Skip to content
Home » Insuran Kereta Takaful IKHLAS: Pilih & Renew Pelan Komprehensif Terbaik

Insuran Kereta Takaful IKHLAS: Pilih & Renew Pelan Komprehensif Terbaik

    insuran kereta Takaful IKHLAS

    “Semua pelan takaful kereta nampak sama je, tapi saya macam berminat untuk renew dengan Takaful Ikhlas insuran kereta bagi pembaharuan kali ini. Agak-agak berbaloi tak ya?”

    Antara satu perkara yang akan menjadi kebimbangan dalam kalangan pemilik kenderaan ketika ingin renew insurans kereta adalah sama ada pelan yang dipilih dapat menawarkan manfaat serta perlindungan terbaik ataupun tidak. 

    Tidak mengapa. Jika pada pembaharuan kali ini anda sedang mempertimbang untuk mendapatkan pelan insurans kereta Takaful IKHLAS, ayuh kami kongsikan manfaat-manfaat yang bakal anda perolehi sepanjang satu tahun polisi aktif. 

    Perlindungan terbaik untuk kenderaan menerusi pelan insurans komprehensif

    Syarikat Takaful IKHLAS memahami kepentingan melindungi kereta anda daripada kerugian atau kerosakan. Disebabkan itu, ia menawarkan dua jenis pelan komprehensif yang anda sebagai pemilik kenderaan boleh pilih dan miliki mengikut kesesuaian bajet serta keperluan anda.

    Ia adalah:

    • IKHLAS Private Car Comprehensive PLUS Takaful
    • IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful

    Apakah beza dan manfaat-manfaat yang ditawarkan di dalam kedua-dua jenis pelan komprehensif ini? Teruskan membaca di bawah untuk ketahuinya:

    IKHLAS Private Car Comprehensive PLUS Takaful

    Takaful IKHLAS memahami kepentingan melindungi kereta anda daripada kerugian atau kerosakan. IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful merupakan pelan takaful persendirian yang menyeluruh khas untuk ketenangan anda. Manfaat perlindungan yang diberikan menerusi pelan ini adalah:

    • Kerugian atau kerosakan kepada kenderaan anda akibat kemalangan, kebakaran & kecurian 
    • Kematian & cedera anggota badan pihak ketiga 
    • Kerosakan harta milik pihak ketiga 
    • Pengecualian untuk ekses wajib kepada pemandu tidak dinamakan
    • Bantuan IKHLAS yang mana akan melayakkan anda untuk mendapatkan perkhidmatan bantuan jalan raya 24 jam.

    Ikhlas Comprehensive Private Car Takaful

    Dengan pelan Ikhlas Comprehensive Private Car Takaful, anda boleh melindungi kenderaan anda dengan sumbangan yang rendah dan manfaat yang sesuai dengan keperluan anda. Antara manfaat-manfaat yang ditawarkan termasuklah:

    • Kerugian atau kerosakan kepada kenderaan anda akibat kemalangan, kebakaran & kecurian 
    • Kematian & cedera anggota badan pihak ketiga 
    • Kerosakan harta milik pihak ketiga 
    • Perkhidmatan Bantuan IKHLAS Road Assist Service percuma 24 jam

    Kenapa renew dengan Insuran kereta Takaful IKHLAS?

    Takaful Ikhlas

    Selain menyediakan dua jenis pilihan pelan komprehensif untuk pemilik kenderaan miliki, antara kelebihan lain renew dengan pelan takaful terkemuka ini adalah:

    • Dipercayai 300,000 pengguna

    Untuk makluman anda, lebih daripada 300,000 pengguna memilih Takaful IKHLAS sebagai Takaful kereta pilihan mereka

    • Proses tuntutan yang mudah dan pantas

    Dengan Takaful IKHLAS, tuntutan untuk pembaikan kereta akibat kemalangan akan diproses dengan sangat pantas, iaitu dalam tempoh masa 3 hari sahaja.

    • Bantuan tepi jalan 24 jam untuk anda

    Kereta rosak, enjin tak boleh hidup? Jangan risau, anda boleh dibantu bila-bila masa di mana sahaja anda berada. Hubungi sahaja Bantuan IKHLAS Road Assist di talian bebas tol mereka 1 800 88 1186. Perkhidmatan ini tersedia 24 jam sehari, 365 setahun.

    Perkhidmatan tunda kemalangan dan kerosakan 24 jam

    Bagi kemalangan, anda akan menerima perkhidmatan tunda kenderaan 24-jam PERCUMA ke balai polis terdekat untuk membuat laporan dan ke bengkel panel yang diiktiraf oleh Takaful IKHLAS dalam lingkungan 100 km* daripada tempat kemalangan.

    Bagi kerosakan kereta pula, anda akan dapat perkhidmatan tunda kenderaan 24-jam PERCUMA ke bengkel pilihan pengguna dalam lingkungan 100 km* jauh daripada tempat kerosakan.

    24 jam bantuan jalan raya

    Anda layak menerima perlindungan/ pampasan dengan jumlah maksimum sebanyak RM300 untuk bantuan tepi jalan seperti berikut:

    • Perkhidmatan “Jump Start” dan penukaran bateri (kos bateri baru perlu dibiayai oleh anda)
    • Perkhidmatan penukaran tayar pancit (kos tayar baru akan dibiayai oleh anda)
    • Bantuan pengisian petrol (kos petrol akan dibiayai oleh anda)

    Perkhidmatan tukang kunci

    Anda terkunci luar daripada kereta anda? Jangan risau, Bantuan IKHLAS Road Assist akan menghantar tukang kunci untuk menolong anda membuka kunci secara PERCUMA. 

     Jika kunci itu tidak boleh dibuka, mereka akan menunda kereta anda secara PERCUMA ke bengkel panel Takaful IKHLAS terdekat atau ke bengkel pilihan anda dengan harga RM300.00 maksimum untuk setiap kejadian (pergi dan balik).

    Bantuan-bantuan lain

    • Bantuan IKHLAS Road Assist boleh menguruskan Perkhidmatan Kereta Dan Pemandu, Teksi atau Kereta Sewa dengan harga istimewa untuk menolong anda 
    • Meneruskan perjalanan
      • Pulang ke rumah
    • Pulang ke Bengkel Panel Takaful IKHLAS atau bengkel pilihan peserta apabila kereta sudah dibaiki
      *Kos Kereta Dan Pemandu, Teksi dan Kereta Sewa akan dibiayai oleh anda.
      • Perkhidmatan Pengurusan Kemalangan

    Bantuan IKHLAS Road Assist akan menguruskan Perkhidmatan Kecemasan seperti ambulans, polis atau bomba.

    • Pengurusan Penginapan Hotel 

    Jika sesuatu kemalangan atau kerosakan berlaku pada waktu lewat malam dan anda memerlukan penginapan hotel, pihak Bantuan IKHLAS Road Assist akan menguruskan penginapan hotel tersebut.

    Cara renew insuran kereta Takaful IKHLAS

    Untuk mendapatkan insuran kereta Takaful IKHLAS sebenarnya sangat mudah. Selain ke cawangan Takaful IKHLAS atau menerusi ejen Takaful IKHLAS, anda juga boleh dapatkannya secara online di laman web Takaful IKHLAS itu sendiri atau platform insurans kereta terbesar, Bjak.

    Kelebihan renew insurans di laman web Takaful IKHLAS

    • Hanya beberapa langkah mudah sahaja diperlukan
    • Dapatkan juga roadtax digital sekaligus
    • Cover note dihantar menerusi emel anda dengan segera
    • Diskaun 10% ketika pembaharuan atas talian

    Kelebihan renew insurans Takaful IKHLAS di Bjak

    • Boleh bandingkan dahulu pelan dan harga dengan 17 jenama insurans termasuk takaful lain – boleh dijadikan sebagai kalkulator insurans kereta anda dan lihat mana harga lebih rendah
    • Peluang untuk dapatkan penjimatan sehingga RM500 apabila perbandingan dibuat. Bandingkan dengan insurans lain seperti Etiqa, KURNIA insurans kereta dan banyak lagi.
    • Peluang untuk bayar sehingga 12 kali ansuran
    • Renew roadtax sekaligus
    • Polisi aktif segera hanya dalam 5 minit
    • Pantas, mudah dan selamat

    Banyak bukan manfaat yang ditawarkan dalam pelan komprehensif insuran kereta Takaful IKHLAS? Jadi tunggu apa lagi, jom renew segera dengan pelan takaful yang dipercayai ini!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: