Skip to content
Home » Cara Check Roadtax Mati

Cara Check Roadtax Mati

    check roadtax mati - cover

    Cukai jalan atau roadtax adalah merupakan dokumen penting yang wajib ada pada semua kenderaan bermotor yang menggunakan jalan raya di Malaysia. Roadtax ini perlu dipastikan sentiasa sah dan aktif untuk mengelakkan daripada disaman pihak berkuasa.

    Oleh itu, semua pemilik kenderaan perlu bertanggungjawab dan peka akan tarikh tamat tempoh roadtax kenderaan mereka jika tidak mahu hilang RM300. Untuk memastikan roadtax kenderaan anda tidak melebihi tarikh tamat tempoh, anda perlu tahu cara check roadtax mati. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara-caranya.

    Portal e-servis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

    Langkah pertama yang boleh anda lakukan adalah dengan melayari portal eServis JPJ. Anda boleh mengakses portal ini melalui laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Setelah masuk ke portal, cari pautan atau bahagian yang berkaitan dengan semakan cukai jalan kenderaan. Di sini, anda perlu memasukkan maklumat kenderaan anda seperti nombor pendaftaran kenderaan atau nombor enjin.

    Aplikasi JPJ

    JPJ juga menyediakan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store. Selepas memuat turun aplikasi tersebut, daftarkan akaun anda dan ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk semak status cukai jalan kenderaan anda.

    Hubungi JPJ

    Jika anda menghadapi masalah semasa menggunakan portal atau aplikasi, anda boleh menghubungi Jabatan Pengangkutan Jalan secara terus. Maklumat perhubungan JPJ boleh didapati di laman web rasmi mereka. Semak baki cukai jalan kenderaan anda dengan memberikan maklumat yang diperlukan seperti nombor pendaftaran atau nombor enjin.

    SMS

    JPJ juga menyediakan perkhidmatan semakan melalui SMS. Anda boleh menghantar SMS dengan format yang ditetapkan oleh JPJ ke nombor yang diberikan untuk mendapatkan maklumat tentang status cukai jalan kenderaan anda.

    Anda cuma perlu taip “JPJ SEMAK <No Pendaftaran Kenderaan>” Contoh: JPJ SEMAK ABC1234

    Semak di pejabat JPJ

    Jika anda berada berdekatan dengan pejabat JPJ, anda boleh pergi ke sana secara fizikal untuk semak status cukai jalan kenderaan. Bawalah bersama-sama dokumen seperti geran kenderaan atau lesen memandu untuk memudahkan proses semakan.

    Penting pastikan cukai jalan sentiasa aktif

    Memastikan cukai jalan kenderaan anda sentiasa aktif adalah penting bagi mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas Malaysia. Selain itu, kenderaan tanpa cukai jalan yang aktif mungkin akan dikenakan denda jika dikesan oleh pihak berkuasa. Oleh itu, sebagai pemilik kenderaan, adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa cukai jalan sentiasa dikemaskini dan dibayar secara berkala.

    Renew insurans dan roadtax anda!

    Insurans kenderaan perlu diperbaharui bagi mendapatkan roadtax. Roadtax pula diperlukan supaya kereta anda dapat digunakan secara sah di atas jalan raya.

    Jika anda kekurangan bajet namun tiada pilihan untuk renew insuran 6 bulan dan terpaksa perbaharuinya bagi tempoh 1 tahun,  jadi pilihlah pelan insurans yang paling dekat dengan bajet anda. Kemudian, bolehlah anda renew roadtax untuk tempoh 6 bulan pula.

    Nak lagi mudah dan kurangkan kerungsingan anda, anda juga boleh gunakan Buy Now Pay Later di Bjak. Bayar sahaja secara 3 kali ansuran tanpa perlu bimbang dikenakan sebarang caj faedah. Perlindungan untuk kereta dapat, anda juga boleh jimat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: