Sebagai pemilik kereta, anda seharusnya memikul tanggungjawab yang sepatutnya. Salah satu daripada tanggungjawab itu adalah memastikan bahawa cukai jalan anda sentiasa sah dan aktif setiap tahun sebelum anda memandu kereta anda itu di jalan raya.
Ketika hendak memperbaharui roadtax dan insurans kereta, pasti ramai diantara kita yang pernah dalam situasi di mana terdapat saman yang tertunggak atau lupa untuk diselesaikan. Perkara itu secara tidak langsung pasti akan menimbulkan tanda tanya berkenaan bolehkah nak perbaharui cukai jalan dan insurans kereta jika ia belum diselesaikan. Jangan risau kerana kami akan bantu menjawab persoalan itu. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.
Bolehkah anda renew roadtax dengan saman tertunggak?
Jawapannya adalah TIDAK. Anda tidak boleh memperbaharui roadtax anda jika mempunyai saman yang belum dilangsaikan.
Ketika proses pembaharuan roadtax, rekod tunggakan saman dan senarai hitam anda akan dipaparkan di dalam sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Oleh itu, anda mesti membuat pembayaran terlebih dahulu untuk semua tunggakan saman kesalahan trafik yang direkodkan sebelum dapat meneruskan proses pembaharuan roadtax.
Apakah itu saman yang disenarai hitamkan?
Senarai hitam JPJ merujuk kepada pesalah/kenderaan dengan saman yang telah dikeluarkan tetapi pesalah gagal menjelaskan denda mereka selepas tempoh tertentu seperti yang diputuskan oleh pihak berkuasa.
Dalam kebanyakan kes, orang ramai akan mendapat saman senarai hitam semasa sekatan jalan raya oleh JPJ/PDRM. Contoh kesalahan adalah:
- Tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh
- Roadtax dan insurans kereta tamat tempoh
- Tidak memakai tali pinggang keledar/topi keledar
*Sekiranya anda ditangkap dengan POL.257 atau Saman JPJ (P) 22, segera buat pembayaran. Kedua-dua jenis kesalahan/ saman ini boleh menyebabkan anda disenarai hitamkan.
Bagaimana cara membayar saman JPJ yang telah disenarai hitam?
Anda boleh membayar saman tertunggak yang telah disenarai hitam secara dalam talian.
MyEG
- Layari laman web MyEG di https://www.myeg.com.my/.
- Daftar akaun untuk mendapatkan akses. Untuk mereka yang sudah mempunyai akaun, sila log masuk dengan butiran terdahulu.
- Pergi ke bahagian e-Perkhidmatan, pilih saman yang anda ingin semak (PDRM, JPJ, atau AES).
- Berikan butiran yang diperlukan dan teruskan membuat pembayaran secara dalam talian.
MYBAYAR SAMAN
Orang ramai juga boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui:
- Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
- Google Playstore
- Apple store
- Huawei Appstore
Bayar saman tertunggak anda untuk memperbaharui roadtax
Sila jadi pemandu yang bertanggungjawab dan pastikan roadtax anda sah sepanjang masa! Segera jelaskan saman anda untuk mengelakkan hukuman yang lebih berat oleh pihak berkuasa!