Susulan daripada pengumuman kerajaan berkenaan dengan tidak wajib mempamerkan cukai jalan pada tahun lalu, kita sudah tidak perlu lagi untuk mengikis dan menampal semula pelekat cukai jalan pada kereta kita setiap tahun.
Ini kerana, segalanya sudah menjadi senang dengan adanya sistem yang membolehkan kita untuk menyemak dan mengemas kini cukai jalan dengan bantuan teknologi.
Dengan kemajuan teknologi yang dikecapi pada zaman kini, kerajaan telah berkeputusan untuk melaksanakan lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu secara digital. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk memudahkan orang ramai. Persoalannya bagaimana kita nak semak kenderaan dan lesen memandu kita menggunakan MyJPJ? Jangan risau kerana kami akan kongsikan langkah mudah berkenaan perkara itu di dalam artikel ini.
Langkah 1: Muat turun aplikasi MyJPJ
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuka Apple App Store atau Google Play Store untuk memuat turun aplikasi MyJPJ. Setelah aplikasi tersebut dimuat turun, buka aplikasi tersebut dan anda akan dapat melihat paparan seperti berikut:
Jika anda sudah mempunyai akaun, hanya log masuk dan langkau ke langkah ketiga pula. Jika anda belum mendaftar, klik butang hijau dan pergi ke langkah kedua.
Langkah 2: Daftar
Masukkan nombor kad pengenalan anda dan anda akan ditunjukkan dengan butiran peribadi anda. Pastikan anda semak semula butiran yang diberi kemudian cipta kata laluan yang sah untuk akaun anda. Setelah selesai, anda akan kembali ke halaman utama di mana anda boleh log masuk. Sebaik sahaja anda log masuk, anda akan terus jumpa ke halaman utama.
Langkah 3: Semak cukai jalan anda
Setelah anda mempunyai akaun, anda boleh melihat semua maklumat anda di dalam aplikasi tersebut. Untuk melihat lesen anda, hanya perlu klik pada profil dan lesen memandu dan cukai jalan akan dipaparkan.
Ciri-ciri lain
Memandangkan MyJPJ bertujuan untuk mendigitalkan perkhidmatan JPJ, anda juga boleh menemui banyak perkhidmatan lain di sini. Antaranya ialah keputusan ujian memandu, saman, serta aduan.
Renew insurans kenderaan di BJAK
Jika anda sudah memperbaharui cukai jalan kenderaan anda dan sedang mencari insurans kereta, anda boleh gunakan platfrom BJAK. Ini kerana, BJAK menawarkan servis perbandingan insurans secara percuma. Sebanyak 23 jenama insurans yang telah siap dibandingkan untuk anda pilih. Tak hanya itu, BJAK juga turut menawarkan kaedah pembayaran secara ansuran sehingga 12 bulan. Menarik bukan? Klik butang di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: