Skip to content
Home » Anda Pemegang Takaful Kereta? Ini Cara Untuk Buat Tuntutan Perlu Anda Tahu!

Anda Pemegang Takaful Kereta? Ini Cara Untuk Buat Tuntutan Perlu Anda Tahu!

    Cara claim takaful kereta

    Baik insurans kereta konvensional mahupun takaful insurans kereta, pastinya ada cara serta proses tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak insurans dalam perkara membabitkan claim insurans. Kegagalan mana-mana pemilik kenderaan untuk membuat tuntutan mengikut langkah yang betul akan menyebabkan tuntutannya lewat diproses, bahkan juga mungkin ditolak. 

    Pada kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda cara untuk claim takaful kereta bagi 4 pengendali takaful termuka yang ada di Malaysia, iaitu Etiqa Takaful, Takaful Malaysia, Zurich Takaful serta Takaful Ikhlas supaya anda sebagai pemegang sijil (polisi) tahu cara yang sebetulnya.

    Jom teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut!

    Cara claim insurans kereta Takaful Ikhlas 

    Ini pula adalah cara untuk anda claim insurans kemalangan bagi Takaful Ikhlas:

    1. Segera hubungi talian hotline Takaful Ikhlas di 1-300-88-1186  jika anda perlukan bantuan segera  (contohnya towing) selepas terbabit kemalangan. Berikan i. nama, ii. nombor pendaftaran kereta anda ,iii.  tarikh, lokasi kejadian dan bagaimana ia berlaku dan iv. laporan polis.
    2. Layari laman web Takaful Ikhlas untuk kemukakan permohonan tuntutan anda. Pastikan tuntutan dibuat  dalam masa 7 hari selepas insiden berlaku.
    3. Isikan maklumat anda dengan tepat termasuklah tarikh kemalangan berlaku, nama individu yang terlibat, nombor pendaftaran kenderaan anda, alamat emel, nombor telefon dan nombor cover note insurans anda.
    4. Sediakan juga dokumen-dokumen berikut:
    • Kad pengenalan anda
    • Lesen memandu anda
    • Nombor pendaftaran kenderaan
    • Salinan asal laporan polis
    1. Muat naik semua dokumen yang diperlukan.
    2. Semak status tuntutan anda menerusi e-portal. Pihak Takaful Ikhlas akan maklumkan kepada anda sebarang update terkini daripada pihak bengkel jika perlu. 

    Cara claim insurans kereta Takaful Malaysia

    Berikut adalah cara untuk claim takaful kereta bagi kemalangan:

    1. Dapatkan bantuan

    Hubungi talian 24 jam Tele Bantuan Takaful Malaysia di 1800-888-788 untuk bantuan kemalangan, perkhidmatan tunda atau pembaikan kerosakan. Sebagai alternatif bagi pelanggan Takaful Motor Persendirian Komprehensif, anda boleh memuat turun applikasi Click for Cover untuk perkhidmatan Tele Bantuan yang lebih cepat dan mudah.

    1. Kumpulkan bukti

    Untuk melancarkan lagi proses tuntutan anda, sila kumpulkan bukti-bukti berikut:

    • Lokasi dan masa kemalangan
    • Maklumat peribadi pemandu yang terlibat dalam kemalangan (seperti nombor lesen memandu, nombor telefon dan alamat tempat tinggal)
    • Nama pengendali takaful/insurans kenderaan terlibat
    • Pembuatan/model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan jalan raya 
    • Nombor pendaftaran trak tunda (jika ada)
    • Ambil gambar dan catatkan sejauh mana kerosakan pada kenderaan/harta benda yang terlibat
    • Lukis gambarajah ringkas kejadian kemalangan yang mana ia akan membantu anda ketika membuat laporan polis nanti.
    1. Buat laporan polis

    Sila hadir ke balai polis trafik yang terdekat dalam tempoh 24 jam untuk membuat laporan berhubung kejadian baik anda di pihak yang bersalah atau tidak.

    1. Hubungi syarikat insurans

    Hubungi semula pihak Takaful Malaysia dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh berlakunya kemalangan. Kemukakan tuntutan anda berserta dokumen sokongan menerusi aplikasi Click for Cover.

    Anda juga dikehendaki untuk menghantar semua surat, tuntutan, saman atau writ yang diterima daripada pihak ketiga berkaitan kemalangan dengan segera.

    1. Hantar kereta ke bengkel panel

    Sila pastikan kenderaan anda dihantar ke bengkel panel Takaful Malaysia sahaja ya. Pihak Takaful Malaysia akan melantik adjuster bagi menilai kos kerosakan kereta. 

    Cara claim insurans kereta Zurich Takaful

    Cara claim insurans kemalangan kereta menerusi Zurich Takaful adalah:

    1. Hubungi bantuan tepi jalan Zurich di 1 300 88 6222 untuk bantuan membawa kereta ke bengkel panel atau panel yang disahkan.
    • Sila tangkap juga gambar kejadian kemalangan
    • Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam
    1. Hantar semua dokumen yang diperlukan ke bengkel panel atau yang disahkan dalam masa 7 hari selepas kemalangan. Ia termasuklah:
    • Salinan asal laporan polis
    • Salinan lesen individu yang dilindungi/ pemandu
    • Salinan kad pengenalan individu yang dilindungi
    • Salinan kad pendaftaran kenderaan atau sijil pemilikan kenderaan
    • Salinan sijil takaful (untuk pengesahan pihak bengkel)
    1. Tandatangan borang tuntutan Zurich seperti yang telah diberikan oleh pihak bengkel
    2. Selepas menerima dokumen lengkap, pihak bengkel akan menghantar permohonan tuntutan anda ke pihak Zurich untuk diproses dalam tempoh 3 hari bekerja
    3. Anda boleh semak status claim anda secara online di laman web Zurich.
    4. Anda juga akan menerima notifikasi menerusi SMS jika pendaftaran dan permohonan tuntutan anda telah berjaya
    5. Pihak bengkel panel akan menghubungi anda jika kereta sudah siap dibaiki dan bersedia untuk diambil!

    Semoga perkongsian ini bermanfaat dan akan membantu anda di masa akan datang!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: