Skip to content
Home » Cukai Jalan Tamat Tempoh, Apa Akibat Jika Anda Tidak Renew?

Cukai Jalan Tamat Tempoh, Apa Akibat Jika Anda Tidak Renew?

    Akibat tidak renew roadtax kenderaan

    Setiap pemilik kenderaan di Malaysia wajib memiliki cukai jalan atau lebih mesra dikenali sebagai roadtax yang sah sebelum kenderaan boleh digunakan di atas jalan raya. Roadtax merupakan sejenis cukai yang dikenakan ke atas pemilik kenderaan untuk digunakan sebagai keperluan utama pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bagi membaiki, membina dan menaik taraf jalan di negara ini.

    Roadtax atau cukai jalan ini wajib diperbaharui setiap tahun, seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemilik kenderaan boleh memperbaharui roadtax untuk tempoh samada 6 bulan atau 1 tahun.

    Kegagalan mana-mana pemilik kenderaan untuk memperbaharui cukai jalan tamat tempoh akan memberi beberapa kesan serta akibat seperti yang akan dikongsikan pada artikel ini. 

    Kenapa ada yang tidak renew cukai jalan tamat tempoh?

    Sebelum kami kongsikan akibat jika anda tidak memperbaharui cukai jalan tamat tempoh, jom ketahui dulu apakah punca yang mungkin menyebabkan seseorang pemilik kenderaan itu tidak memperbaharui roadtaxnya. 

    • Menganggap kenderaan tersebut sangat jarang digunakan
    • Tidak mempunyai bajet yang mencukupi 
    • Mempunyai banyak tunggakan saman
    • Tidak menggunakan kenderaan tersebut, contohnya kereta atau motosikal lama
    • Roadtax kereta tamat tempoh lebih 3 tahun dan kenderaan perlu melalui pemeriksaan Puspakom

    Akibat tidak renew cukai jalan tamat tempoh

    renew cukai jalan yang telah tamat tempoh

    Disaman oleh pihak berkuasa

    Ini adalah akibat atau risiko yang paling biasa anda perlu hadapi sekiranya memandu kenderaan di atas jalan raya dengan cukai jalan yang telah tamat tempoh. Perlu anda sedar, sekatan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Jika roadtax pada kenderaan anda dikesan telah tamat tempoh, anda secara automatik akan dikenakan saman oleh pihak polis atau JPJ.

    Berbanding mengeluarkan wang untuk membayar saman, sebaiknya anda memperbaharui roadtax dan insurans anda yang pastinya lebih selamat dan menenangkan hati anda sepanjang perjalanan.

    Tidak boleh membuat tuntutan insurans

    Apabila anda tidak renew roadtax, anda juga berkemungkinan besar belum memperbaharui insurans kenderaan anda. Jadi, apabila berlaku kemalangan dalam tempoh itu, anda tidak akan boleh membuat tuntutan insurans bagi menanggung kerugian yang dialami oleh anda. 

    Ini akan merugikan anda kerana kos bagi pembaikan kenderaan biasanya lebih mahal daripada kos insurans dan roadtax yang sepatutnya anda bayar. 

    Kenderaan tersadai dan rosak

    Kegagalan anda untuk memperbaharui cukai jalan tamat tempoh juga mungkin menyebabkan anda lebih jarang menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya. Akibatnya, kenderaan anda itu akan tersadai malah mungkin akan rosak jika semakin lama ia tidak digunakan. 

    Bolehkah anda renew roadtax jika ada saman tertunggak?

    Jawapannya adalah TIDAK! Anda perlu melangsaikan dahulu tunggakan saman anda sebelum boleh memperbaharui roadtax. Ini kerana ketika proses pembaharuan roadtax, rekod tunggakan saman dan senarai hitam anda akan dipaparkan di dalam sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Jadi disebabkan itu, anda mesti membuat pembayaran terlebih dahulu untuk semua tunggakan saman kesalahan trafik yang direkodkan sebelum dapat meneruskan proses pembaharuan roadtax.

    Sila perbaharui cukai jalan anda yang telah tamat tempoh

    Seperti yang dinyatakan di atas, setiap pemilik kenderaan wajib untuk memiliki cukai jalan yang sah sebelum kenderaan boleh digunakan atas jalan raya. Elak mengambil sikap sambil lewa dan menggunakan kenderaan anda itu meskipun anda sedar roadtax telah tamat tempoh. Kegagalan anda memperbaharui roadtax boleh mengundang akibat seperti yang dikongsikan tadi.

    Untuk renew roadtax kini tidak susah. Anda boleh lakukannya secara online di Bjak. Renew kedua-dua roadtax dan insurans secara sekaligus di platform kami untuk urusan yang mudah, pantas dan selamat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: