Skip to content
Home » Menangi RM1,000 Setiap Hari Bila Anda Perbaharui Insurans Kenderaan Di Bjak

Menangi RM1,000 Setiap Hari Bila Anda Perbaharui Insurans Kenderaan Di Bjak

    Menang RM1,000 - cover

    Berita baik untuk pemilik kenderaan di Malaysia! Bjak sukacitanya ingin memaklumkan bahawa satu kempen ganjaran khas untuk para pelanggan Bjak akan dijalankan. Dengan kos sara hidup yang makin tinggi, insurans kenderaan untuk memperbaharui cukai jalan boleh menjadi suatu beban untuk kebanyakan orang. Walaupun begitu, insurans adalah sesuatu yang wajib ada pada semua kenderaan di Malaysia, jadi nak tak nak, semua pemilik kenderaan perlu juga mendapatkannya.

    Walau bagaimanapun, Bjak berazam untuk menjadikan salah satu beban anda ini sebagai suatu perkara yang bermanfaat dengan menawarkan hadiah berupa wang tunai untuk pemilik kenderaan persendirian secara harian bila anda membeli insurans kenderaan daripada kami.

    Apakah kempen itu?

    Cabutan bertuah RM1,000 atau #BJAK1RIBU ialah kempen cabutan bertuah harian yang dilancarkan di laman web kami baru-baru ini. Kempen ini akan berlangsung dari 15 Disember 2023 sehingga diberitahu kelak.

    Dalam tempoh kempen ini, kami akan memberikan wang tunai berjumlah RM1,000 setiap hari kepada pemilik kenderaan persendirian yang memperbaharui insurans mereka dengan kami. Butiran lanjut mengenai kempen boleh didapati di bawah:

    Siapa yang layak?

    Untuk layak menyertai kempen ini, anda perlu menjadi pengguna kali pertama di platform kami. Kempen ini terbuka kepada pengguna kali pertama Bjak yang telah berjaya mendaftar dan memperbaharui insurans pada hari yang sama.

    Jika anda merupakan pelanggan yang sedia ada, malangnya, anda tidak layak untuk menyertai cabutan bertuah ini namun anda masih boleh menikmati tawaran menarik untuk insurans kereta anda seperti biasa.

    Macam mana nak sertai?

    Nak sertai Bjak 1 Ribu sebenarnya mudah sahaja. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah di bawah ini sahaja:

    1. Lawati bjak.my dan daftar untuk menjadi pelanggan
    2. Perbaharui insurans kenderaan anda pada hari yang sama
    3. Sertai cabutan bertuah dengan memasukkan nombor plat kenderaan anda selepas anda klik sepanduk peraduan di laman utama kami
    4. Hantar nombor plat kenderaan anda dan jadilah pemenang yang bertuah yang bakal menang duit tersebut

    Macam mana nak tahu jika saya menang? 

    Pengumuman pemenang harian berlaku setiap hari pada jam 8 malam di laman web kami. Untuk menyemak sama ada anda pemenangnya, cuma klik pada sepanduk cabutan bertuah untuk melihat senarai pemenang terdahulu dan pemenang harian.

    Bagaimana untuk memperbaharui insurans kenderaan di Bjak?

    Jika anda baru menggunakan Bjak, berikut ialah ringkasan ringkas tentang cara platform kami berfungsi. Anda boleh memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan anda dengan mudah di Bjak. Bandingkan sehingga 18 sebut harga insurans sekaligus, pilih polisi pilihan anda dan teruskan pembaharuan anda dalam masa 5 minit sahaja.

    Berikut adalah 6 langkah mudah tentang cara melakukan pembaharuan insurans kenderaan di Bjak.

    • Langkah 1: Lawati bjak.my pada telefon bimbit atau komputer riba anda
    • Langkah 2: Pilih jenis kenderaan anda
    • Langkah 3: Isikan butiran peribadi dan butiran kenderaan anda
    • Langkah 4: Minta sebut harga
    • Langkah 5: Semak e-mel atau WhatsApp untuk sebut harga dan bandingkan polisi
    • Langkah 6: Pilih polisi yang ideal untuk anda dan teruskan dengan pembayaran

    Hanya ikuti langkah ini untuk mendaftar dan melakukan pembaharuan. Selepas itu, hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 mungkin bakal menjadi milik anda!. Jangan lepaskan peluang keemasan ini begitu sahaja! Jika anda bukan pelanggan Bjak, ini adalah masa yang terbaik untuk anda mendaftar dan nikmati pelbagai penjimatan menarik untuk insurans kereta serta motor anda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: