Skip to content
Home » Cara Check Road Tax Mati

Cara Check Road Tax Mati

    roadtax mati - cover

    Cukai jalan adalah salah satu aspek penting yang perlu diuruskan oleh pemilik kenderaan di Malaysia. Ini keranna, kegagalan mempunyai cukai jalan yang sah boleh mengakibatkan denda dan masalah lain contohnya tidak dapat memperbaharui insurans kenderaan serta tidak layak untuk membuat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan.

    Oleh itu, adalah penting untuk sentiasa pantau tarikh luput cukai jalan anda untuk mengelakkan daripada sebarang masalah di masa hadapan. Bagi memastikan perkara itu daripada terjadi, kami telah pun menyenaraikan berkenaan cara check roadtax mati. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.

    Layari Portal MyEG

    Salah satu cara termudah untuk memeriksa tarikh luput cukai jalan adalah melalui portal MyEG. Anda boleh mendaftar dan log masuk ke akaun MyEG anda, kemudian pilih perkhidmatan ‘Semak Cukai Jalan’ di dalam laman web tersebut. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda, dan sistem akan memaparkan maklumat tarikh luput cukai jalan kenderaan anda.

    Portal JPJ

    Jika anda lebih selesa menggunakan portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda juga boleh memeriksa tarikh luput cukai jalan kenderaan anda di sana. Layari laman web JPJ dan cari pautan untuk semakan cukai jalan. Masukkan maklumat kenderaan anda seperti nombor pendaftaran, dan sistem akan memaparkan tarikh luput cukai jalan kenderaan anda.

    Aplikasi mudah alih

    Terdapat juga beberapa aplikasi mudah alih yang boleh anda muat turun di telefon pintar anda untuk memeriksa tarikh luput cukai jalan kenderaan. Aplikasi ini sering menyediakan kemudahan semakan cukai jalan serta maklumat lain berkaitan dengan kenderaan anda dengan lebih cepat dan mudah.

    SMS

    JPJ juga menyediakan perkhidmatan semakan tarikh luput cukai jalan melalui SMS. Anda hanya perlu hantar mesej SMS dengan format tertentu yang mengandungi nombor pendaftaran kenderaan anda ke nombor yang diberikan oleh JPJ. Dalam beberapa saat, anda akan menerima SMS yang mengandungi maklumat tarikh luput cukai jalan kenderaan anda.

    Hubungi terus JPJ

    Jika anda menghadapi kesulitan menggunakan cara-cara di atas, anda juga boleh menghubungi JPJ terus untuk memeriksa tarikh luput cukai jalan kenderaan anda. Mereka akan memerlukan maklumat kenderaan anda seperti nombor pendaftaran untuk membantu anda memeriksa tarikh luput cukai jalan dengan mudah.

    Penting pastikan cukai jalan sentiasa aktif

    Memastikan cukai jalan kenderaan anda sentiasa aktif adalah penting bagi mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas Malaysia. Selain itu, kenderaan tanpa cukai jalan yang aktif mungkin akan dikenakan denda jika dikesan oleh pihak berkuasa. Oleh itu, sebagai pemilik kenderaan, adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa cukai jalan sentiasa dikemaskini dan dibayar secara berkala.

    Renew insurans dan roadtax anda!

    Insurans kenderaan perlu diperbaharui bagi mendapatkan roadtax. Roadtax pula diperlukan supaya kereta anda dapat digunakan secara sah di atas jalan raya.

    Jika anda kekurangan bajet namun tiada pilihan untuk renew insuran 6 bulan dan terpaksa perbaharuinya bagi tempoh 1 tahun,  jadi pilihlah pelan insurans yang paling dekat dengan bajet anda. Kemudian, bolehlah anda renew roadtax untuk tempoh 6 bulan pula.

    Nak lagi mudah dan kurangkan kerungsingan anda, anda juga boleh gunakan Buy Now Pay Later di Bjak. Bayar sahaja secara 3 kali ansuran tanpa perlu bimbang dikenakan sebarang caj faedah. Perlindungan untuk kereta dapat, anda juga boleh jimat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: