Skip to content
Home » Cara Bayar Roadtax Online

Cara Bayar Roadtax Online

    bayar roadtax online - cover

    Setiap kenderaan bermotor di Malaysia wajib mempunyai cukai jalan atau roadtax yang sah. Ini kerana, ketiadaan cukai jalan ini boleh mendatangkan pelbagai masalah di masa hadapan. Antara masalah yang bakal ditanggung oleh pemilik kenderaan yang tidak mempunyai cukai jalan yang sah atau tamat tempoh adalah disaman.

    Disebabkan itulah, cukai jalan ini perlu sentiasa diperbaharui dan diambil berat. Jika dahulu, urusan untuk memperbaharui dan bayar roadtax ini boleh menjadi suatu perkara yang membebankan kerana teknologi belum lagi canggih. Namun selepas zaman berubah dan teknologi telah menjadi semakin canggih, urusan pembaharuan roadtax ini telah menjadi mudah kerana ia boleh dilakukan secara online. Untuk mengetahui berkenaan cara bayar roadtax online dan nak memperbaharuinya, teruskan membaca artikel ini.

    Renew dan bayar roadtax online di MySikap

    Terdapat beberapa pilihan yang telah tersedia untuk anda renew dan bayar roadtax secara online. Antara platform yang boleh digunakan adalah MySikap. Platform MySikap ini adalah platform yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memudahkan urusan orang ramai dalam memperbaharui cukai jalan mereka. Antara urusan lain yang boleh diselesaikan di MySikap ini adalah menukar pemilikan kenderaan, membeli nombor plat dan melihat saman trafik.

    Berikut adalah cara-cara nak renew dan bayar roadtax online guna MySikap;

    1. Daftar masuk MySikap
    2. Pilih pembaharuan cukai jalan kenderaan
    3. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda
    4. Buat pembayaran online
    5. Cukai jalan anda sudah siap dan boleh dilihat di aplikasi MyJPJ secara digital

    *Nota: JPJ sudah tidak mengeluarkan cukai jalan dalam bentuk fizikal.

    Renew dan bayar roadtax online di BJAK

    Selain daripada MySikap, anda juga boleh bayar roadtax online menggunakan BJAK. Sebelum itu, perlu diingat bahawa cukai jalan anda tidak boleh diaktifkan tanpa membeli insurans kenderaan terlebih dahulu. Ini kerana kebiasaannya insurans kenderaan dan cukai jalan mempunyai tarikh tamat tempoh yang sama.

    Tanpa perlindungan insurans yang aktif, urusan pembaharuan cukai jalan anda akan menjadi sia-sia sahaja. Akan tetapi, dengan perkhidmatan terbaik yang ditawarkan di BJAK, anda sudah tidak perlu bersusah payah. Ini kerana BJAK menawarkan penyelesaian 2 in 1. Anda boleh gunakan BJAK untuk memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan sekaligus di dalam satu platform sahaja.

    Untuk mengetahui cara-cara bayar roadtax online dan nak memperbaharui insurans kenderaan, ikuti langkah di bawah ini;

    1. Layari laman web rasmi Bjak di www.bjak.my.
    2. Pilih untuk renew bagi kenderaan jenis kereta atau motosikal dan klik ‘minta quote percuma’.
    3. Isikan maklumat yang diminta termasuklah nombor pendaftaran kenderaan, nama serta nombor kad pengenalan pemilik kenderaan, dan alamat emel anda.
    4. Sebut harga anda kemudiannya akan dihantar menerusi emel dalam masa 5 minit.
    5. Mula bandingkan senarai pelan insurans yang ada. Klik pada insurans pilihan anda dan tekan juga butang roadtax (roadtax digital) untuk pembaharuan roadtax sekaligus.
    6. Kemudian, anda boleh teruskan dengan pembayaran secara online.
    7. Selesai!

    Jika anda ingin lebih senang, terus sahaja tekan butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: