Skip to content
Home » Renew Insurans & Bayar 3 Kali Ansuran Dengan ShopBack PayLater

Renew Insurans & Bayar 3 Kali Ansuran Dengan ShopBack PayLater

    Car policy renewal - cover

    Berita baik untuk pemilik kenderaan persendirian di Malaysia! Anda kini boleh memperbaharui insurans kereta serta motosikal di Bjak dan bayar dengan ShopBack PayLater, iaitu kaedah bayaran ansuran baharu untuk senarai pilihan Renew Dulu Bayar Kemudian (BNPL) kami. 

    Tahukah anda, Bjak sudah mula menawarkan pilihan pembayaran secara ansuran untuk pelanggan sejak tahun 2021 tau, dengan Atome sebagai pilihan pembayaran pertama yang ada di platform ini!

    Dengan adanya ShopBack, kini Bjak mempunyai 4 kaedah pembayaran ansuran untuk menjadikan proses pembaharuan insurans anda lebih mudah, fleksibel dan selamat untuk semua orang. Bagaimana untuk gunakan ShopBack PayLater? Jom teruskan membaca perkongsian ini!

    Apakah itu ShopBack PayLater?

    ShopBack adalah sebuah syarikat yang membolehkan pembeli mendapat pulangan tunai (yang lebih biasa disebut sebagai cashback) hasil daripada pembelian secara dalam talian dan di dalam kedai. Syarikat ini terkenal dengan pemberian harga terbaik, diskaun dan tawaran eksklusif untuk pelanggan yang ingin memanfaatkan sepenuhnya pengalaman membeli-belah mereka. Cara ia melakukannya sudah tentulah menerusi kerjasama dengan pelbagai jenama di banyak negara.

    Sebaliknya, ShopBack PayLater pula adalah satu perkhidmatan kewangan yang membolehkan pengguna mengurus kewangan mereka melalui pilihan pembayaran ansuran sama seperti PayLater oleh Grab dan SPayLater oleh Shopee. Ia menawarkan pelan bayaran ansuran sehingga 3 bulan bagi pelanggan yang tidak mampu untuk membayar secara sekaligus bagi pembelian mereka.

    Bagaimana ShopBack PayLater berfungsi?

    Untuk menggunakan ShopBack PayLater, anda perlu memenuhi beberapa keperluan/ kriteria tertentu. Salah satunya adalah dengan memiliki akaun ShopBack di mana pembayaran boleh dibuat tanpa sebarang masalah. Ikut sahaja langkah mudah ini untuk mulakan pembayaran insurans kereta dan cukai jalan anda menggunakan ShopBack PayLater:

    1. Muat turun aplikasi ShopBack menerusi Google Play Store atau Apple App Store
    2. Daftar akaun dengan aplikasi ShopBack
    3. Log masuk dan setkan fungsi PayLater
    4. Pautkan kad kredit/debit anda ke akaun ShopBack anda dan lengkapkan semakan identiti
    5. Setelah selesai, anda boleh mula menggunakan ShopBack PayLater untuk membuat pembelian secara dalam talian

    Bagaimana cara bayar menggunakan ShopBack di Bjak?

    Membuat pembelian menggunakan ShopBack di Bjak sebenarnya mudah sahaja. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

    1. Minta sebut harga insurans percuma dari Bjak
    2. Pilih insurans kereta pilihan anda dan teruskan ke bahagian pembayaran
    3. Cari logo ShopBack pada halaman pembayaran
    4. Klik pada logo Shopback tersebut untuk melengkapkan pembaharuan insurans anda
    5. Bayar dahulu 1/3 daripada keseluruhan bil dan baki bayaran akan ditolak pada bulan 2 bulan berikutnya secara sama rata.

    Nota: Bayaran ansuran untuk bulan kedua akan ditolak secara automatik daripada kad bank yang telah ditetapkan di dalam akaun ShopBack anda 30 hari dari tarikh daftar keluar (pembelian), manakala bayaran ansuran ketiga pula akan ditolak selepas 60 hari dari tarikh pembayaran.

    Pihak ShopBack akan mengenakan caj kelewatan pembayaran atas sebarang bayaran tertunggak seperti jadual di bawah:

    Jumlah Harga PesananCaj Kelewatan Pembayaran
    RM0.00 – 99.99RM7.50
    RM100.00 – 499.99RM25.00
    RM500.00 dan ke atasRM75.00

    Manfaat guna ShopBack PayLater

    Seperti kaedah bayaran ansuran lain yang ada di Bjak, ShopBack membolehkan anda untuk menikmati manfaat ini tanpa sebarang caj.

    • 3 kali ansuran bulanan – Kaedah pembayaran ini membolehkan anda untuk membayar insurans secara ansuran selama tiga bulan secara sama rata!
    • Tiada caj faedah – Nikmati pembayaran ansuran tanpa sebarang caj faedah untuk pembaharuan insurans dan cukai jalan menggunakan pilihan ShopBack PayLater!
    • Gunakan pulangan tunai (cashback) – Kurangkan jumlah bayaran pendahuluan dengan menggunakan cashback yang tersedia dalam akaun ShopBack anda. Nak bayar sebahagian sahaja, atau penuh gunakan cashback? Dua-dua boleh!

    Perbaharui insurans kereta dengan ShopBack 

    Pembaharuan insurans kini pastinya lebih mudah dengan pelbagai kaedah bayaran ansuran yang disediakan Bjak.

    Jadi, jika anda belum pernah renew insurans kereta atau motor anda di Bjak, ini adalah masa yang sesuai. Jom bayar sahaja secara ansuran lebih-lebih lagi jika anda sedang dalam kekurangan bajet!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: