Skip to content
Home » Boleh Ke Tuntut Insurans Kereta Untuk 4 Situasi ini?

Boleh Ke Tuntut Insurans Kereta Untuk 4 Situasi ini?

    boleh ke - cover

    Ramai pemilik kereta berpendapat bahawa selagi mereka mempunyai insurans kereta, mereka akan dilindungi tidak kira apa pun kemalangan yang mereka hadapi. Tetapi sebenarnya, walaupun anda mempunyai insurans komprehensif sekalipun, tuntutan anda mungkin boleh ditolak.

    Justeru, kerana itulah kami berulang kali mengingatkan kepada semua orang untuk menyemak dengan teliti dan memahami dengan jelas semua terma dan syarat dalam polisi insuran kereta, supaya tuntutan insurans mereka tidak akan ditolak.

    Untuk membantu anda lebih memahaminya dengan lebih lanjut, kami akan berkongsikan berkenaan tuntutan insurans untuk beberapa kejadian yang tidak dijangka.

    Boleh ke tuntut insurans kalau terlanggar haiwan ketika memandu?

    Jawapannya boleh, tetapi hanya jika insurans kereta yang dibeli adalah insurans komprehensif. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat Tuntutan Kerosakan Sendiri, tetapi akan menjejaskan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda. Ini kerana syarikat insurans tidak memberikan perlindungan khas atau tambahan apabila anda melanggar haiwan di jalan raya. Oleh itu, selepas membuat tuntutan, Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda akan kembali kepada sifar, yang bermaksud premium anda akan menjadi lebih mahal pada tahun berikutnya.

    Kereta saya kena curi di tempat letak kereta, kenapa tuntutan saya ditolak?

    Kemungkinan besar sebab tuntutan insurans anda akan ditolak adalah kerana anda memegang insurans pihak ketiga. Pemilik kereta mesti faham bahawa jika apa-apa berlaku pada kereta anda, insurans pihak ketiga tidak akan melindunginya.

    Walaupun kejadian itu disebabkan oleh kecuaian anda sendiri, insurans anda hanya akan membantu anda membayar pampasan kepada pihak ketiga yang dilanggar. Anda tidak boleh menuntut kerosakan pada kereta anda sendiri.

    Itulah sebabnya kami sangat mengesyorkan pemilik kereta untuk membeli insurans komprehensif untuk mendapatkan perlindungan yang lebih dan lebih baik

    Kenapa saya tak boleh tuntut kerosakan akibat banjir walaupun saya memegang insurans komprehensif?

    Ramai yang sebenarnya terlepas pandang berkenaan perkara ini. Anda perlu tahu bahawa insurans kereta tidak melindungi kerosakan kereta yang disebabkan oleh bencana alam. Syarikat insurans hanya akan melindungi kereta anda sekiranya anda membeli perlindungan tambahan bencana alam sahaja. Secara amnya, premium insurans untuk perlindungan bencana alam ialah 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan.

    Untuk pengetahuan, sekiranya anda memfailkan tuntutan insurans, kadar NCD anda akan dikurangkan kepada sifar. Walau bagaimanapun, kami ingin mengesyorkan agar anda membeli beberapa insurans tambahan berdasarkan keperluan peribadi anda, seperti perlindungan bencana alam, perlindungan cermin kereta, dsb., untuk mendapatkan lebih perlindungan bagi mengelakkan kerugian besar dalam kejadian yang tidak dijangka di masa hadapan.

    Saya terlupa renew lesen memandu dan terlibat kemalangan, bolehkah saya buat tuntutan?

    Selagi anda masih memegang insurans dan cukai jalan yang sah apabila berlaku kemalangan, anda masih boleh membuat tuntutan daripada syarikat insurans walaupun lesen memandu anda tamat tempoh. Kerana dari perspektif undang-undang, anda mempunyai lesen memandu dan hanya terlupa untuk memperbaharuinya sahaja. Bagaimanapun, di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan, anda boleh didenda sehingga RM300.

    Di samping itu, perlu diingatkan bahawa jika kemalangan berlaku semasa memandu kereta orang lain secara haram tanpa lesen memandu, syarikat insurans akan menolak tuntutan tersebut dan pemilik kereta perlu menanggung kos pembaikan. Pemilik juga akan didenda kerana membenarkan seseorang tanpa lesen memandu memandu keretanya.

    Sudah tentu, jangan lupa pastikan insurans kereta dan cukai jalan anda adalah terkini. Jika anda ingin memperbaharui insurans kereta anda, pergi ke Bjak, platform insurans kereta dalam talian pertama di Malaysia, di mana anda boleh mendapatkan sebut harga percuma daripada sehingga 23 syarikat insurans. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda juga boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan profesional kami secara terus.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: