Skip to content
Home » Cara Mengesan Kereta Pernah Tenggelam Banjir

Cara Mengesan Kereta Pernah Tenggelam Banjir

    kereta pernah tenggelam banjir

    Bencana banjir yang berlaku akibat musim tengkujuh atau hujan lebat yang berterusan sememangnya akan membuatkan ramai pemilik kenderaan bimbang dan panik. 

    Mengimbau kembali fenomena banjir besar membabitkan beberapa buah negeri pada tahun 2021 dahulu, ratusan ribu kenderaan rosak dan tersadai sehingga menyebabkan rata-rata pemilik kenderaan kerugian, apatah lagi selepas tuntutan tidak boleh dibuat kerana tidak memiliki perlindungan peril khas dalam pelan insurans kenderaan. 

    Sebahagian pemilik kenderaan yang keretanya terjejas akibat ditenggelami banjir akan mula menjual kenderaan mereka itu. Ia bukanlah satu perkara yang asing untuk dilakukan, bahkan kerap juga dibuat di mana-mana negara luar. 

    Justeru di dalam perkongsian kali ini, kami akan memberikan beberapa tips kepada anda bagi mengenalpasti kereta pernah tenggelam banjir untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan.

    Tips kenalpasti kereta pernah ditenggelami banjir

    Berikut merupakan beberapa tips untuk mengenalpasti samada sesebuah kereta itu pernah tenggelam akibat banjir:

    1. Periksa badan kenderaan bagi melihat kesan mahupun tanda air
    2. Cek atau kesan jika ada sebarang bau pelik pada kenderaan
    3. Periksa bahagian enjin dan juga bawah kenderaan untuk lihat samada wujud sebarang kesan pra-karat
    4. Teliti kerusi, karpet kereta dan barang dalaman/ aksesori kereta yang lain termasuk but belakang untuk periksa samada terdapat sebarang kekotoran atau kerosakan 
    5. Periksa bawah karpet dan bahagian dalam panel pintu untuk melihat sama ada terdapat sisa lumpur atau tanda kerosakan lain
    6. Uji semua peralatan elektrik dan butang dalam kabin kereta bagi memastikan semuanya berfungsi dengan baik
    7. Paling penting, buat semakan atau periksa dengan pihak berkaitan mengenai sejarah kenderaan tersebut. Tahu juga samada ia pernah ada tuntutan insurans khususnya berkaitan banjir

    Risiko beli kereta pernah tenggelam banjir

    Boleh menyebabkan masalah kesihatan

    Jika kereta yang pernah ditenggelami banjir tidak dibersihkan dengan betul, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang berbahaya.

    Ini kerana air banjir biasanya dipenuhi dengan kuman dan kotoran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna oelh pemilik sebelum ini, ia boleh mengakibatkan bakteria yang berbahaya dan juga bau yang tidak menyenangkan berlegar di dalam ruangan kereta.

    Keadaan kereta yang lembap juga boleh menyebabkan kewujudan kulat yang seterusnya mungkin akan mendatangkan masalah pernafasan kepada pengguna lain.

    Waranti terbatal

    Biasanya, waranti dari pihak pengeluar kereta akan menawarkan perlindungan untuk masalah tertentu seperti kerosakan mekanikal dan elektronik sahaja dan tidak meliputi kerosakan akibat bencana alam seperti banjir.

    Jika kereta telah ditenggelami banjir, waranti secara automatik akan terbatal. Tanpa waranti, anda sebagai pemilik baru mungkin perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk membaiki kerosakan yang ada pada kereta tersebut.

    Masalah pada enjin

    Apabila air banjir sudah masuk ke bahagian dalam enjin, ia akan bercampur dengan minyak yang berada di dalam enjin dan seterusnya mengakibatkan kerosakan kepada komponen dalaman enjin.

    Apabila terdapat kerosakan pada komponen dalaman enjin, ia berisiko menyebabkan berlakunya kemalangan pada masa akan datang.

    Kereta tenggelam banjir, apa nak buat?

    Jangan hidupkan enjin kereta walaupun selepas banjir surut
    1. Jangan sesekali cuba hidupkan enjin kereta terutamanya jika air banjir sudah mula tutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin. Jika anda cuba menghidupkan enjin kereta anda, enjin yang sudah terjejas akibat banjir tadi mungkin akan mengalami kerosakan yang lebih teruk dan berpotensi tinggi untuk berlaku litar pintas.
    2. Periksa paras dipstick minyak kereta anda selepas terlibat dalam banjir. Jika ia tinggi dari yang sepatutnya, maka besar kemungkinan bahawa air banjir sudah masuk ke dalam enjin kereta anda. Air banjir yang bercampur dengan minyak hitam atau minyak gearbox boleh merosakkan komponen. 
    3. Cabut dan keringkan komponen elektrik seperti radio, bateri, HUD Display dan lain-lain.
    4. Flush petrol jika perlu untuk mengelak sebarang masalah besar lain daripada berlaku.
    5. Keluarkan air daripada enjin.

    Penting! Lindungi kereta anda dengan perlindungan peril khas

    Untuk yang belum tahu, syarikat insurans kereta tidak akan membayar pampasan atau ganti rugi jika kereta anda mengalami kerosakan atau hanyut akibat banjir meskipun anda memiliki polisi komprehensif.

    Namun, ‘keadaan’ boleh diselamatkan jika anda mengambil perlindungan tambahan untuk bencana alam (peril khas) di dalam polisi insurans kereta 1st party anda itu. Perlindungan ini mustahak ya terutama jika anda tinggal di kawasan yang sangat berisiko untuk mengalami banjir setiap tahun.

    Jadi, pastikan anda tambah perlindungan peril khas ketika memperbaharui insurans untuk lebih selamat dan mengurangkan kerisauan anda selepas ini. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: