Bagaimana Kemalangan Kereta Akan Memberi Kesan Kepada Premium Insurans Anda?

Tuntutan insurans akan menyebabkan kadar premium insurans meningkat di pembaharuan seterusnya kecuali dalam beberapa situasi.

Insurans Kereta

Written by:

Insurans kereta merupakan kontrak antara anda dan syarikat insurans untuk melindungi anda dari segi kewangan sekiranya apa-apa berlaku kepada kenderaan anda akibat kemalangan. Sebagai pertukaran untuk bayaran premium insurans anda, syarikat insurans akan menyediakan perlindungan seperti yang digariskan dalam polisi.

Secara ringkasnya, memiliki perlindungan insurans akan membuatkan anda berasa sedikit lega jika terlibat dalam kemalangan. Ini kerana, anda boleh membuat tuntutan daripada syarikat insurans untuk menampung kos pembaikan bagi kenderaan anda.

Namun begitu, meskipun anda mempunyai peluang untuk memfailkan tuntutan pada bila-bila masa, sila berjaga-jaga ya. Jangan ambil mudah kerana ia sebenarnya boleh menjejaskan premium insurans anda tanpa disedari.

Adakah premium insurans anda akan meningkat selepas kemalangan?

Malangnya, ya. Tindakan anda membuat tuntutan insurans di bawah polisi anda akan menyebabkan premium insurans anda meningkat pada pembaharuan seterusnya. 

Anda juga berkemungkinan kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) terkumpul anda. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada jenis tuntutan yang anda buat.

Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui bagaimana ia akan mempengaruhi premium anda.

Premium insurans yang lebih tinggi semasa pembaharuan

Premium insurans anda akan meningkat semasa pembaharuan seterusnya jika anda didapati bersalah atas kemalangan tersebut.

Apakah maksud tuntutan kemalangan sendiri?

Kemalangan sendiri merujuk kepada kemalangan kereta yang disebabkan oleh kecuaian pemandu tersebut. Jika kemalangan adalah kesalahan anda, tuntutan anda akan direkodkan sebagai tuntutan kemalangan sendiri pada sejarah insurans anda.

Sebagai contoh:

  • Jika kenderaan anda melanggar kereta lain atau,
  • Jika anda merosakkan kereta anda (terlanggar tiang lampu, pili, divider jalan, dll)

Walau bagaimanapun, tidak semua tuntutan membawa kepada premium insurans yang lebih tinggi. Terdapat jenis tuntutan lain yang biasanya tidak dikenakan penalti. Sebagai contoh, jika ia adalah tuntutan insurans kereta yang bukan disebabkan oleh kesalahan anda. 

Apakah tuntutan insurans kereta bukan kesalahan sendiri?

Tuntutan ini berlaku apabila kesalahan itu terletak sepenuhnya pada orang lain. Sebagai contoh:

  • Jika kereta anda tidak bergerak dan pemandu lain mengundur dan terlanggar kereta anda
  • Jika kereta anda dilanggar oleh pemandu lain yang mungkin memandu laju atau tidak mengendahkan peraturan jalan raya

Dalam kes ini, anda boleh memfailkan tuntutan kepada penanggung insurans kenderaan pihak yang satu lagi. Insurans kereta pemandu lain tersebut yang perlu membayar perbelanjaan bagi pembaikan kenderaan dan juga kecederaan anda (jika ada).

Kesan pada Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)

NCD ialah satu bentuk diskaun yang ditawarkan oleh syarikat insurans jika anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perlindungan. Apabila anda tidak membuat sebarang tuntutan ke atas polisi insurans anda, kadar NCD anda akan meningkat, dan seterusnya mengurangkan premium insurans kereta anda pada pembaharuan insurans nanti.

Membuat tuntutan untuk kemalangan yang berpunca daripada diri sendiri bagaimanapun pasti akan menjejaskan kadar NCD anda dan menyebabkan premium asas insurans anda turut meningkat.  

Namun begitu, NCD anda tidak akan terjejas meskipun jika tuntutan dibuat di dalam dua situasi ini: 

  • Tuntutan bagi kemalangan yang bukan berpunca daripada anda 
  • Tuntutan windscreen (dengan syarat anda anda perlindungan tambahan windscreen di dalam polisi).

Memiliki banyak rekod/ sejarah kemalangan akan meningkatkan kadar premium insurans

Salah satu faktor yang turut mempengaruhi premium insurans kereta termasuklah rekod pemanduan anda. Premium anda mungkin lebih tinggi daripada seseorang yang mempunyai rekod pemanduan yang bersih jika anda pernah mengalami beberapa kemalangan. Dengan kata lain, jika anda sering melanggar peraturan lalu lintas dan mengalami kemalangan jalan raya, premium insurans anda mungkin lebih tinggi kerana syarikat insurans akan menganggap anda sebagai pemandu berisiko tinggi.

Sebaliknya, jika anda seorang pemandu yang berhemah dan mempunyai rekod pemanduan yang bersih, premium insurans kereta anda mungkin akan lebih rendah.

Berhati-hati semasa memfailkan tuntutan insurans

Ada kalanya, terdapat beberapa situasi yang memerlukan anda untuk membuat tuntutan insurans. Walau bagaimanapun, kekerapan anda membuat tuntutan, terutama jika ia adalah kesalahan anda boleh mempengaruhi premium insurans pada pembaharuan akan datang. Selain itu, tindakan anda yang kerap membuat tuntutan juga boleh menyebabkan syarikat insurans anda menaikkan kadar premium anda atau memutuskan untuk menolak pembaharuan polisi anda di tahun berikutnya.


Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: