Polisi insurans kereta perlu diperbaharui pada setiap tahun oleh setiap pemilik kenderaan yang berdaftar di Malaysia. Perlindungan yang disediakan oleh setiap syarikat insurans merangkumi pelbagai manfaat, berbeza-beza mengikut ketetapan mereka. Namun selepas membeli insurans kereta, ada kalanya sesetengah individu ingin membatalkannya semula. Persoalannya bolehkah anda cancel polisi insurans kereta anda sebelum ia tamat tempoh dan apakah cara yang perlu dilakukan?
Boleh ke anda batalkan insurans kereta?
Jawapannya adalah boleh! Anda boleh membatalkan insurans untuk beberapa tujuan tertentu seperti:
- Ingin menjual kereta tersebut
- Ingin menukar syarikat insurans atas sebab tertentu
- Tersalah hidupkan insurans (Contoh: Berhasrat untuk memperbaharui dengan insurans komprehensif (1st party), tetapi telah renew insurans pihak ketiga (3rd party)
Cara cancel insurans kereta
Berbeza mengikut syarikat insurans
Sekiranya anda memilih untuk membuat pembatalan polisi insurans sendiri tanpa menggunakan ejen, maka anda perlu tahu bahawa cara atau proses yang perlu dilalui adalah berbeza mengikut setiap syarikat insurans atau pengendali takaful.
Rujuk khidmat pelanggan
Untuk mengetahui bagaimana polisi insuran kereta sedia ada anda boleh dibatalkan, anda dinasihatkan untuk menghubungi pasukan khidmat pelanggan syarikat insurans untuk mendapatkan keterangan lanjut. Anda boleh membuat carian di google untuk mendapatkan nombor telefon hotline syarikat insurans anda, dan minta penjelasan daripada mereka mengenai apa yang perlu dilakukan oleh anda bagi proses pembatalan itu.
Batalkan dulu roadtax jika ia sudah diperbaharui
Sekiranya roadtax kereta anda telah dihidupkan, maka anda wajib melalui proses ini terlebih dahulu iaitu dengan membuat pembatalan roadtax di mana-mana cawangan JPJ terdekat.
Sila bawa bersama roadtax tersebut ke JPJ. Tanpa roadtax tersebut, proses untuk pembatalan roadtax anda tidak boleh dilakukan. Selesai membatalkan roadtax, anda kemudiannya boleh meneruskan urusan untuk membatalkan polisi insurans kereta di mana-mana cawangan syarikat insurans anda.
Mohon terus dengan syarikat insurans jika roadtax belum diperbaharui
Sila langkau (abaikan) langkah di atas sekiranya roadtax anda masih belum diperbaharui ketika ingin membatalkan insurans.
Anda boleh terus memberikan sahaja notis bertulis kepada syarikat insurans anda untuk membatalkan polisi insurans. Majoriti syarikat insurans menetapkan tempoh selama tujuh hari untuk anda membuat pembatalan dengan turut menyerahkan sijil insurans asal kepada syarikat insurans atau menyediakan satu akaun berkanun jika sijil berkenaan hilang atau musnah.
Pemulangan wang
Selepas pembatalan dibuat, anda layak mendapat bayaran balik premium berdasarkan kadar jangka masa pendek yang ditetapkan (berbeza mengikut syarikat insurans). Duit bayaran balik (refund) pada kebiasaannya akan dimasukkan ke dalam akaun anda dalam masa 2 hingga 4 minggu.
Pilih perlindungan insurans dengan cermat
Meskipun pembatalan insurans adalah dibenarkan dan anda sudah tahu cara cancel insurans kereta, namun anda sebenarnya sangat digalakkan untuk memilih insurans dengan baik dan cermat sebelum memperbaharui dengan mana-mana polisi atau syarikat insurans.
Ambil masa anda. Lakukan dahulu perbandingan dengan beberapa syarikat insurans dan buatlah penilaian yang teliti sebelum membelinya. Ini bagi mengelakkan anda untuk membuat pembatalan selepas menganggap insurans sedia anda tidak memberikan perlindungan yang mencukupi.
Untuk lebih memudahkan urusan anda, gunakan sahaja platform online Bjak untuk lakukan perbandingan secara terus iaitu dengan 15 syarikat insurans. Lebih pilihan, lebih banyak manfaat dan lebih mudah untuk anda.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: