Tidak ramai yang tahu dan mengambil inisiatif untuk membaca dengan teliti terma dan syarat yang terdapat dalam polisi insurans kereta kita. Sehinggakan terjadi sesuatu seperti kemalangan pun, masih ada yang tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk membuat proses tuntutan atau apakah sebab tuntutan insurans kereta ditolak.
Proses tuntutan insurans mempunyai syarat dan kelayakan yang harus anda penuhi berdasarkan polisi insurans yang ditawarkan. Jika ada yang tidak lengkap, jangan terkejut jika permohonan tuntutan anda ditolak. Jika ada yang sudah membeli insurans kereta tapi masih tiada pengetahuan tentang apa syarat keperluan tuntutan insurans, jangan risau.
Artikel ini akan menjelaskan kepada anda apakah antara sebab-sebab yang menyebabkan tuntutan insurans kenderaan anda ditolak dan juga apakah jenis-jenis situasi yang tidak dilindungi insurans kereta anda.
Sebab tuntutan insurans kereta ditolak
Tiada laporan polis
Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, pastikan anda terus pergi ke balai polis yang berdekatan untuk membuat laporan polis. Jangan ambil mudah perkara ini kerana tuntutan insurans kereta anda mungkin akan ditolak terus dan dianggap tidak sah oleh pihak insurans sekiranya tiada laporan polis dibuat ataupun laporan telah melewati tempoh 24 jam.
Oleh itu, jangah ambil remeh dan berlengah untuk membuat laporan polis. Laporan polis akan memudahkan urusan proses tuntutan anda.
Pemandu tidak dinamakan
Tahukah anda bahawa polisi insurans anda hanya melindungi anda? Jadi sekiranya kereta anda yang dipandu oleh pasangan anda, anak anda, rakan anda atau sesiapa pun (tidak dinamakan dalam polisi insurans anda) terlibat dalam kemalangan, maka ia tidak akan melindungi individu yang disebutkan. Tuntutan insurans kereta anda ditolak.
Susah? Ya agak susah kalau kereta anda sering dipinjamkan kepada pasangan anda untuk dibawa ke mana-mana. Tapi jangan risau, sekiranya anda ingin mengambil langkah berhati-hati, anda boleh sahaja mendaftarkan mereka sebagai nama pemandu dibawah polisi insurans anda. Ini membolehkan pemandu yang didaftarkan untuk turut menerima perlindungan insurans anda sekiranya berlaku kemalangan.
Tidak termasuk dalam polisi insurans
Hanya kerana anda memiliki insurans, tidak bermaksud ia akan melindungi segala apa jenis kerosakan atau kemalangan yang dialami kereta anda. Itu pentingnya untuk anda betul-betul memahami dasar polisi anda semasa membeli insurans kereta.
Sebagai contoh, anda memiliki polisi pihak ketiga, anda harus ketahui bahawa polisi jenis ini tidak menyediakan perlindungan untuk kereta anda. Ia hanya berfungsi untuk menampung kos pembaikan kereta milik pihak ketiga.
*Jangan risau, anda boleh menambah perlindungan yang ditawarkan mengikut keperluan anda. Sebaiknya untuk anda merujuk kepada syarikat insurans untuk beri penerangan yang lanjut.
Maklumat yang diberi tidak tepat
Pastikan anda memberikan maklumat yang tepat ketika mengisi borang insurans anda. Jangan menipu.
Selepas pelaksanaan liberalisasi tarif insurans kereta pada tahun 2017, syarikat insurans dan takaful memerlukan butiran maklumat yang pelbagai sebelum menentukan harga insurans kereta. Antara maklumat yang akan diperlukan adalah seperti taraf perkahwinan, pekerjaan, ciri-ciri keselamatan kenderaan dan juga tempat anda memakirkan kereta anda.
Apakah kaitan tempat parkir kereta dengan tuntutan insurans? Begini, tempat letak kereta persendirian mempunyai kawalan rapi mempunyai risiko bahaya yang rendah berbanding tempat letak kereta awam. Sekiranya berlaku kecurian kereta dan maklumat yang diberikan oleh anda kepada syarikat insurans tidak tepat, maka syarikat insurans berhak untuk menolak tuntutan tersebut.
Pemandu mabuk
Sudah tertulis pun dalam undang-undang jalan raya di negara kita bahawa pemandu mabuk tidak dibenarkan untuk memandu dalam keadaan yang mengkhayalkan kerana mengundang bahaya kepada pemandu lain. Ini termasuklah kecuaian akibat minuman beralkohol ataupun pengambilan dadah.
Jadi sekiranya anda memandu dalam keadaan mabuk, maka anda harus tahu bahawa syarikat insurans tidak akan melayan tuntutan anda sama sekali.
Situasi-situasi Yang Tidak Dilindungi Insurans Kereta
Bagaimana pula dengan situasi yang tidak akan dilindungi oleh insurans kereta anda? Adakah anda tahu mengenai perkara ini? Sekiranya tidak, anda boleh baca maklumat yang disertakan di bawah dengan lebih lanjut
Kecederaan atau kematian diri
Penting untuk anda tahu yang insurans kereta anda tidak menawarkan perlindungan keatas kecederaan ataupun kematian anda. Sekiranya kemalangan disebabkan oleh pihak ketiga, polisi insurans pihak ketiga tersebut yang akan membayar pampasan kepada anda untuk kecederaan diri anda. Tapi sekiranya kemalangan adalah berpunca dari anda sendiri maka polisi insurans kenderaan anda tidak akan membayar pampasan terhadap kecederaan anda.
Jika anda mencari insurans yang boleh memberi perlindungan sekiranya terjadi apa-apa terhadap diri anda, anda boleh pertimbangkan insurans perubatan untuk pembiayaan kos rawatan kecederaan. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai insurans perubatan, anda boleh merujuk ke artikel ini.
Kerosakan total
Sekiranya anda mengalami kemalangan yang menyebabkan kerosakan kereta yang teruk sehingga tahap tidak dapat diperbaiki lagi, maka anda harus tahu yang syarikat insurans tidak akan menanggung baki pinjaman anda. Ini adalah kes bagi mereka yang membeli kereta melalui pinjaman bank.
Pihak insurans hanya akan membayar pampasan sebanyak mana nilai kereta anda pada harga pasaran. Kebiasaannya, jumlah akan menjadi lebih rendah daripada baki pinjaman disebabkan beberapa faktor iaitu:
- Kadar susut nilai kenderaan
- Kadar bunga yang dikenakan oleh pihak bank
Bencana alam (banjir dan sebagainya)
Di Malaysia, kita sering mengalami musim banjir setiap kali berlakunya hujan banjir kilat atau musim tengkujuh. Sekiranya kereta anda mengalami kerosakan enjin akibat kemasukan air, dihempap pokok tumbang, dll, anda perlu tahu bahawa pihak insurans tidak akan menampung kos kerugian anda.
Ini adalah kerana bencana alam tidak termasuk diantara situasi yang dilindungi oleh pihak insurans. Namun anda masih boleh dapatkan perlindungan tambahan yang lain jika anda ingin dilindungi.
Penambahan aksesori selepas membeli kereta
Jika berlaku kecurian terhadap aksesori yang dipasang (sport rims, dll) selepas pembelian kereta, polisi insurans anda tidak akan membayar ganti rugi kepada anda.
Hal ini jatuh dibawah tanggungjawab anda. Sekiranya anda sejenis yang suka terhadap penambah aksesori, anda boleh membeli polisi tambahan untuk melindungi peralatan-peralatan ini.
Kerosakan akibat rusuhan
Polisi insurans anda tidak akan melindungi kerosakan kereta yang berpunca dari perbalahan dan rusuhan. Tetapi sekiranya anda bimbang berlakunya perkara-perkara ini pada masa hadapan, terdapat polisi tambahan yang boleh dibeli untuk melindungi kenderaan anda.
—
Berdasarkan maklumat di atas, penting untuk anda ketahui info-info yang terperinci seperti ini dalam kandungan polisi insurans anda. Adalah lebih baik untuk anda mengambil tahu dari awal pembelian agar anda lebih bersedia sekira berlaku sebarang kejadian di kelak hari.
Bagi anda yang sudah memiliki insurans kereta sendiri, adalah dinasihatkan untuk membuat semakan semula ke atas polisi yang sedia. Bagi yang masih belum perbaharui insurans, anda boleh layari Bjak untuk pembelian insurans kereta yang cepat dan mudah!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: