Skip to content
Home » Bila Anda Boleh & Tidak Boleh Buat Tuntutan Kerosakan Sendiri?

Bila Anda Boleh & Tidak Boleh Buat Tuntutan Kerosakan Sendiri?

    tuntutan kerosakan sendiri

    Membonceng motosikal ataupun memandu kereta. Kedua-duanya berisiko terbabit dalam kemalangan jalan raya sama ada secara sendirian mahupun membabitkan kenderaan/ benda lain.

    Apabila kemalangan berlaku dan kenderaan anda mengalami kerosakan teruk, anda tidak perlu panik. Terdapat satu cara yang boleh membantu menyelesaikan masalah anda itu, iaitu dengan membuat tuntutan insurans.

    Namun, sekejap! Tidak semua kemalangan membolehkan anda untuk membuat tuntutan insurans kerana ia bergantung kepada jenis insurans kereta yang anda miliki ketika itu.

    Tahu dulu jenis tuntutan insurans yang ada

    Secara amnya, terdapat tiga jenis tuntutan insurans yang boleh dilakukan oleh anda iaitu tuntutan kerosakan sendiri (Own Damage Claim), tuntutan kerosakan sendiri knock-for-knock, dan tuntutan pihak ketiga.

    Ketiga-tiga jenis tuntutan insurans ini berbeza, dan ia bergantung kepada jenis polisi yang anda miliki ketika kemalangan berlaku.

    Secara ringkasnya, tuntutan kerosakan sendiri dan tuntutan knock-for-knock adalah terhad kepada pemegang polisi insurans kereta 1st party sahaja. Manakala tuntutan pihak ketiga pula ada lebih ‘meluas’ dan boleh dilakukan oleh mangsa (pihak ketiga) yang terbabit dalam kemalangan. Bermakna, tanpa mengira sebarang jenis polisi yang anda miliki (meskipun sekadar miliki polisi paling asas), anda tetap boleh membuat tuntutan pihak ketiga jika anda bukan dipihak yang bersalah.

    Bilakah anda boleh buat tuntutan kerosakan sendiri?

    Syarat utama untuk membuat tuntutan kerosakan sendiri ada dua iaitu:

    1. Anda pemegang polisi insurans komprehensif
    2. Polisi insuran kereta anda masih aktif

    Tuntutan kerosakan sendiri tidak hanya terhad kepada kerosakan pada kenderaan sendiri akibat kejadian kemalangan dengan pihak lain yang berpunca daripada anda, bahkan juga situasi-situasi lain seperti:

    1. Anda terbabit kemalangan sendirian; contohnya terlanggar tiang lampu, terlanggar divider jalan, terlanggar lubang dan sebarang objek di atas jalan raya akibat kecuaian anda
    2. Anda terlanggar haiwan ketika sedang memandu sehingga menyebabkan kenderaan rosak teruk
    3. Cermin kereta anda retak atau pecah akibat serpihan batu atau lain-lain
    4. Kereta anda mengalami kerosakan akibat kemalangan ketika dipandu individu lain yang tidak dinamakan di dalam polisi (bagaimanapun ekses akan dikenakan)
    5. Kenderaan anda dilanggar di tempat letak kereta, tetapi anda tidak tahu pelaku
    6. Kereta anda dilanggar lari sehingga rosak teruk tetapi anda gagal mengenal pasti pelaku
    7. Anda pandu uji kereta baru, dan kereta pandu uji tersebut rosak teruk akibat kemalangan yang disebabkan oleh anda

    Bilakah anda tidak boleh buat tuntutan bagi kerosakan sendiri? 

    1. Anda bukan pemegang polisi insurans komprehensif
    2. Anda tidak bersalah dalam kemalangan terbabit (anda boleh buat tuntutan pihak ketiga)
    3. Hanya memiliki polisi paling asas (polisi insurans pihak ketiga sahaja)
    4. Anda tidak mempunyai lesen memandu langsung

    Cara membuat tuntutan kerosakan sendiri

    Cara membuat tuntutan insurans selepas kemalangan

    Renew insurans dengan pelan komprehensif

    Hanya pelan komprehensif sahaja yang menyediakan perlindungan lebih meluas dan membolehkan anda untuk membuat tuntutan kerosakan untuk kenderaan anda sendiri. Jadi, sebaiknya anda dapatkan atau renew insurans kereta dengan pelan komprehensif bagi perlindungan lebih menyeluruh untuk kenderaan anda.

    Layari sahaja Bjak untuk dapatkan pelan komprehensif terbaik daripada pelbagai jenama insurans hari ini. Banding dengan 15 insurans yang ada dan pilih 1 yang anda perlukan mengikut bajet anda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: