Antara komponen atau bahagian kereta yang mudah terdedah kepada kerosakan adalah cermin hadapan kereta atau juga disebut sebagai windscreen. Mana tidaknya, hanya dengan satu pantulan batu kecil sahaja, ia boleh menyebabkan keretakan pada cermin kereta yang seterusnya boleh membahayakan penglihatan pemandu.
Disebabkan itu, pelan insurans komprehensif menyediakan perlindungan untuk cermin kereta, yang mana ia akan membolehkan pemilik kenderaan claim insurans bagi membaiki cermin yang telah retak atau pecah – bezanya hanyalah sama ada ia akan tolak NCD atau tidak sahaja.
Meskipun begitu, boleh dikatakan bahawa ada segelintir pemilik kenderaan yang bersikap acuh tidak acuh apabila membabitkan keretakan cermin kereta. Senang kata, tunggu rosak teruk dulu, barulah baiki. Sebenarnya, tindakan ini boleh membahayakan anda khususnya jika kerap memandu.
Proses untuk claim insurans cermin kereta tidak susah pun. Bahkan, ia adalah percuma selagi mana anda miliki polisi komprehensif. Baiklah, kita ambil contoh jika anda mengambil insurans daripada syarikat insurans Kurnia. Anda boleh sahaja claim insuran cermin kereta Kurnia dengan cara yang amat mudah dan ringkas, seperti yang akan dikongsikan pada artikel kali ini.
Mengapa bahaya jika cermin kereta rosak dan tidak diganti?
Sebelum kami kongsikan dengan lebih lanjut mengenai cara claim insuran cermin kereta Kurnia, jom ketahui dahulu beberapa risiko jika memandu kereta yang mana cermin keretanya telah rosak.
Mengganggu penglihatan
Secara dasarnya, cermin kereta yang telah retak boleh mengganggu penglihatan anda ketika memandu terutama jika kerosakan tersebut adalah di bahagian pemandu. Akibat daripada gangguan penglihatan, ia secara tidak langsung boleh membahayakan pemanduan anda dan seterusnya mungkin boleh menyebabkan berlakunya pelanggaran dengan kenderaan lain.
Keupayaan kereta tergugat
Windscreen kereta yang berfungsi dengan sempurna sebenarnya menambah 40% kekuatan bumbung kereta. Perlu anda ingat, cermin depan kereta mempunyai fungsi yang sangat penting. Fungsi penting windscreen mungkin tidak terjejas oleh keretakan pada kaca tetapi ia kurang berkesan apabila retak. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, apabila kereta itu terbalik, bumbungnya boleh runtuh dan menyebabkan kecederaan parah kepada penumpangnya.
Kemalangan maut
Cermin depan direka untuk melindungi anda, penumpang dan kereta anda semasa kemalangan. Sekiranya berlaku pelanggaran dari bahagian hadapan, cermin depan yang telah retak atau rosak itu tidak dapat menahan daya hentakan, sekali gus menimbulkan ancaman kepada anda serta penumpang dalam kenderaan. Lebih teruk jika ada yang tidak memakai tali pinggang keledar, dia juga boleh berisiko untuk tercampak keluar dari kereta!
Cara claim insuran cermin kereta Kurnia
Berikut dikongsikan cara claim insuran cermin kereta Kurnia yang sememangnya sangat ringkas dan mudah!
- Langkah 1: Bawa kereta anda ke Pusat Pakar Pembaiki Cermin Depan (SWR) atau bengkel panel insurans Kurnia yang diluluskan untuk pembaikan
- Langkah 2: Hubungi 1 800 88 3833 jika perlukan sebarang pertanyaan.
- Langkah 3: Isi borang tuntutan di bengkel tersebut. Maklumkan kepada pekerja bengkel bahawa anda ingin claim di bawah insurans anda.
- Langkah 4: Biasanya anda mungkin perlu menunggu dua atau tiga hari untuk pembaikan cermin kereta dibuat. Setelah selesai, bawa sahaja kereta anda pulang ke rumah tanpa perlu membayar sebarang caj pembaikan dan kos buruh!
Dokumen yang perlu dibawa
- Ke Pakar Pembaiki Cermin Depan (SWR)
Jika kereta dipandu ke SWR oleh pemegang polisi, sila bawa:
- Salinan IC atau lesen memandu pemegang polisi
- Salinan IC pemandu & lesen memandu diperlukan jika pemegang polisi bukan pemandu semasa kemalangan
Jika kenderaan dipandu masuk ke SWR oleh pemandu yang diberi kuasa, sila bawa:
- Salinan IC atau lesen memandu pemegang polisi
- Salinan kad pengenalan & lesen memandu
- Salinan kad pendaftaran kenderaan / sijil pemilikan kenderaan (VOC) yang dikemas kini
- Salinan polisi insurans
- Salinan borang perniagaan (jika didaftarkan di bawah nama syarikat)
- Salinan NRIC orang yang menurunkan kenderaan di SWR
2. Ke bengkel yang diluluskan
Sila bawa kenderaan anda ke bengkel yang disahkan dalam masa 14 hari dari tarikh kemalangan untuk pembaikan. Bawa juga dokumen-dokumen berikut:
- Salinan IC pemegang polisi
- Salinan lesen memandu pemegang polisi
- Salinan kad pendaftaran kenderaan / sijil pemilikan kenderaan (VOC) yang dikemas kini
- Salinan polisi insurans
- Salinan borang perniagaan (jika didaftarkan di bawah nama syarikat)
- Salinan IC pemandu (jika pemegang polisi bukan pemandu)
- Salinan lesen memandu (jika pemegang polisi bukan pemandu)
- Salinan NRIC orang yang menurunkan kenderaan
- Surat kebenaran pembayaran & surat aku janji
- Warranty card tinted cermin kereta
Soalan lazim claim insuran cermin kereta Kurnia
Perlukah saya membuat laporan polis sebelum boleh lakukan claim insuran cermin kereta untuk Kurnia insurance?
Tidak. Anda tidak perlu membuat laporan polis/ memberikan salinan laporan polis bagi membaiki cermin kereta anda, selagi anda hantar kereta ke SWR atau bengkel yang disahkan.
Bolehkah saya menghantar kereta selain ke bengkel panel atau SWR untuk baiki cermin kereta?
Boleh, namun ia perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas kemalangan berlaku. Sila pastikan anda membawa bersama-sama dokumen ini:
- Salinan laporan polis
- Salinan IC pemegang polisi
- Salinan lesen memandu pemegang polisi
- Salinan kad pendaftaran kenderaan / sijil pemilikan kenderaan (VOC) yang dikemas kini
- Salinan polisi insurans
- Salinan borang perniagaan (jika didaftarkan di bawah nama syarikat)
- Salinan IC pemandu (jika pemegang polisi bukan pemandu)
- Salinan lesen memandu (jika pemegang polisi bukan pemandu)
- Warranty card tinted cermin kereta
- Surat penerangan mengapa tidak memilih SWR / bengkel yang disahkan
Adakah claim insuran cermin kereta Kurnia akan menjejaskan kadar NCD saya?
Kadar NCD anda tidak terjejas jika anda miliki perlindungan tambahan untuk windscreen di dalam polisi insurans anda. Jika tiada, maka NCD anda akan kembali ke kadar 0% sebaik sahaja claim diluluskan.
Bolehkah sesiapa sahaja claim insuran cermin kereta Kurnia?
Tidak. Claim insurans cermin kereta ini hanya layak untuk pemegang polisi komprehensif Kurnia sahaja. Contohnya jika anda miliki insuran kereta Ambank, maka sila lakukan claim di bawah syarikat insurans anda itu sahaja ya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Dalam pada itu, sila pastikan kereta anda sentiasa dilindungi insurans bagi memastikan tuntutan boleh dibuat dengan lancar tanpa sebarang kegusaran. Buat juga kira-kira sebelum renew insurans agar ia menepati bajet anda.
Anda boleh banding dan membuat kira-kira untuk insurans kereta menerusi platform Bjak. Contohnya, buat sahaja pengiraan insurans kereta Etiqa Takaful bersama pelan-pelan insurans yang lain sekaligus dalam satu masa. Pastinya akan bantu anda lebih cepat dan jimat!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: