Skip to content
Home » Roadtax Kereta Calculator: Alat Untuk Bantu Pemilik Kenderaan Buat Pengiraan

Roadtax Kereta Calculator: Alat Untuk Bantu Pemilik Kenderaan Buat Pengiraan

    kalkulator insurans kereta - cover

    Cukai jalan kenderaan adalah salah satu aspek yang perlu dipertimbangkan oleh setiap pemilik kenderaan di Malaysia. Bagi memudahkan proses pengiraan dan pemahaman mengenai jumlah cukai yang perlu dibayar, kini terdapat roadtax kereta calculator yang boleh digunakan secara dalam talian. Alat ini dapat memudahkan pemilik kenderaan untuk menguruskan perbelanjaan kewangan mereka supaya menjadi lebih teratur.

    Pengiraan cukai jalan ini juga merupakan perkara yang perlu ditekankan oleh setiap pemilik kenderaan di Malaysia. Ini kerana, pengiraan ini sebenarnya dapat menjimatkan mereka semasa mereka nak perbaharui insurans kenderaan mereka. Manakan tidak, jika dah tahu berapa yang perlu dibayar, akan ada masa untuk mereka membuat perbandingan sebelum membeli sesuatu insurans dan memperbaharui cukai jalan.

    Apa itu Kalkulator Cukai Jalan Kereta?

    Kalkulator cukai jalan kereta adalah alat dalam talian yang membantu pemilik kenderaan mengira jumlah cukai yang perlu dibayar berdasarkan beberapa faktor-faktor tertentu. Antara faktor-faktor tersebut termasuk jenis kenderaan, kapasiti enjin, dan tempoh pendaftaran. Dengan bantuan kalkulator ini, pemilik kenderaan dapat memperoleh anggaran jumlah cukai dengan lebih tepat dan mudah.

    Cara-cara nak guna kalkulator cukai jalan kereta

    Pilih jenis kenderaan

    Mulakan dengan memilih jenis kenderaan anda pada kalkulator. Pilih kereta, motosikal, atau kenderaan lain serta jenama dan modelnya.

    Masukkan kapasiti enjin

    Isikan maklumat kapasiti enjin kenderaan anda dalam unit sentimeter padu (cc). Anda boleh merujuk kepada dokumen pendaftaran kenderaan anda untuk mendapatkan maklumat ini.

    Tentukan tempoh pendaftaran

    Pilih tempoh pendaftaran kenderaan anda. Cukai jalan kereta dikenakan berdasarkan tempoh ini, dan kadar cukai boleh berubah mengikut tahun pendaftaran.

    Tekan butang kira

    Setelah maklumat siap diisi, tekan butang ‘Kira’ atau ‘Hitung’ pada kalkulator. Kalkulator akan memberikan jumlah cukai yang perlu dibayar.

    Dekat mana nak guna kalkulator ini?

    Kalkulator ini sangat berguna jika anda mempunyai masalah kekangan bajet atau ingin membuat perancangan dari segi kewangan. Ia kerana anda setidaknya boleh ketepikan dahulu duit yang ada atau pun menabung terlebih dahulu sebelum sampai masanya untuk anda memperbaharui insurans anda.

    Kalkulator ini terdapat di pelbagai laman sesawang yang ada. Anda boleh pilih untuk menggunakan kalkulator ini di laman sesawang seperti berikut:

    • www.oto.my
    • www.fincrew.my
    • www.carbase.my
    • ww.etiqa.com.my
    • www.wapcar.my

    Faktor-faktor yang mempengaruhi cukai jalan kereta:

    1. Jenis Kenderaan: Setiap jenis kenderaan mempunyai kadar cukai yang berbeza. Pastikan anda memilih jenis kenderaan yang betul pada kalkulator.
    2. Kapasiti Enjin: Kapasiti enjin kenderaan memainkan peranan penting dalam penentuan jumlah cukai. Kapasiti yang lebih besar mungkin membawa kepada cukai yang lebih tinggi.
    3. Tempoh Pendaftaran: Tempoh pendaftaran kenderaan juga mempengaruhi jumlah cukai. Pilih tempoh yang sesuai dengan keperluan anda.

    Kelebihan Menggunakan Kalkulator Cukai Jalan Kereta:

    1. Kemudahan Pengiraan: Kalkulator menyediakan cara mudah untuk mengira jumlah cukai, mempercepatkan proses pengiraan.
    2. Ketepatan Anggaran: Dengan kalkulator, pemilik kenderaan dapat mendapatkan anggaran jumlah cukai yang lebih tepat, membantu dalam perancangan kewangan.
    3. Perbandingan Kos: Pemilik kenderaan boleh menggunakan kalkulator untuk membandingkan jumlah cukai antara kenderaan sebelum membuat keputusan untuk membeli.

    Kepentingan buat kira-kira sebelum perbaharui cukai jalan

    Kalkulator cukai jalan kereta adalah alat yang berguna untuk pemilik kenderaan di Malaysia. Dengan menggunakan kalkulator ini, proses pengiraan cukai jalan kereta akan menjadi lebih mudah dan dapat dilakukan dengan lebih cepat. Inisiatif ini mampu membantu pemilik kenderaan memahami dan menguruskan tanggungan cukai mereka dengan lebih efisien.

    Bagi memastikan pemilik kenderaan dapat berjimat sebelum buat pembaharuan cukai jalan, adalah disyorkan untuk anda melayari platform Bjak terlebih dahulu bagi mencari insurans kenderaan yang murah dan berbaloi. Bjak akan membantu anda membandingkan 18 jenama insurans dalam masa hanya 5 minit sahaja. Dengan itu, anda akan dapat menjimatkan masa dan tidak perlu bersusah payah untuk membandingkan secara satu persatu. Untuk ketahui lebih lanjut, klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: