Skip to content
Home » Insuran Kereta Murah: Ini Cara Untuk Anda Dapatkan

Insuran Kereta Murah: Ini Cara Untuk Anda Dapatkan

    Cara dapat insurans harga murah

    Anda mempunyai kereta? Sebagai pemiliknya, anda pasti tahu bahawa anda perlu memperbaharui insurans dan roadtax pada setiap tahun bagi memastikan ia sah untuk digunakan di jalan raya. Sebenarnya, terdapat beberapa tips atau cara bagi membantu anda mendapatkan perlindungan insuran kereta murah, berbaloi dan menguntungkan.

    Tips beli insuran kereta murah

    Jom ketahui apakah caranya untuk mendapatkan insuran kereta pada harga lebih murah dengan membaca perkongsian di bawah:

    Tidak auto-renew insurans

    Tahukah anda, sesetengah syarikat insurans akan menawarkan pembaharuan insurans secara automatik. Elakkan daripada membiarkan insurans anda diperbaharui secara automatik setiap tahun. Ini kerana, premium insurans kereta yang anda bayar mungkin bukan yang terendah di pasaran.

    Pada dasarnya, syarikat insurans kereta sentiasa mengemas kini premium insurans kereta dari semasa ke semasa jadi anda perlu lakukan perbandingan di antara beberapa syarikat insurans bagi mendapatkan perlindungan yang terbaik pada harga yang lebih berbaloi. 

    Renew insurans awal

    Kelewatan anda untuk memperbaharui insurans sehingga melepasi tarikh tamat tempoh mungkin akan menyebabkan harga insurans anda lebih mahal. Sesetengah syarikat insurans kereta mengenakan harga yang lebih tinggi jika insurans kereta anda telah tamat tempoh. Jadi, pastikan anda renew insurans sebelum tamat tempoh atau sebaiknya dua bulan sebelum tamat tempoh untuk mendapatkan harga insuran kereta murah dan berbaloi.

    Periksa perlindungan insurans kereta anda 

    Periksa perlindungan insurans supaya ia bersesuaian dengan risiko dan tahap penggunaan kereta anda

    Setiap kereta pasti mempunyai penggunaan dan tujuan yang berbeza. Jadi, sangat penting untuk membeli pakej insurans yang paling sesuai dengan kereta dan tahap penggunaan anda. Sesetengah sebut harga yang disediakan oleh penyedia insurans mungkin memiliki jumlah yang diinsuranskan lebih tinggi daripada nilai pasaran sebenarnya.

    Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak, anda sangat disarankan untuk memeriksa perlindungan insurans kereta bagi memastikan bahawa anda membayar hanya untuk apa yang diperlukan sahaja.

    Bandingkan syarikat insurans

    Lakukan perbandingan insurans untuk dapatkan insuran kereta murah dan menguntungkan

    Setiap syarikat insurans menawarkan harga yang berbeza meskipun untuk perlindungan yang sama. Premium insurans kereta antara syarikat insurans kereta boleh berubah-ubah sehingga 40-50% bergantung pada keadaan kereta. Jadi sebagai pengguna, anda perlu mengambil masa dengan membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membeli perlindungan insurans untuk kereta anda.

    Jadi pengguna yang bijak

    Sebagai pengguna, anda pastinya ingin mendapatkan perlindungan insurans terbaik pada harga yang menguntungkan.

    Kini, anda boleh menggunakan platform Bjak untuk mendapatkan perlindungan insurans yang sempurna dengan penjimatan yang lebih banyak. Dengan melakukan perbandingan antara 15 syarikat insurans yang disediakan, anda bakal memperoleh penjimatan sehingga RM480 untuk insurans kereta. Dapatkan dulu sebut harga percuma hari ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: