuk kemudahan anda, anda boleh memuat turun borang (JPJ K12) dari laman web JPJ sebelum datang ke cawangan.
Selain daripada itu, anda perlu menyediakan dokumen ini:
- Geran asal kenderaan
- MyKad
- Lesen memandu
- Hari pemeriksaan
Pada hari pemeriksaan Puspakom, sila bawa i. Geran kenderaan, ii. MyKad, iii. Lesen memandu, dan iv. Permit perjalanan sementara anda ya! Biasanya, prosedur akan termasuk pemeriksaan brek, lampu signal, dan lain-lain.
Anda akan menerima laporan/sijil pemeriksaan pada hari yang sama sekiranya kenderaan anda lulus ujian tersebut. Selepas menerima sijil, pastikan anda memperbaharui cukai jalan kenderaan dalam tempoh 30 hari.
Namun jika kenderaan anda gagal dalam ujian atau pemeriksaan tersebut, anda boleh datang semula untuk menduduki ujian sekali lagi dalam tempoh 30 hari akan datang.
- Selesaikan tunggakan saman
Sila pastikan anda sudah semak dan selesaikan dahulu segala tunggakan saman yang ada ya! Ini kerana ketika proses pembaharuan roadtax, rekod tunggakan saman dan senarai hitam anda akan dipaparkan di dalam sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
- Renew insurans & roadtax!
Kini, anda sudah boleh teruskan dengan urusan pembaharuan insurans serta roadtax anda. Nak lebih mudah? Renew sahaja kedua-duanya secara online di Bjak. Bukan sahaja anda boleh dapatkan insurans pada harga terendah, bahkan anda juga boleh renew roadtax dan bayar kedua-dua dokumen penting tersebut sehingga 12 kali ansuran!
Lebih mudah dan jimat bukan?
Jadi, tunggu apa lagi? Tiada lagi alasan untuk anda tidak renew roadtax ya! Jom gunakan kemudahan bayaran ansuran yang ada di Bjak hari ini jika anda kekurangan bajet!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: