Skip to content
Home » Cara Mudah Nak Dapatkan Cukai Jalan Digital

Cara Mudah Nak Dapatkan Cukai Jalan Digital

    dapatkan cukai jalan digital - cover

    Penggunaan teknologi digital dalam urusan harian kini semakin berkembang, termasuk dalam pengurusan cukai jalan atau roadtax. Di Malaysia, kemudahan mendapatkan roadtax secara digital telah memudahkan pemilik kenderaan dalam memperbaharui cukai jalan tanpa perlu hadir ke pejabat pos atau cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Umum mengetahui bahawa cukai jalan merupakan suatu komponen penting dalam pemilikan kenderaan. Setiap kenderaan bermotor di Malaysia wajib memastikan cukai jalan masih lagi aktif dan sah sebelum boleh mula memandu kenderaan mereka di jalan raya. Ini kerana cukai jalan sudah termaktub di bawah undang-undang jalan raya di Malaysia. Kegagalan untuk memastikannya masih aktif merupakan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan.

    Seiring dengan perkembangan teknologi, orang ramai kini sudah tidak lagi wajib untuk mempamerkan cukai jalan pada kenderaan mereka. Ini kerana, cukai jalan sudah tersedia dalam bentuk digital. Bermakna, sekiranya penguatkuasa mendapati bahawa kenderaan anda tidak mempamerkan cukai jalan, anda tidak akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Persoalan berkenaan dekat mana nak dapatkan cukai jalan kenderaan digital serta proses mendapatkannya semestinya bermain di fikiran orang-orang yang tidak pernah memohonnya. Jadi, untuk menjawab persoalan tersebut, teruskan membaca artikel ini.

    Langkah 1: Semak kelayakan dan syarat

    Sebelum memohon roadtax digital, pastikan kenderaan anda memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JPJ. Antara syarat utama ialah kenderaan tersebut mestilah mempunyai insurans yang sah dan tidak mempunyai sebarang saman tertunggak. Anda boleh menyemak status ini melalui portal rasmi JPJ atau melalui aplikasi mudah alih MySikap.

    Langkah 2: Akses portal MySikap atau aplikasi JPJ

    MySikap adalah portal rasmi yang disediakan oleh JPJ untuk memudahkan urusan berkaitan kenderaan. Pengguna juga boleh memilih untuk menggunakan aplikasi mudah alih yang sama fungsi dengan laman web. Daftar atau log masuk ke dalam akaun MySikap anda untuk memulakan proses.

    Langkah 3: Pilih perkhidmatan cukai jalan

    Dalam portal atau aplikasi, cari pilihan untuk pembaharuan cukai jalan. Anda akan diminta untuk memasukkan maklumat kenderaan seperti nombor pendaftaran kenderaan dan jenis kenderaan untuk memulakan proses pembaharuan.

    Langkah 4: Semakan dan pembayaran

    Sistem akan melakukan semakan secara automatik terhadap rekod insurans dan saman kenderaan anda. Jika semua syarat telah dipenuhi, anda akan dibawa ke halaman pembayaran. Di sini, anda boleh memilih untuk membayar menggunakan pelbagai kaedah pembayaran yang disediakan seperti kad kredit, debit, atau melalui pemindahan wang.

    Langkah 5: Pengesahan dan penerimaan roadtax digital

    Setelah pembayaran berjaya, roadtax digital anda akan dikeluarkan secara automatik. Anda akan menerima pengesahan melalui emel atau notifikasi dalam aplikasi. Roadtax digital ini boleh disimpan dalam bentuk digital pada peranti anda atau dicetak sebagai bukti fizikal jika diperlukan.

    Perbaharui insurans dan cukai jalan di BJAK

    Jika anda tidak mahu bersusah payah, perbaharui sahaja insurans kenderaan dan cukai jalan anda di BJAK. Ini kerana, BJAK akan sekaligus memperbaharui kedua-dua benda itu. Bukan itu sahaja, anda juga turut boleh mendapatkan cukai jalan digital anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, tekan sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: