Skip to content
Home » Ini Kepentingan Insurans Kereta Yang Ramai Tak Sedar

Ini Kepentingan Insurans Kereta Yang Ramai Tak Sedar

    kepentingan insurans kereta - cover

    Insurans kereta bukanlah suatu perkara yang asing lagi dalam kehidupan kita. Bagi kebanyakan orang, memiliki insurans kereta adalah merupakan suatu keperluan penting dan diperlukan.

    Mungkin ramai yang tidak suka mendengarnya kerana sudah tahu bahawa insurans kereta ini memerlukan kos yang banyak. Walaupun begitu, masih terdapat ramai yang mungkin tidak menyedari sepenuhnya berkenaan kepentingan sebenar insurans kereta dan manfaat yang diperoleh daripadanya. Justeru daripada itu, artikel ini akan menerangkan berkenaan mengapa insurans kereta adalah salah satu keperluan yang tidak boleh diabaikan.

    Keperluan undang-undang

    Insurans kereta ini adalah merupakan salah satu keperluan undang-undang jalan raya di Malaysia. Sesiapa yang didapati memandu tanpa insurans kereta di jalan raya boleh dikenakan tindakan undang-undang antaranya lesen digantung atau dirampas. Selain dari itu juga, anda boleh disaman!

    Bagi mengelakkan daripada perlu berleceh menyelesaikan tindakan undang-undang tersebut, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan polisi insuran kereta. Ini kerana daripada anda perlu membayar saman yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada anda, lebih baik anda gunakan duit saman itu untuk membeli polisi insurans kereta. Lagi bagus dan bermanfaat untuk anda.

    Perlindungan harta

    Kepentingan insurans kereta ini boleh dilihat melalui aspek perlindungan harta. Sebuah kenderaan merupakan pelaburan yang besar bagi kebanyakan orang. Ia bukan sahaja digunakan sebagai pengangkutan, tetapi ia juga merupakan aset yang bernilai yang perlu dijaga rapi. Dengan insurans kereta yang mencukupi, anda dapat melindungi aset anda daripada rugi teruk akibat kemalangan, kecurian, atau kerosakan lain yang tidak dijangka.

    Kerosakan kenderaan akibat kemalangan boleh menyebabkan beban dari segi kewangan yang besar, terutamanya jika anda perlu membaiki atau menggantikan kenderaan tersebut dengan duit anda sendiri. Justeru, insurans kereta ini dapat memberi jaminan bahawa anda tidak akan terpaksa menanggung kos yang tidak terjangkau sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

    Perlindungan keselamatan

    Insurans kereta bukan sekadar melindungi harta anda, tetapi juga dapat melindungi nyawa anda dan orang lain yang berkongsi jalan raya dengan anda. Di Malaysia, kemalangan jalan raya adalah antara punca utama kematian dan kecederaan serius. Dengan insurans kereta yang mencukupi, anda boleh mendapat perlindungan kewangan untuk kos perubatan jika anda terlibat dalam kemalangan. Ini termasuk kos rawatan, hospital, dan terapi yang mungkin diperlukan untuk anda pulih sepenuhnya.

    Selain itu, insurans kereta juga menyediakan perlindungan undang-undang yang penting. Di negara kita, memandu tanpa insurans adalah kesalahan undang-undang yang serius. Jika anda terlibat dalam kemalangan dan didapati tidak mempunyai insurans yang sah, anda mungkin akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang boleh mengakibatkan denda yang banyak, penarikan lesen memandu, atau sekiranya keadaan teruk, anda boleh juga dikenakan hukuman penjara.

    Ketenangan fikiran

    Salah satu manfaat yang ramai terlepas pandang tetapi sangat penting adalah ketenangan fikiran. Dengan insurans yang mencukupi, anda boleh memandu dengan yakin, mengetahui bahawa anda dilindungi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Ini akan memberi ketenangan fikiran kepada anda dan keluarga anda, serta mengurangkan tekanan dan kebimbangan yang berkaitan dengan potensi kejadian yang tidak dijangka.

    Kesimpulan

    Insurans kereta adalah satu aspek penting dalam kehidupan setiap pemilik kenderaan. Ia bukan sahaja melindungi harta anda, tetapi juga keselamatan anda dan orang lain yang berkongsi jalan raya. Selain itu, insurans kereta memberi anda ketenangan fikiran yang penting, membolehkan anda memandu dengan yakin tanpa bimbang tentang kemungkinan kos yang besar akibat kemalangan atau kerosakan.

    Oleh itu, adalah penting untuk memilih polisi insurans kereta yang sesuai dengan keperluan anda dan memastikan bahawa anda sentiasa mempunyai perlindungan yang mencukupi. Jika anda sedang mencari insurans kenderaan, anda boleh cuba gunakan BJAK. Dalam masa 5 minit sahaja, proses pembaharuan akan siap. Klik sahaja butang di bawah ini untuk maklumat lanjut.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: