Cukai jalan dan Insurans motor adalah suatu perkara yang wajib diambil berat oleh setiap pemilik motosikal di Malaysia. Selain menjadi keperluan undang-undang, insurans motor juga dapat memberikan perlindungan yang penting terhadap kerosakan kenderaan dan risiko kemalangan.
Namun, nak cari insurans motor yang berpatutan dan murah bukanlah suatu perkara yang mudah terutamanya di tengah-tengah zaman ekonomi yang tidak menentu ini. Bagi sesiapa yang berada dalam situasi ini, sebenarnya terdapat beberapa cara yang boleh anda ambil untuk mencari insurans motor murah mengikut bajet anda. Untuk mengetahuinya, teruskan membaca artikel ini.
Bandingkan tawaran dari pelbagai syarikat insurans
Antara langkah penting bagi mendapatkan insurans motor yang berpatutan adalah dengan membuat perbandingan di antara pelbagai syarikat insurans kenderaan yang ada di pasaran. Terdapat pelbagai laman web dan platfrom dalam talian yang membolehkan anda membandingkan tawaran insurans dari pelbagai syarikat dengan mudah. Dengan membandingkan tawaran dari beberapa syarikat insurans, anda boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang harga dan perlindungan yang ditawarkan.
Sesuaikan perlindungan mengikut keperluan
Selalunya, pemilik kenderaan mungkin lebih memilih untuk memperluaskan perlindungan insurans mereka atas beberapa faktor yang mereka rasakan perlu, tetapi ada benda yang sebenarnya tidak perlu pun untuk ambil. Jadi, sebelum membuat apa-apa keputusan, cuba pertimbangkan semula keperluan sebenar anda dan pertimbangkan untuk menyesuaikan perlindungan insurans mengikut keperluan sebenar anda. Ini boleh membantu anda untuk mengurangkan kos insurans tanpa perlu mengorbankan perlindungan yang diperlukan.
Cari diskaun dan promosi
Kebanyakan syarikat insurans menawarkan pelbagai jenis diskaun dan promosi kepada pelanggan baru dan sedia ada. Ini boleh termasuk diskaun untuk pemandu berpengalaman, pelanggan setia, atau mereka yang memasang peranti keselamatan tambahan pada kenderaan mereka. Jangan malu untuk bertanya kepada syarikat insurans tentang sebarang promosi atau diskaun yang mungkin anda layak terima.
Pertimbangkan pilih insurans takaful
Selain daripada insurans konvensional, terdapat juga pilihan insurans takaful yang boleh dipertimbangkan. Insurans takaful beroperasi berdasarkan prinsip syariah dan menawarkan pelbagai produk yang serupa dengan insurans konvensional. Bagi sesetengah individu, produk takaful mungkin menawarkan kos yang lebih rendah atau perlindungan yang lebih sesuai dengan keperluan mereka.
Jaga rekod pemanduan
Rekod pemanduan yang bersih boleh membantu anda mendapatkan kadar insurans yang lebih rendah. Pemandu yang mempunyai rekod pemanduan yang baik cenderung untuk mendapat penawaran insurans yang lebih murah berbanding dengan mereka yang mempunyai rekod pemanduan yang buruk. Oleh itu, pastikan anda mematuhi undang-undang jalan raya dan mengamalkan pemanduan yang selamat untuk memastikan rekod pemanduan yang baik.
Insurans motor murah di BJAK
Nak cari insurans motor murah bukannya mudah dan prosesnya agak memakan masa jika anda tidak tahu cara yang mudah untuk mencarinya. Jika anda nak senang, layari sahaja Bjak. Bjak merupakan platform perbandingan insurans nombor 1 di Malaysia. Hanya dengan satu klik sahaja, anda akan menerima banyak sebut harga insurans kereta dan motor daripada 23 jenama insurans. Dari yang murah hinggalah ke mahal. Pilih mana yang anda mahukan dan polisi insurans anda akan diaktifkan segera. Klik butang dibawah untuk dapatkan sebut harga.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: