Skip to content
Home » Cara Daftar Aplikasi MyJPJ Untuk Semak Lesen Memandu & Cukai Jalan

Cara Daftar Aplikasi MyJPJ Untuk Semak Lesen Memandu & Cukai Jalan

    cara daftar MyJPJ - cover

    Dalam dunia moden yang serba digital seperti pada zaman sekarang ini, pelbagai urusan harian dapat diselesaikan dengan mudah menggunakan teknologi secara dalam talian. Daripada nak pesan makanan, beli barangan keperluan, membeli-belah, sehinggalah ke urusan pembaharuan dan semakan lesen memandu serta cukai jalan pun kini boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu pergi ke kaunter fizikal.

    Bila bercakap soal lesen memandu dan cukai jalan kenderaan ini, tahukah anda bahawa terdapat aplikasi yang menawarkan urusan pembaharuan serta semakan ini. Aplikasi tersebut dikenali sebagai MyJPJ. Aplikasi MyJPJ ini merupakan platform dalam talian yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi memudahkan rakyat Malaysia dalam urusan berkaitan kenderaan.

    Apa itu MyJPJ?

    MyJPJ adalah platform dalam talian yang membolehkan seseorang individu itu menguruskan pelbagai urusan berkaitan kenderaan seperti pendaftaran kenderaan, pembaharuan cukai jalan, pendaftaran lesen memandu, dan banyak lagi. Ia merupakan inisiatif daripada JPJ untuk mempercepatkan proses urusan berkaitan kenderaan dan memudahkan rakyat Malaysia.

    Cara nak daftar akaun aplikasi MyJPJ

    Daftar melalui aplikasi MyJPJ

    Perkara pertama yang perlu anda buat adalah dengan memuat tuturn aplikasi MyJPJ terlebih dahulu di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery. Selepas selesai memuat turun, anda terus sahaja klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’ dan isi maklumat yang diminta.

    Daftar melalui MySIKAP (eID Standard)

    Anda boleh layari laman sesawang https://public.jpj.gov.my/public/login.zul, kemudian pilih perkhidmatan MySIKAP Orang Awam dan klik ‘Daftar’. Seterusnya pilih ‘Daftar/Log Masuk Kali Pertama’ dan isikan semua maklumat yang diperlukan. Anda akan menerima e-mel dengan kata laluan sementara setelah pendaftaran berjaya, log masuk dan ubah kata laluan tersebut. Setelah selesai semuanya, guna nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan untuk log masuk ke aplikasi MyJPJ.

    Daftar melalui MySIKAP (eID Advanced)

    Jika anda mempunyai akaun MySIKAP, anda boleh terus pergi ke mana-mana cawangan JPJ yang berhampiran dengan tempat tinggal anda untuk menaik taraf akaun dengan membuat pengesahan MyKad dan cap jari.

    Faedah gunakan aplikasi MyJPJ

    Jimat masa: Anda tidak perlu beratur panjang di kaunter untuk menguruskan urusan berkaitan kenderaan.

    Boleh akses 24/7: Anda boleh mengakses aplikasi MyJPJ pada bila-bila masa dan di mana sahaja selagi anda boleh akses internet.

    Mudah digunakan: Paparan yang terdapat pada aplikasi MyJPJ direka untuk memudahkan penggunaan oleh semua lapisan masyarakat.

    Renew roadtax di BJAK

    Jika anda hendak memperbaharui cukai jalan anda dengan pantas, anda disarankan untuk menggunakan platform BJAK. Tapi sebelum itu, jangan lupa untuk memperbaharui insurans kenderaan anda dahulu. Di BJAK, urusan pembaharuan dapat diselesaikan dalam masa 5 minit sahaja. Tak hanya itu, anda juga boleh memilih untuk membayar secara ansuran jika anda tidak mempunyai bajet untuk memperbaharui insurans kenderaan serta cukai jalan anda. Nak maklumat lanjut, klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: