Skip to content
Home » Cara Renew Roadtax Online

Cara Renew Roadtax Online

    renew roadtax online - cover

    Cukai jalan merupakan komitmen tahunan yang perlu diambil berat oleh setiap pemilik kenderaan di Malaysia. Dengan kemajuan teknologi, proses pembaharuan cukai jalan kini lebih mudah dilakukan secara dalam talian melalui pelbagai platform.

    Antara platform yang menawarkan urusan pembaharuan roadtax di dalam talian adalah MySikap dan BJAK. Untuk yang baru pertama kali nak renew roadtax secara online, pasti akan berasa sedikit susah kerana tidak tahu cara yang betulnya. Tapi jangan risau kerana, kami akan bantu anda untuk menjelaskan cara renew roadtax online secara mudah. Teruskan membaca untuk mengetahui caranya.

    Perkara kena buat sebelum renew roadtax

    Sebelum anda nak menghidupkan roadtax kereta atau motosikal anda, sila pastikan perkara-perkara di bawah ini diselesaikan terlebih dahulu.

    Periksa tarikh luput cukai jalan

    Pastikan anda tahu berkenaan tarikh luput cukai jalan kereta atau motosikal anda sebelum anda nak memperbaharuinya. Untuk mengelakkan daripada sebarang masalah, adalah penting untuk anda memastikan tarikh pembaharuan cukai jalan anda tepat pada masanya.

    Anda boleh menyemak tarikh luput cukai jalan anda di laman web JPJ, atau lihat sahaja terys pada pelekat cukai jalan yang ditampal di cermin kenderaan anda.

    Pastikan kenderaan bebas dari disaman

    Selesaikan terlebih dahulu sekiranya anda mempunyai tunggakan saman, terutamanya saman senarai hitam. Ingat, anda tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan kereta mahupun motosikal anda sekiranya mempunyai saman yang belum dilangsaikan.

    Terdapat beberapa cara dimana anda boleh melakukan semakan saman trafik, JPJ dan AES secara online iaitu:

    1. PDRM: MyBayar Saman
    2. Laman Web JPJ: Semakan Senarai Hitam

    Renew roadtax di MySikap

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membangunkan MySikap bagi memudahkan urusan orang ramai yang ingin memperbaharui roadtax atau lesen, tukar hak milik kenderaan, beli nombor plat terkini setiap negeri, semakan saman trafik dan banyak lagi.

    Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah di bawah ini untuk memperbaharui roadtax di MySikap;

    1. Log masuk ke MySikap dan klik pada butang kenderaan
    2. Klik pada submenu transaksi dan pilih pembaharuan
    3. Masukkan butiran kenderaan dan bayar secara online
    4. Selesai, roadtax anda sudah tersedia secara digital

    Renew roadtax di BJAK

    1. Layari laman web rasmi BJAK di Bjak.my
    2. Masukkan nombor plat motosikal atau kereta anda, masukkan nombor kad pengenalan dan poskod tempat tinggal anda
    3. Sebut harga insurans & roadtax motosikal @ kereta akan dihantar melalui emel
    4. Buat pembayaran
    5. Anda akan menerima roadtax anda dalam bentuk digital

    Kelebihan renew roadtax online

    Apabila anda pilih untuk renew roadtax anda secara online, anda sebenarnya telah mendapat banyak kelebihan dan manfaat tanpa anda sedari. Pertama sekali jika anda renew secara online, anda telah menjimatkan banyak masa anda. Ini kerana, anda tidak perlu untuk menunggu atau beratur lama di kaunter untuk renew roadtax anda.

    Selain dari itu, portal untuk renew roadtax ini juga mudah dilayari dan diakses. Anda boleh mengakses ia di mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa sahaja. Sangat memudahkan. Secara tidak sedar, anda juga dapat berjimat kerana portal seperti di Bjak ini menyediakan servis perbandingan insurans secara percuma sebelum anda renew roadtax anda. Jika anda nak tahu lagi berkenaan servis perbandingan yang ditawarkan di Bjak, hanya klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: