Pemindahan nombor pendaftaran kenderaan merupakan proses di mana pemilik kenderaan yang sedia ada ingin menggunakan nombor pendaftaran tersebut pada kenderaan baharu, atau apabila pemilik ingin menjual kenderaan tetapi mengekalkan nombor pendaftaran yang lama untuk digunakan pada kenderaan lain. Prosedur ini perlu mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang terlibat dalam proses pemindahan nombor pendaftaran kenderaan ini? Jangan risau, kami akan bantu anda mengetahui proses-prosesnya untuk memudahkan anda. Untuk mengetahuinya, teruskan membaca artikel ini.
Syarat-syarat permohonan
Proses pemindahan nombor pendaftaran kenderaan ini memerlukan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Berikut adalah syarat-syaratnya:
- Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau wakil.
- Kedua-dua kenderaan asal dan baru dimiliki oleh pemilik yang sama.
- Kenderaan baru belum didaftarkan lagi.
- Hanya kenderaan asal yang hendak dibuat pemindahan nombor dikehendaki menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk mengenalpasti identiti kenderaan. Bagi kenderaan baru, pemeriksaan TIDAK diperlukan kecuali bagi kenderaan impot.
- Kenderaan asal tiada senaraihitam JPJ dan PDRM.
- Tarikh e-Insuran adalah terbuka bagi kenderaan baru selepas pemindahan nombor pendaftaran diproses.
- Fi yang telah ditetapkan.
Dokumen yang perlu dikemukakan
Kenderaan baharu
- 2 (dua) salinan Borang Senarai Semak eDaftar.
- 2 (dua) salinan Borang JPJ K1 cetakan elektronik.
- Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
- Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM(B2) bagi kenderaan orang cacat atau kenderaan impot.
- Salinan Sijil Kelulusan Kenderaan Diesel Hijau (SIRIM) yang masih berkuatkuasa (bagi kenderaan diesel hijau).
- Borang Kastam K1 (bagi kenderaan impot).
- Lesen Impot (AP) asal dan salinan (bagi kenderaan impot).
- Surat/borang keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang berjaya (jika berkenaan); dan
- Fi yang telah ditetapkan.
Kenderaan lama
- 2 (dua) salinan Borang JPJ K1E.
- 2 (dua) salinan Borang JPJ K1A.
- Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
- Perakuan Pendaftaran Kenderaan(JPJK2) asal.
- Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (B2) atau B5.
- Surat pengesahan/persetujuan daripada Kastam (bagi Labuan dan Langkawi).
- Dokumen pengenalan diri asal dan salinan wakil (sekiranya wakil hadir).
Kenapa kena buat pemindahan nombor pendaftaran ini?
Pemindahan nombor pendaftaran kenderaan adalah proses yang dilakukan atas pelbagai sebab. Tindakan ini membolehkan pemilik mengekalkan atau menggunakan nombor pendaftaran sedia ada pada kenderaan lain atau kenderaan baharu. Berikut adalah beberapa sebab utama mengapa pemindahan nombor pendaftaran kenderaan perlu dilakukan:
Nombor pendaftaran bernilai tinggi
Bagi sesetengah pemilik, nombor pendaftaran tertentu mempunyai nilai estetik atau sentimental yang tinggi. Contohnya, nombor-nombor istimewa seperti “VIP”, nombor tunggal, atau nombor yang mudah diingati. Nombor pendaftaran unik ini sering dianggap sebagai simbol status dan prestij. Oleh itu, pemilik kenderaan mungkin ingin mengekalkan nombor tersebut apabila mereka menukar kenderaan.
Jual kenderaan
Apabila seseorang itu ingin menjual kenderaan tetapi masih ingin mengekalkan nombor pendaftaran sedia ada, pemindahan nombor pendaftaran perlu dilakukan. Ini membolehkan mereka menggunakan nombor pendaftaran itu pada kenderaan baharu, sementara kenderaan yang dijual diberikan nombor pendaftaran baharu oleh JPJ.
Buat koleksi
Ada individu yang mengumpul nombor pendaftaran istimewa sebagai sebahagian daripada minat atau pelaburan. Nombor-nombor pendaftaran yang mempunyai susunan angka tertentu boleh mempunyai nilai jualan yang tinggi di pasaran. Oleh itu, pemilik mungkin memilih untuk memindahkan nombor tersebut untuk mengekalkan pemilikan bagi tujuan pelaburan masa depan.
Perpindahan pemilikan kenderaan
Dalam kes di mana kenderaan dipindahkan kepada ahli keluarga atau rakan, tetapi pemilik asal masih ingin mengekalkan nombor pendaftaran tersebut, pemindahan nombor pendaftaran perlu dilakukan. Ini membolehkan kenderaan tersebut diberi nombor pendaftaran baharu, sementara pemilik asal masih boleh menggunakan nombor lama.
Pemindahan kepada kenderaan baharu
Apabila seseorang membeli kenderaan baharu, mereka mungkin mahu menggunakan nombor pendaftaran lama daripada kenderaan mereka yang terdahulu. Ini mengelakkan mereka daripada mendapat nombor pendaftaran rawak dan membolehkan mereka terus menggunakan nombor yang sudah sinonim dengan kenderaan mereka.
Akhir sekali, jangan lupa untuk memperbaharui Insurans kereta dan cukai jalan anda tepat pada masanya untuk memastikan kereta anda dilindungi. Apabila memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan anda, sudah tentu anda harus memilih Bjak, platform insurans kereta dalam talian terbesar di Malaysia. Di sini anda boleh membandingkan sebut harga daripada 23 syarikat insurans sekaligus dan memilih pakej insurans yang sesuai mengikut keperluan dan bajet anda. Selepas pembayaran, insurans kereta akan berkuat kuasa serta-merta. Klik sahaja butang di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: