Skip to content
Home » BJAK VIP: Servis Tunda Tanpa Had Percuma Seluruh Malaysia

BJAK VIP: Servis Tunda Tanpa Had Percuma Seluruh Malaysia

    bjak vip - cover

    Adakah anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila anda mengalami kemalangan di jalan raya atau kereta anda rosak? Ramai pemilik kereta mungkin secara tidak sedar mendapatkan perkhidmatan tunda persendirian dan mungkin akhirnya membayar yuran yang mahal. Tetapi sebenarnya, kebanyakan syarikat insurans di pasaran kini menyediakan perkhidmatan tunda percuma.

    Perkhidmatan tunda ini kebiasaannya disertakan sekali dengan syarat-syaratnya seperti jarak perbatuan atau bilangan penggunaan setiap tahun. Walau bagaimanapun, jika anda pelanggan VIP kami, anda akan menikmati perkhidmatan tunda percuma dan tanpa had!

    Perkhidmatan tunda percuma

    Selagi pemilik kereta membeli insurans komprehensif, mereka secara amnya boleh menikmati perkhidmatan tunda percuma. Kebanyakan syarikat insurans menawarkan perkhidmatan tunda percuma berdasarkan jarak atau amaun, seperti:

    Allianz – Perkhidmatan tunda kecemasan percuma 24 jam, sehingga 150km

    Pacific & Orient – ​​Perkhidmatan tunda kecemasan percuma 24 jam (bernilai sehingga RM350)

    RHB – Perkhidmatan tunda kecemasan percuma 24 jam (bernilai sehingga RM300)

    Liberty Insurance – Perkhidmatan tunda kecemasan percuma 24 jam, sehingga 150km

    Lonpac – Perkhidmatan tunda kecemasan percuma 24 jam (bernilai sehingga RM200)

    MSIG – Perkhidmatan tunda kecemasan percuma 24 jam (bernilai sehingga RM300)

    MPI Generali – Perkhidmatan tunda kecemasan percuma 24 jam (bernilai sehingga RM300)

    Tokio Marine – Perkhidmatan tunda kecemasan percuma 24 jam (bernilai sehingga RM200)

    CHUBB – Perkhidmatan tunda kecemasan percuma 24 jam (bernilai sehingga RM400)

    Secara umumnya, walaupun perkhidmatan tunda yang disediakan oleh syarikat insurans ini adalah percuma, ia bergantung kepada jarak atau jumlah yang dinyatakan dalam polisi. Jika anda memerlukan perkhidmatan menunda melebihi julat yang ditetapkan, anda perlu membayar caj tambahan.

    Perkhidmatan tunda tanpa had BJAK VIP di seluruh negara

    Jika anda merupakan pelanggan VIP kami, anda boleh menikmati perkhidmatan tunda percuma! Kami menyediakan perkhidmatan menunda VIP 24/7. Tidak kira di mana anda berada atau sejauh mana anda berada, kami akan membantu anda menunda kenderaan anda secara percuma.

    Apa itu BJAK VIP?

    BJAK VIP adalah suatu pelan yang membolehkan pemilik kereta menikmati faedah istimewa insurans kereta pada kos yang berpatutan. BJAK VIP membolehkan pemilik kereta menaik taraf insurans kereta standard mereka dengan menambah satu siri perkhidmatan nilai tambah tahunan secara mudah: perkhidmatan menunda tanpa had, penghantaran bahan api dan tayar, penggantian bateri, pemeriksaan kereta yang komprehensif dan 13 faedah tambahan yang lain. Dengan BJAK VIP ini, anda tidak perlu lagi berasa bimbang jika kereta anda rosak di tengah jalan.

    Pemprosesan tuntutan yang profesional dan pantas

    Sekiranya berlaku kemalangan, ahli BJAK VIP bukan sahaja dapat menikmati perkhidmatan tunda secara percuma, mereka juga layak untuk menikmati perkhidmatan tuntutan yang profesional dan pantas.

    Kami mempunyai pasukan yang profesional untuk mengendalikan semua tuntutan bagi pihak anda. Selain dari itu juga, kami akan beri jaminan kepada anda bahawa segala tuntutan akan diselesaikan dalam masa 5 hari waktu bekerja.

    Jika kenderaan anda sedang dibaiki, anda juga boleh menikmati manfaat kereta ganti sementara dengan model mewah yang serupa, termasuk BMW, Mercedes-Benz dan Bentley.

    Nikmati manfaat menarik BJAK VIP

    Untuk memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan anda, gunakanlah BJAK. Di sini, anda boleh membandingkan sebut harga daripada 23 syarikat insurans sekaligus dan memilih pakej insurans yang sesuai mengikut keperluan dan bajet anda. Selepas pembayaran, insurans kereta anda akan berkuat kuasa serta-merta.

    Selain memperbaharui insurans kenderaan anda di BJAK, anda juga digalakkan untuk melanggan pakej BJAK VIP kami bagi menikmati pelbagai manfaat menarik secara percuma. Sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan kami di 016-6999129 atau 03-921317317 untuk ketahui lebih lanjut berkenaan pakej BJAK VIP kami. Anda juga boleh turut melawati laman sesawang BJAK.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: